Macau Scam & Modus Operandi

Saturday 10 October 2020

Baru-baru ni kecoh bila Addy Kana dan Datin Alia ditangkap oleh SPRM diikuti juga dengan siasatan pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Kenderaan mewah milik Datin juga disita ekoran kes Macau Scam. 



Apa Itu Macau Scam? 

Sindiket penipuan telekomunikasi yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit. 'Macau Scam' didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan. 

Modus Operandi Macau Scam

'Spoofing' ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombor yang tertera di skrin.

1. Cabutan bertuah (Lucky Draw)

Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

Kes membabitkan seorang kerani berusia 46 tahun di Seremban yang mengalami kerugian sebanyak RM108,500 bila menerima whatsapp memenangi hadiah dari luar negara. 2 hari kemudian mangsa diminta masukkan RM5,000 untuk cukai bungkusan kedalam akaun Caroline Man. Kemudian selepas 10 minit diminta masukkan RM18,500 dan RM75,000 ke dalam akaun sama.

2. 'Spoofing' pegawai polis / agensi kerajaan

Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

Kes di mana seorang suri rumah berusia 68 tahun di Rembau yang kerugian sebanyak RM183,770 bila mangsa terima panggilan dari seorang wanita kononnya anggota polis dari Balai Polis Jalan Campbell, Seremban bernama Koperal Azizah. Mangsa dimaklumkan kad pengenalan beliau di gunakan dalam aktiviti wang haram, dadah, dan 8 kad ATM di poslaju Seremban. Mangsa menafikan terlibat dan kemudian disambungkan kepada ‘Koperal Kamarul’ di IPD Seremban dan RM183,770 dipindahkan ke dalam 3 akaun berbeza. 

3. 'Spoofing' pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

4. Tipu culik dan minta wang tebusan

Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).

Jenayah pengubahan wang haram ini membabitkan kesalahan seperti menipu, rasuah atau merompak bank, yang mana wang itu perlu dicuci. Siasatan terhadap wang hasil Macau Scam ni masih berjalan dan beberapa selebriti diseru untuk tampil bagi kerjasama dengan pihak SPRM. 

Mereka yang menerima wang itu tidak boleh tidak tahu atau berkata mereka tidak tahu. Kerana apabila kita siasat, kita akan siasat sampai ke mana wang itu berada (diserahkan). Menubuhkan perniagaan adalah antara cabang wang ini dicuci - Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki

6 comments

  1. mereka semua ni tak ingat ada kehidupan lain selepas mati ke ek?

    ReplyDelete
  2. i kena!!! dia ckp my ic digunakkan utk bukan 20acc bank ats dasar i got scandal dgn ahli politik dan i kena transfer duit utk elakkan pembekuan , then i tnya, apa hak dia nak i transfer duit i? then dia naik angin marah2 i.. omggg felt so stupid talking to that person for 2 hrs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aiiii lamanya sampai 2 jam. I selalu dapat call dari pejabat pos atau mahkamah tu je pastu I letak

      Delete
  3. sy penah kena jg. scammer nigeria. modus operandi dia, ada brg dia nk kasi sy tersekat kt airport. so nk lepaskan brg tu, kena byr sekian2. wpn ms tu sy naif ntah mcm mn Allah bukakan hati sy utk call pihak airport. then pihak airport ckp, kami tak pernah sekat mn2 brg melainkan brg tersebut mengandungi dadah dan seangkatan dgn nya. dasyummm!! ms tu br tahu ni scammer! tp syukur sgt sy x buat sebrg pemindahan wang. lg pun ms tu gaji ciput hahahahaha

    btw hrp duit2 mrk yg ditipu tu dipulangkan semula...kesian mereka penat lelah mengumpul smpi ada yg meninggal dunia

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.