Drama Review | Twenty-Five Twenty-One (2022)

Sunday 22 October 2023


Director: Jung Ji-hyun
Writer: Kwon Do-eun
Cast: Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji-yeon, Choi Hyun-wook, Lee Joo-myung, Seo Jae-hee
Production Company: Hwa&Dam Pictures
Distributor: tvN, Netflix
Genre: Sports / Romantic / Drama 
Running Episodes : 16 episodes (80 minutes per episode)
Release Date: 12 February – 03 April 2022
Trailer:


Berlatarkan era 1998 di mana dunia mengalami krisis kewangan, Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) mencari kerja seusai keluar dari latihan ketenteraan untuk membantu keluarganya. Dari anak keluarga berada, syarikat ayahnya muflis dan terikat dengan hutang dalam sekelip mata. Akibatnya, mereka satu keluarga berpecah untuk teruskan hidup dan langsaikan semua hutang. 

Setiap pagi dia akan menghantar surat khabar ke setiap rumah namun satu hari dia berjumpa dengan Na Hee-do (Kim Tae-ri) selepas bertengkar dengan ibunya kerana sukan fencing. Kerana surat khabar yang dilempar oleh Yi-jin, patung hiasan di laman rumah Hee-do rosak. Tapi Yijin nafikan perkara tersebut kerana patung hiasan tersebut sudah lama. Bermula dari pertemuan tersebut, mereka berdua berkenalan dan semakin rapat kemudian jatuh cinta.











Na Hee-do mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi atlet fencing nombor 1 dunia. Sebelum mendapat medal emas, dia perlu bertanding dengan idolanya, Ko Yu-rim (Kim Ji-yeon a.k.a Bona). Na Hee-do berpindah ke Taeyang High School untuk berlatih di bawah Coach Yang Chan-mi (Kim Hye-eun). Sangkanya Yu-rim akan terima kehadirannya dengan baik tapi lain pula terjadi kerana idolanya menyampah walaupun cuma lihat muka apatah lagi untuk berlatih bersama. 

Studio Dragon sekali buktikan mutu kualiti penceritaan drama yang menggunakan dua latar masa ketika IMF pada tahun 1998 dan juga ketika pandemik Corona berlaku. Penceritaan Twenty Five Twenty One olahan Jung Ji-hyun diceritakan melalui diari milik Na Hee-do yang dibaca oleh anak perempuannya, Kim Min-chae (Choi Myung-bin).


Penggunaan latar masa 90-an dengan mudahnya menggamit kenangan dan diterjemahkan dengan baik melalui screenplay, colour grading, props dan juga fashion style dalam beberapa babak. Bukan saja pengarah masukkan elemen penting untuk menghidupkan suasana malah selitkan juga kes dan isu semasa yang berlaku di Korea seperti Moon Ji-woong (Choi Hyun-wook) gayakan baju wanted criminal pada tahun tersebut. Ji Seung-wan (Lee Joo-myoung) juga menggunakan akta yang baru saja digubal pada ketika itu. 

Tentu saja kekuatan naskhah romantik drama terletak pada lakonan barisan utama di mana Baek Yi-jin bersandar pada Na Hee-do ketika dilanda ujian besar. Mudah sangat Baek Yi-jin putus asa tambah pula dia dah berjanji untuk tak bahagia selagi hutang belum habis dibayar. A depressing tone to watch tapi dengan mudahnya pengarah masukkan momen yang awwdorable bila Yi-jin spend time dengan Hee-do main pili air. 


Chemistry Kim Tae-ri dan Nam Joo-hyuk tampak sepadan walaupun in real life Tae-ri tua 3 tahun dari Joo-hyuk. Mungkin sebab fizikal dan raut wajah matang Joo-hyuk buatkan dia nampak lebih berusia. Karakter Hee-do juga dengan mudahnya dilakonkan oleh Kim Tae-ri, periang dan kuat semangat. Selalu pandang positif walaupun ujian besar jadi bila Hee-do sedih ataupun menangis, mudah sangat menangis sekali dengan dia. 

Disebabkan latar masa dan tema juga genre yang berat diketengahkan dalam drama Twenty Five Twenty One, banyak juga lah dialog bermakna dalam kebanyakan babak. Tengok cara Hee-do pertahankan sukan fencing, boleh nampak lah kenapa dia boleh capai impian yang ibu dia sendiri rasa tak mampu. Sebab semangat dia juga Baek Yi-jin rasa bangga dan bersemangat untuk buat yang terbaik. Menjerit bila referee umumkan Hee-do menang sebab kita tahu usaha dia untuk capai ke tahap tu. 


 “When you try hard, it makes me want to try hard, too. When you accomplish something, it makes me want to accomplish something. You make other people do well, not just yourself.” – Baek Yijin

Dekat awal drama rasa sakit hati juga dengan Shin Jae-kyung sebab tak pernah support anak tapi semakin cerita berkembang, penulis pun ceritakan juga sisi si ibu Na Hee-do yang digambarkan sebagai hati kering. Dalam drama ni diceritakan juga pengorbanan news anchor, wartawan dan yang terlibat dengan media. Macam mana kesihatan mental boleh terjejas dengan berita-berita yang menyayat hati. 

 
“I don’t apologize for things being the way they are. There is always a victim to every news I cover. Then should I be going around apologizing? I’ve decided not to feel sorry for anyone, and I’m not making an exception.”

Dari episod 3 sampai ke episod 16 menangis tengok beberapa babak terutamanya bila Na Hee-do menang pingat emas tapi Yu-rim bantah kemenangan tersebut. Yi-jin pula sentiasa tersepit untuk sokong Hee-do ataupun Yu-rim yang dia dah kenal sejak kecil. Memandangkan drama Twenty Five Twenty One diceritakan melalui perspektif Na Hee-do jadi senang sangat lah untuk kita pertahankan watak Hee-do dan judge tindakan Yi-jin dan Yu-rim. 


Walaupun drama Twenty Five Twenty One cemerlang sebagai naskhah yang wajib ditonton tapi sub-plot kawan alam maya nampak tak logik. Nak pula bila kedua-duanya adalah perempuan yang selalu berborak tentang emosi dan perasaan. Merepek sangat bila kedua-duanya tak perasan. Untuk Hee-do mungkin tak lah tapi Injeolmi? 

Tak gemar juga bila pengarah masukkan Kim So-hyun untuk watak Na Hee-do yang berumur 30-an selepas mempunyai anak. Babak Hee-do pergi ke terowong lepas baca diari terakhir tu pun macam tak perlu. Instead pergi situ, baik pengarah tunjuk pertemuan semula antara Hee-do dan Yi-jin. Instead of bagi sad ending, patutnya penulis buat kisah Min-chae baca diari tentang kisah cinta ibu dah ayah supaya dia semangat balik untuk kejar impian sebagai ballerina. 


Faham lah bila Yijin tak mampu nak bahagiakan Hee-do sebab kerjaya dia yang depressing dan selalu outstation tapi suami Na Hee-do pun tak pernah sekali muncul dari awal drama sampai ke hujung. Kalau tengok lepas berkahwin, Na Hee-do tak pernah datang dengan suami dia walaupun dalam tempoh baru berkahwin. Masa episod upacara pengebumian ayah Ji Seung-wan, Hee-do datang seorang. Muka pun sembap walhal ayah Seung-wan bukan watak sampingan yang penting pun. Masa pengumuman untuk bersara pun tak ada kelibat suami Na Heedo ataupun khabar langsung. Antara nasib tak menyebelahi dia, terpaksa hidup kesunyian sejak kecil ataupun kahwin paksa. 

Bila muncul babak Na Hee-do dengan Kim Min-chae sembang pasal ayah dia, Na Hee-do bagi alasan pandemik. Boleh jadi dah lama bercerai sebab hadiah dari suami dia macam stuck dekat satu tempoh walhal Min-chae dah besar. Dekat Episod 5, Hee-do dewasa masih lagi pakai cincin kahwin tapi dekat latar masa pandemik tu, jari dia dah kosong. Jadi untuk apa penulis buat sad ending? 


Sepatutnya watak Yijin sebagai wartawan wujud untuk betulkan salah faham Na Hee-do terhadap Shin Jae-kyung. Dari awal drama pengarah tunjuk sisi lembut Jae-kyung setiap kali berbicara tentang Yijin. Dia tak pernah bantah hubungan anak dia dengan pemuda tersebut cuma risau Hee-do akan bagi reaksi yang sama bila work nature Yijin sama dengan dia. Bila Yijin tak dapat datang untuk makan malam pun dia tak melatah. 

Tak munasabah lah bila second couple dapat peluang happy ending tapi lead couple terkandas entah untuk alasan apa. Kalau happy ending, ramai yang boleh ulang tonton dekat Netflix sebab drama ni inspiring. Even percintaan berbeza umur yang dipaparkan tu pun tak berbentuk grooming tapi terjadi secara natural. 


Nevertheless, banyak benda I belajar dari percintaan Baek Yijin dan Na Heedo. Malah belajar dari beberapa watak yang dimasukkan untuk menghidupkan penceritaan drama Twenty Five Twenty One. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9.3/10

1 comment

  1. Suka hero dgn heroin ini.. Ada tgk klip pendek je drama ni.. tak layan drama penuh dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.