Movie Review : Do Lafzon Ki Kahani

Monday 5 October 2020


Director : Deepak Tijori
Writer : Girish Dhamija
Cast : Randeep Hooda, Kajal Aggarwal, Yuri Suri, Mamik Singh, Dhiraj Shetty
Production Company : Pen India Limited, Alumbra Entertainment, Dhiraj Motion Pictures, Focus Motion Pictures, Deepak Tijori Films
Distributor : Pen India Limited
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 128 minutes
Release Date : 10 June 2016
Trailer :


Suraj (Randeep Hooda) adalah bekas peninju tapi dia buat kerja-kerja buruh untuk sara hidup lepas dia berjanji dengan diri dia untuk berhenti gunakan kekuatan dia untuk pukul orang lain. Setiap hari dia akan buat 3 kerja dari subuh sampai lewat malam. 


Dari Kuala Lumpur dia akan berlari sampai ke Putrajaya hahaha kalau orang luar tengok movie ni mungkin rasa macam dekat jarak tu tapi hazab jugak lah KL ke Putrajaya. Mungkin sengaja shoot dekat sana untuk nampak keindahan Putrajaya la kot. Itupun berapa saat je pun. Hakikatnya Suraj berjumpa dengan Jennie (Kajal Aggarwal) dekat Kuala Lumpur jugak. 


Walaupun cacat penglihatan, Jennie mudah sangat ramah dengan orang lain dan tak minta lebih sejak dia kehilangan ibu bapa dia dalam kemalangan. Dia cuma jalani hidup biasa dan bahagia sejak bercinta dengan Suraj. Lepas berjumpa dengan Jennie, Suraj dah start bertinju balik di bawah guidance Om (Mamik Singh) dan dapat payment lagi masyuk dari sebelum ni supaya dia dapat jaga Jennie dan akan berkahwin. 


Tapi bila dah sayang, mula la nak buat yang terbaik untuk cinta hati so Suraj bawa Jennie untuk jumpa pakar mata. Doktor pula bagitahu yang Jennie ada masa 15 hingga 20 hari je untuk pembedahan mata atau tidak, Jennie akan kekal buta sampai bila-bila. Mana dia nak cari RM300,000 dalam masa 20 hari? 

Sikandar (Dhiraj Shetty) yang memang jaki dengan Suraj bagi illegal job dekat Langkawi. Dia kena bertarung dalam illegal ring fight kepunyaan Gavin (Yuri Suri) dalam masa 7 minit tapi sebab Sikander ni jenis mulut biadap, Suraj lupa perjanjian dia. Sudahnya dia kena buat satu lagi kerja bahaya. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak, Suraj turutkan saja permintaan tu asalkan Jennie dapat lihat balik. 


Dah lama sangat nak tengok movie ni sebab shooting dekat Kuala Lumpur tapi sayangnya shot dalam movie ni tempat biasa je. Takde scene dekat Pasar Seni yang penuh dengan street art ataupun seni budaya yang lain. Mungkin crew diorang tak tahu kewujudan Little India dekat Bangsar gamaknya haha kalau tak dah ada scene Suraj dengan Jennie makan pani puri dekat tepi jalan dah. Jennie pun tak pernah pakai sari dalam movie ni walhal Malaysia ada kaum India. 


Kelakar jugak lah Jennie pergi dengar konsert lagu Melayu walhal Guru Randhawa, Arijit Singh atau penyanyi lain pernah je datang Malaysia buat konsert dekat sini. Movie ni shooting tahun 2015 macam tu. Tengok gaya cuaca dekat dalam movie Do Lafzon Ki Kahani ni, macam musim hujung tahun so dah dekat dah dengan perayaan Diwali tapi tak ada langsung pun dalam movie ni. I boleh rant banyak pasal movie ni tapi maleh lah. 

Lakonan Randeep Hooda je lah kekuatan movie ni dengan lagu Kuch Toh Hai nyanyian Armaan Malik but the rest are disappointment especially lakonan heroin. Chemistry Randeep dengan Kajal nampak dipaksa and sometimes awkward. Kalau scene yang ada Randeep okay lah, terlindung sikit lah kelemahan dia tapi bila Kajal sorang je dalam scene tu memang hancur.


Tak boleh terima betul watak Suraj kena hadap trauma dalam hidup dia sebab ada yang nak bunuh diri. I mean, dia yang tak bayar hutang kot. Plus, kalau masuk hospital kerajaan tak lah mahal benar sampai dia kena buat 3 shift untuk bayar kos perubatan warganegara Malaysia. 


Movie ni remake kepada movie Korea berjudul Always yang diterbitkan pada tahun 2011 tapi bila dah ada yang original, takkan lah tak boleh improvise? No wonder lah movie ni gagal teruk dekat box office. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 3/10

3 comments

  1. wahh..dia tunjuk kecantikkan KL.. this is interesting

    ReplyDelete
  2. Nampak juga dalam trailer laki tu aje yang nampak hidup watak tu. Malaysia banyak aje tempat cantik dan budaya yang pelbagai, tapi sayang yang selalu ditunjuk dalam filem hindustan KL, putrajaya, langkawi. Tiga tu ajelah selalu ditayangnya 😅

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.