Movie Review | Pasal Kau! (2020)

Thursday 22 October 2020

Pengarah : Adrian Teh

Penulis Skrip : Shamaine Othman, Nazri Annuar

Pelakon :   Hairul Azreen, Janna Nick, Amerul Affendi, Namron, Henley Hii, Theebaan G, Josiah Hogan, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Sophia Barakbah, Sugeeta Chandran, Anna Jobling, Ropie Cecupak, Yayan Ruhian, Dain Said, Fify Azmi, Ismi Melinda, Jasmine Suraya Chin,

Genre :  Romantik / Komedi/ Aksi

Durasi Tayangan : 102 minit

Tarikh Tayangan : 1 Oktober 2020

Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures

Pengedar : Netflix

Trailer :

Lately nama pengarah Adrian The melonjak naik dengan kejayaan movie Paskal dan Wira. 1 Oktober lepas, Adrian Teh come up dengan movie komedi pula dengan barisan pelakon kegemaran dia sebab pelakon Paskal dengan Wira je ramai dalam movie Pasal Kau ni. 

Story dia simple je actually bila Jane (Janna Nick) jatuh hati dengan si buncit Aiman (Hairul Azreen) yang bekerja di Hotel Bayu Bay. Tapi disebabkan karakter Jane yang kasar macam lelaki, Aiman tak pernah anggap Jane lebih dari seorang kawan walaupun Jane dah layan Aiman special dari orang lain. Parjo (Amerul Affendi) dengan Josh (Henley Hii) dah puas tolong Jane tapi semua rancangan mereka gagal. 

Sampai lah satu hari bila trio Sofia (Sophia Barakbah), Maria (Sugeeta Chandran) dan Emelia (Anna Jobling) datang ke hotel untuk bercuti. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Aiman yang suka dengan Sofia tak bertepuk sebelah tangan tapi kehadiran Tengku (Josiah Hogan) musnahkan angan-angan Aiman.

MC (Theebaan G) dengan Wak (Taufiq Hanafi) pula cuba menyiasat siapa sebenarnya lelaki misteri (Ropie Cecupak) yang suka berkeliaran di hotel mereka sebab boss mereka, En. Maznan (Namron) taknak lelaki tersebut mengganggu impian dia untuk mendapatkan 5 star dari Tengku. 

Kisah cinta dan konsep kisah di hotel ni datang dari kisah benar Hairul Azreen sendiri tapi 30% je lah yang sama. Yang lain tu diubah suai ikut template komedi yang mana rip-off dari movie Paskal. Paskal, Pasal Kau kan sama bunyinya tu. So kalau tak tengok movie Paskal lagi memang tak boleh nak pickup lah beberapa scene dalam movie ni macam scene MC dengan Wak sembang pasal jenis senjata, scene Parjo, MC dengan Yop (Hafizul Kamal) bergaduh dekat theme park ataupun scene Josh suruh Aiman pulak meniarap. 

Kalau sebelum ni macam susah betul nak terima lakonan Hairul Azreen tapi kali ni walaupun watak dia banyak menyembang dan tak ada langsung fight stunt, dia mampu deliver dengan baik. Chemistry dengan Janna pun not bad. Lakonan Namron pun mantap. Menjadi betul scene dia sebagai gay. Berdekah scene dia cuba nak flirt dengan Parjo. 

Suka tengok band hotel tu sebab comel. Dalam Paskal diorang macho habis, muka ketat je tapi dalam movie ni nyanyi lagu jiwang leleh sokmo. Suka lagu Belaian Jiwa yang bercampur dengan bait lirik Mandarin. Lagi best kalau ditambah lagi lagu untuk diorang nyanyi or perform. Not sure kalau Henri yang nyanyi sendiri ataupun dub je. 

Visual dalam mvie ni memang cantik dan movie Adrian Teh dah memang mantap bab visual editing cuma jadi persoalan bila Adrian tukar dua scene kepada animasi. Kenapa? Untuk tutup kelemahan stunt Sofia ke? Sedangkan boleh je ambil body double. Dialog pun agak lemah sebab try hard sangat. Kadang-kadang cringe tapi sebab movie ni genre santai so tak lah terkesan sangat cuma second half tu jadi draggy dan hambar lah. 

Hotel Bayu Bay tu shoot dekat Hard Rock Hotel Desaru Coast dengan Westin Hotel so bila tengok movie ni jadi excited lah bila semua lokasi penggambaran Pasal Kau tu I tahu sebab buat company trip dekat sana. Sayangnya masa RRM ada company trip, diorang dah wrap shoot dah. Sempat jumpa Fify Azmi dengan Josiah Hogan je masa tu. Tak tahu pulak tengah shooting. 

All in all, congrats Adrian Teh, Hairul Azreen dan team Pasal Kau sebab berjaya buktikan yang acting range diorang tak limited dengan aksi sahaja. Yang belum tengok lagi dan perlukan movie ringan dan santai, boleh tengok movie Pasal Kau ni dekat Netflix! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10

10 comments

  1. Macam comel pula bila tengok trailer filem tu..

    ReplyDelete
  2. adoi yg ni kwani banyak gelak jugak part lucu2 tu :D

    ReplyDelete
  3. first malaysian netflix ni! i tak tgk lagi.. tak sabar nak tgk tapi byk dlm list..

    ReplyDelete
  4. huhu paskal pun belum sempat tengok lagi. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete
  5. aritu ada tertengok sorg youtuber buat review movie ni, habis dia kecam. based on your review takde la teruk sgt cite maybe expectation dia tinggi sgt kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah dekat twitter pun ramai yang kecam movie ni tapi tengok genre lah nak kecam pun. Movie ni light entertainment je. So tak perlu la beria sangat.

      Delete
    2. filem melayu rom-com kot, apa yang diorang beria expect pun tak tahu. chill sudah..haha

      Delete
  6. best kan, ramai review cakap best hehe, tapi 4.9 tu kira so -so la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoiiii sorry, salah kira. Rating dia 7/10 hahaha

      Delete
  7. Review movie yang menarik.. dah lama si Hairul tue tak berlakon watak komedi..(ehh ada ke dia penah pegang watak komedi🤔🤔)..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.