Movie Review | Dream Girl 2 (2023)

Wednesday 25 October 2023


Director: Raaj Shaandilyaa
Writers: Raaj Shaandilyaa, Naresh Kathooria
Cast: Ayushmann Khurrana, Ananya Panday, Paresh Rawal, Annu Kapoor, Rajpal Yadav, Vijay Raaz, Asrani, Abhishek Banerjee, Manjot Singh, Seema Pahwa
Production Company: Balaji Motion Pictures
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 134 minutes
Release Date: 25 august 2023 
Trailer :


Dream Girl 2 mengisahkan azam Karamveer Singh (Ayushmann Khurrana) untuk mengahwini kekasihnya, Pari (Ananya Panday) sehingga dia sanggup bertukar menjadi perempuan supaya dapat kumpul duit dalam masa 6 bulan. 

Bukan Karam tak mencari kerja tapi tak ada yang terima. Karam sentiasa membantu ayahnya, Jagjit Singh (Annu Kapoor) mengadakan upacara pemujaan di majlis keagamaan. Sejak kecil lagi dia suka berlakon teater jadi Karam ada kebolehan untuk tukar suara garau kepada tona yang lembut dan merdu.
 
Karam bertukar menjadi Pooja dan bekerja sebagai penari di kelab malam milik Sona Bhai (Vijay Raaz). Satu malam saja dia boleh dapat banyak wang dari pelanggan kelab tersebut. Rakan baiknya, Smiley Singh Dillon (Manjot Singh) ingin berkahwin dengan Sakina (Anusha Mishra) tapi terhalang kerana abangnya, Shah Rukh (Abhishek Bannerjee) mengalami kemurungan selepas ditinggalkan oleh kekasihnya. 

Jika Smiley ingin berkahwin, dia perlu mencari doktor psikologi yang boleh menyembuhkan Shah Rukh. Dengan nilai ganjaran yang tinggi, Smiley minta Karam menyamar sebagai doktor psikatri. A win-win situation for both of them. Bila Karam dapat bayaran, dia dapat selesaikan hutang ayahnya kemudian berkahwin dengan Pari manakala Smiley dapat berkahwin dengan Sakina. 

Bukan saja Pooja dapat sembuhkan Shah Rukh malah keluarganya suka dengan peribadi Pooja lantas masuk meminang untuk dijadikan menantu. Karam tak dapat mengelak bila mendengar jumlah wang yang akan diberikan sekiranya dia terima lamaran tersebut. Pari pula mula syak Karam curang kerana selalu terjumpa Karam dalam keadaan tak senonoh. Berjaya tak Karam selamatkan kisah cinta dia, kena tengok lah dekat Netflix. 

Jalan cerita Dream Girl 2 arahan Raaj Shaandilyaa lebih kurang sama dengan jalan cerita Dream Girl (2019) yang diarahkan oleh duo Ekta Kapoor dan Shobha Kapoor. Karam terjerat dengan hutang bapanya tapi terpaksa bekerja sebagai call girl supaya dapat kahwin dengan kekasihnya. Cuma sekuel dikembangkan lebih lagi dengan lebih ramai watak sampingan dan konflik supaya naskhah komedi drama lebih menghiburkan. 

Bila tengok jalan cerita, barisan pelakon dan juga nama-nama watak, kesemuanya sama jadi untuk apa produser bikin sekuel? Tak diceritakan pula kenapa Karam Singh berpisah dengan Mahi, kekasih dia dalam previous installment. Sama juga kenapa Karam berhenti jadi call girl dan terpalit dengan hutang sekali lagi sedangkan dia dah kaya sebelum ni. 

Kalau nak bandingkan yang mana lebih menarik, mesti lah akan pilih Dream Girl 1 sebab cerita lebih ringkas dengan komedi yang wujud secara natural. Mungkin juga sebab olahan naskhah tersebut mendapat sentuhan pengarah wanita. Lebih sensitif dalam berjenaka. Rasa tak selesa langsung bila tengok watak Jumani (Seema Pahwa) mengejar cinta Karam yang jauh lebih muda. Belum masuk dialog yang menyindir tak kena tempat. 

Walaupun Ananya Panday jadi heroin dalam filem Dream Girl 2 tapi dia tak dapat banyak screentime bersama Ayushmann. Macam mana terhadnya ruang Nushrat sebagai Mahi dalam Dream Girl 1, sama lah juga halnya dengan Ananya. Tapi sekurang-kurangnya watak Mahi ada akal, berbeza dengan watak Pari yang tak mampu nak hadam kenapa lukisan MF Hussain terjual mahal. Macam mana dia boleh tahan hidup dengan penganggur macam Karam pun tak faham juga. Patutnya dia dah fikir apa penerimaan family bila tahu latar belakang Karam. She looks dumb most of the time. 

Boleh nampak lah kali ni lebih meriah bajet yang dikeluarkan oleh Balaji Motion Pictures sebab set yang gah terutamanya rumah Shah Rukh dan kelab malam Sona Bhai. Wardrobe Pooja pun cantik belaka sarat dengan aksesori. Music album dari trio komposer - Meet Bros, Tanishk Bagchi dan Arko pula lebih kepada lagu yang rancak. My favorite, Jamnapaar – Neha Kakkar ft Meet Bros.



Personally Dream Girl 2 boleh jadi naskhah yang menarik kalau berbeza jalan cerita dari previous installment. Sayang lah dah ada barisan pelakon bagus dengan bajet besar tapi tersia oleh skrip yang lemah. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 5.5/10

2 comments

  1. Ada nampak gak movie ni ari tu mcm kelakar kan, done add to my list dah...bila2 free leh layan ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.