Movie Review : Dear Zindagi (2016)

Thursday 29 October 2020

Director : Gauri Shinde

Writer : Gauri Shinde

Cast : Alia Bhatt, Shah Rukh Khan, Yashaswini Dayama, Ira Dubey, Kunal Kapoor, Ali Zafar, Rohit Suresh Saraf, Aditya Roy Kapur, Angad Bedi, Gautmik, Baby Dishita, Aban Deohans, Atul Kale

Production Company : Red Chillies Entertainment, Dharma Productions, Hope Productions

Distributor : NH Studioz, Reliance Entertainment

Genre : Psychology / Drama / Comedy

Running Time : 150 minutes

Release Date : 23 November 2016 (North America), 25 November 2016 (Worldwide)

Trailer :

‘If you have a problem with your body, that’s normal…you can tell everyone. But if it’s a problem with our mind then the whole family will go silent.. hush hush hush as if the mind is not the part of your body.’ – Dr. Jehangir Khan


Selepas ada masalah dengan tuan rumah sewa yang minta dia keluar dari apartment sebab taknak status bujang dia bawa masalah dan juga masalah dengan teman lelaki dia, Raguvendhra (Kunal Kapoor) yang sudah pun bertunang, Kaira (Alia Bhatt) balik ke Goa. Dan Goa bukan lah tempat yang digemari oleh Kaira gara-gara childhood (Baby Dishita) trauma yang beri kesan sehingga dia dewasa dan buat dia takut untuk jatuh cinta secara serius dengan mana-mana lelaki.

Kawan baik Kiara – Jackie (Yashaswini Dayama) dengan Fatima (Ira Dubey) nasihatkan supaya bantu ayah dia (Atul Kale) shoot video untuk promote restoran milik kawannya. Mungkin boleh jadi game changer dalam career Kiara since Kiara dah tolak offer untuk bekerja dengan Raghuvendra. Kebetulan masa tu Dr. Jehangir Khan (Shah Rukh Khan) bagi speech di Mental Health Awareness Seminar yang buatkan Kiara tertarik dan book therapy session. 

At first memang susah untuk Kiara nak share semua masalah dalam hidup dia sampaikan dia ada insomnia dan susah untuk terima orang lain dalam hidup. Tapi disebabkan life advice dan bantuan psikologi dari Dr. Jehangir Khan a.k.a Jug, Kiara dah mula sembuh dan appreciate life dia. 

Jarang nak jumpa movie yang bertemakan mental health awareness but when they produced, they deliver the best. First half movie ni agak susah nak suka dengan watak Kaira sebab perangai dia yang kompleks. Lucky for her, dia ada group of friends yang sayangkan dia dan support dia. Even pergi Goa pun Jackie temankan sekali supaya Kaira tak down. Second half kinda emotional sebab kita dapat tahu apa trauma yang Kaira alami dan kenapa dia bencikan Goa especially her parents. 

Tak semua orang ada keluarga yang bahagia, some of us may have toxic parent or some of them may leave scars tapi bak kata Dr. Jehangir Khan, tak perlu cuba untuk maafkan tapi cuba untuk pandang mereka sebagai manusia yang penuh dengan kesilapan. Yang paling penting, kita sayang diri kita sendiri dan faham apa yang kita nak dalam hidup. 

I totally loved Gauri Shinde’s work. Banyak yang I belajar dari movie dia walaupun scene tu pendek tapi bermakna. Sama macam movie English Vinglish. Oh by the way dalam movie ni ada poster Ki & Ka, movie arahan R. Balki, suami kepada Gauri Shinde masa scene Kaira tengah makan dekat tepi jalan lepas breakup dengan Sid (Angad Bedi). Their prop team was the best. I love Kaira's home deco or Jug's therapy room. 

Kalau shoot dekat Goa tak payah sembang banyak lah pasal cinematography dia sebab cantik sangat. Dengan bajet yang rendah pun Laxman Utekar mampu buatkan movie tu rasa dekat di hati. Ditambah dengan karya music album dari Amit Trivedi yang best, kena dengan penceritaan dan situasi. My favs – Just Go To Hell Dil dan Love You Zindagi. Lakonan Alia antara punca dua lagu ni memberi impak. Gara-gara popularity movie Dear Zindagi lepas ditayangkan, jalan yang Kaira dan Jug guna untuk berbasikal dinamakan Dear Zindagi Road.

 

Masa Red Chillies Entertainment dengan Dharma Productions announced diorang akan buat movie ni, ramai la yang troll SRK dengan Alia sebab age gap yang terlampau besar dan juga baby face Alia buatkan SRK nampak tua. Without knowing the character and story at all. Tapi bila dah keluar memang berbaloi tiket wayang I masa tu dan bila I feel down dengan life, of course akan tengok balik movie ni. Alia stand out dengan watak Kaira yang kompleks dan SRK menyerlah dengan watak mentor dan pendorong sama macam lakonan dia dalam Chakde India! but this time dia lebih cool dan fun. I hope SRK akan cari skrip yang sesuai dengan persona dia, he knows how to charm audience and make us believe in something. 


Lepas covid-19 pandemik berakhir nanti, I really hope and have huge pray that Bollywood will produce more psychology movie like this. With brilliant cast and scriptwriters of course. Kalau you guys belum tengok lagi movie ni, please watch!  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

15 comments

  1. Rasanya ika pernah tengok cerita ni. Tapi ika dah lupa dah. nak kena tengok balik. Main reason tengok ritu sebab ada SRK. Kehkeh

    ReplyDelete
  2. rasa macam pernah dengar tapi tulah hajat nak tengok filem bollywood memang jarang terlaksana

    ReplyDelete
  3. mcm pernah drg tajuk tapi tak pernah tgk lagi rasanya. lama giler kot tak layan cita hindi

    ReplyDelete
  4. what a nice review. i setuju with GOA! corok mana pun cantik bila diorg buat filming.. GOA is my wish place after Simla :)

    ReplyDelete
  5. Suka dengan ayat nie "tak perlu cuba untuk maafkan tapi cuba untuk pandang mereka sebagai manusia yang penuh dengan kesilapan. Yang paling penting, kita sayang diri kita sendiri dan faham apa yang kita nak dalam hidup. "
    Kalau berkaitan dengan psikologi, kak Sha nak try tengok..

    ReplyDelete
  6. SRK ni biar pun dah jadi warga emas tapi masih diambil sebagai hero. Di Malaysia ni susah la sbb penerbit nak org muda je jadi hero...

    ReplyDelete
  7. wah filem srk laaa boleh masuk dalam wish list ni

    ReplyDelete
  8. Shah Rukh Khan is still so hot! This write up has definitely caught my attention I'll search for this movie hopefully it's available on Netflix.

    ReplyDelete
  9. Kalau dah cerita bollywood, mmg sisyat akan tgk lah . Nak juga cari cerita ni. Yg paling pnting sebab adanya SRK.. hero yg x pernah x suka. 😊

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak tgk movie shah rukh khan. Seingat saya masa zaman saya sekolah rendah dulu, famous betul dia dgn kajol

    ReplyDelete
  11. Bagus buat cerita berkenaan masalah zaman kini iaitu mental health. Mental health nie I rasa ramai orang pandang enteng - hanya gila yang dianggap masalah besar sedangkan tekanan jiwa banyak jenis.

    ReplyDelete
  12. Aah la. Jarang movie Bollywood cerita pasal mental health. Baca Farhanah punya review buatkan Nur (sure ramai lagi) yang belum pernah tengok jadi nak tengok cerita ni. Thanks share :)

    ReplyDelete
  13. i am not a fan of Bollywood movies but after reading your review, i am so excited to watch this now!!

    ReplyDelete
  14. Menarik kupasan review movie ni. Tentang penyakit berkaitan mental memang banyak sekarang ni dan teruja kita nak tonton movie ni nanti

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.