Movie Review : Machine (2017)

Sunday 18 October 2020

Director : Abbas–Mustan

Writer : Sanjeev Kaul

Cast : Mustafa Burmawalla, Kiara Advani, Ronit Roy, Supriya Karnik, Johny Lever, Eshan Shanker, Mayuresh Wadkar

Production Company : Pen Movies, Abbas-Mustan Productions

Distributor : AD Films (Haresh Patel)

Genre : Romantic / Thriller

Running Time : 138 minutes

Release Date : 17 March 2017

Trailer :

Sarah Thapar (Kiara Advani), anak perempuan kepada Balraj Thapar (Ronit Roy) hidup mewah hasil perniagaan mereka dalam bidang property dan beberapa bidang tanah yang mereka ada di Georgia. Sarah masih lagi belajar di Woodstock dan suka dengan car racing. Setiap perlumbaan dia akan menang tapi tidak bila Ransh (Mustafa Burmawalla) muncul. 

Kata Ransh, dia takkan tekan brek dalam perlumbaan because he got nothing to lose. Dari situ Sarah mula jatuh cinta dengan Ransh bila dapat tahu yang Ransh pun belajar satu kolej dengan dia dan ambil major yang sama. Dia mula dapat puisi romantik dari lelaki misteri yang dia sangkakan Ransh. Dalam masa yang sama, kawan baik dia, Aditya (Eshan Shanker) dan juga Vicky (Mayuresh Wadkar) pun suka dengan Sarah. 

Lantaklah siapa yang datang pun, Sarah tetap suka dengan Ransh even Aditya dengan Vicky meninggal pun dia dah kuat semangat nak hidup sebab Ms Puri (Supriya Karnik) dah dedicated kepada Aditya. Lepas stage play makin bertambah sayang la Sarah dengan Ransh kemudian berkahwin sebab Ransh dah janji nak bagi rumah tanpa dinding, pintu dan tingkap supaya tak ada yang nampak mereka berdua bercinta. Which is nonsense gila. Dialogue dalam movie ni memang cringe habis. 

Movie ni jadi thriller sebab masa honeymoon, Ransh campak Sarah dalam gaung. Dia punya campak tu sampai viral dekat Twitter. Even dah jatuh gaung tinggi macam tu pun, Sarah cuma luka sikit je. Ajaibnya dia diselamatkan oleh abang kembar Aditya. Campak dekat Gorgia tapi boleh sampai ke India. Yupppp what is geography? Polis (Johny Lever) pula cuma muncul untuk bergurau dengan Ransh????

Susah nak percaya yang movie Machine ni naskhah daripada Abbas-Mustan yang cemerlang dengan movie Baazigar, Soldier, Humraaz dan franchise Race. Sayangnya, movie ni debut movie kepada Mustafa, anak kepada Abbas. Kenapa dia bagi anak dia berlakon dalam movie macam ni pun tak boleh nak faham. Tapi lakonan Mustafa okay je, menari pun smooth cuma skrip movie ni memang hancur. 

Chemistry dia dengan Kiara tak meyakinkan langsung sebab Kiara macam tak selesa dan tak tahu apa dia buat dalam movie ni. Maybe dia pun tahu movie ni entah mende-mende tapi sebab nak job dia pun setuju je. Watak dia pun setakat jadi cantik je. Surprisingly chemistry Mustafa dengan Carla Dennis sebagai Serina Altar nampak hot walaupun screentime diorang tak panjang mana dan lagu pun tak best sangat. Tapi lagu remake Tu Cheez Badi Mast is lit!

Movie Abbas-Mustan selalunya penuh dengan twist tapi yang ni kalau tak ada twist pun tak apa rasanya sebab twist dia tak boleh nak digambarkan dengan fizik malah kata-kata. Kekuatan movie ni mungkin pada sinematografi yang cantik lah kot. Camera direction oleh Dilshad V. A. pun kemas kecuali part vfx. Btw, thanks Dilshad sebab tahu angle mana yang cantik untuk Eshan Shanker sebab dia memang tak handsome dengan hairstyle macam tu. Bila dah handsome sikit, screentime pendek pulek.

Pelik jugak kenapa movie ni bertajuk Machine, ingatkan sebab Sarah dengan Ransh suka car racing rupanya tak. Jawapan tu ada dekat hujung movie yang mana agak pelik tapi hmm okay berkait lah dengan introduction scene. Cuma credit scene tu tak faham kenapa ada philosophy dari Mahatma Gandhi, Steve Jobs dan Swami. Tiberrrr????

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 2.9/10

6 comments

  1. flop betul lah nampaknya ni, baca review pun boleh nampak FJ rimas je masa tengok haha

    ReplyDelete
  2. cita tiga segi!!! oh noooooooo then ok 2/10... takyah tgk la

    ReplyDelete
  3. baca review pun dah ras mehh sangat, memang tak la nak nengoknya... apa kejadah campak gaung luka sikit ja hahaha

    ReplyDelete
  4. tak semua kisah cinta itu indah sekali kena campak dari gaung. ok fine terus bye..haha

    ReplyDelete
  5. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  6. Lagu remake tu bestlah.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.