Movie Review | Malik & Elsa (2020)

Monday 12 October 2020


Pengarah :  Eddy Prasetya, Edy Mandala

Penulis Skrip : Nana Mulyana, Media Kita

Pelakon : Endy Arfian, Salshabilla Adriani, Joshua Pandelaki, Muhamad Yahya Nur Ibrahim, Hendra Lesmana, Nina Rahma

Genre : Romantik / Drama

Syarikat Produksi : Max Pictures

Pengedar : Disney+ Hotstar

Durasi Tayangan : 88 minit

Tarikh Tayangan : 9 October 2020 (Indonesia)

Trailer :

Diadaptasikan dari novel laku keras karya Boy Chandra dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang kisah percintaan yang bermula dari persahabatan di antara Malik (Endi Arfian) dan Elsa (Salshabilla Adriani). 

Elsa kalah dengan Malik untuk soalan berkenaan sejarah Indonesia, jadi sebagai denda dia perlu belanja Malik makan tengahari selama 7 hari. Dan dalam masa yang sama, Malik cuba buat Elsa jatuh suka dengan dia. Tak lah susah mana pun untuk Elsa suka dengan karakter Malik sebab dia seorang kawan yang baik. Kacak pulak tu. 

Elsa pun tak kisah nak belanja Malik makan selama seminggu sebab dia anak orang kaya, berbeza dengan Malik yang perlu bekerja sambil belajar untuk tampung kos pengajian di kolej. Sebelum ke kolej dia akan ambil upah mengangkut barang di pasar basah. 

Impian Malik adalah untuk berjaya dalam hidup dan buat ibu bapa dia bangga kemudiannya bayar budi kepada yang dah tolong dia. Tapi dalam semua kisah cinta mesti ada cabarannya kan? Ibu Elsa tak suka Elsa berkawan dengan Malik sebab Elsa selalu balik lewat malam. Sudahnya ibu Elsa (Nina Rahma) bagi amaran keras supaya jauhkan diri dari Malik. 

Sama juga dengan Malik bila dapat amaran dari senior Liandra (Muhamad Yahya Nur Ibrahim) untuk berhenti jadi pengaruh buruk kepada Elsa. Tak faham sangat watak senior Liandra ni sebab tiba-tiba je nak sibuk dengan life Elsa dan Malik. Mungkin dia suka Elsa atau mungkin dia anggap Elsa macam adik dia sendiri. Entah lah, tak dikembangkan sangat. 

Jalan cerita movie romantik ni simple sangat, mungkin target audience dia remaja sekolah kot. Drama dia pun tak lah berat sangat pun so lakonan kedua pelakon utama ni ala kadar je lah. Tak heavy mana pun. Chemistry tu ada lah tapi sebagai kawan. Scene Elsa menangis tu nampak sangat try hard. 

Pelik dengan definisi pertemuan kawan baik Malik, Lubis (Hendra Lesmana) dengan Elsa sebab both of them dah berjumpa dua kali dah pun. First time bila Elsa tanya tempat Malik bekerja, second time pula masa Elsa drop Malik ke rumah. Kali ketiga Lubis dengan Elsa berjumpa baru Lubis clarify tu pertemuan mereka padahal Lubis hantar barang je dekat Elsa. Tak sembang banyak pun. Goof? Idk.

Berlatarkan keindahan kota Padang, Indonesia, movie Malik & Elsa dipenuhi dengan keindahan pantai-pantai di Padang. Tapi camera shot nampak pelik masa scene Malik dengan Elsa berjalan dekat Pantai Cinta. Nampak macam edit sangat tapi kalau dari angle tepi, elok je pulak scene tu. Bila camera berhadapan dengan Malik dengan Elsa terus jadi kartun. Sama juga dengan scene diorang atas bot tu. Kemain memancar lagi matahari tu sampai nak tenggelam muka pelakon. 

Music score dan soundtrack movie ni not bad lah untuk menaikkan mood romantic antara watak Malik dan Elsa. Dekat hujung movie ada lagu Cinta Luar Biasa dari Andmesh Kaleng. Watak sampingan banyak membantu dalam movie ni supaya tak jadi hambar di samping kehebatan masing-masing bercakap dalam bahasa Padang untuk nampak real. Pelakon utama tak pandai okay. 

Tak tahu lah ada sequel ke tak nanti sebab movie dia habis macam tu je. Kalau ada sambungan, hopefully skrip dia lebih strong. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10

12 comments

  1. teringat drama 9embilan, semua pelakon kena kursus bahasa indonesia kalimantan sebelum shoot sebab nak bagi bunyi real. hehe

    ReplyDelete
  2. fall in love with your best friend is amazing tapi too risky! huhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. Scene Elsa menangis tu nampak sangat try hard...


    alaaa x suka laa sy kalau ada part mcm ni hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau nak relax2 boleh tgk citer macamni

    ReplyDelete
  5. tak tahu nak komen apa.. tapi nak tinggalkan jejak. Haha

    ps: baru repeat elsa anna and snowman? Haha Elsa.. do you want build a snowman...

    ReplyDelete
  6. I don't know why but mostly mesti cerita cinta macam ni watak hero nya miskin dan heroin nya kaya , atau sebaliknya ^^ tpi tak rugi pun kalau tgok , sbb mcm best ni hehehee

    ReplyDelete
  7. dah lama sgt tak tgk cerita camni, krg minat, sebab lebih krg sama je ending nya..

    ReplyDelete
  8. Cerita ni main dekat mana fana? Viu ka netflix ka apa ka... Boleh la boring2 layan cita ni kan

    ReplyDelete
  9. kena tgok la citer ni. pasti best...

    ReplyDelete
  10. tak minat genre macam ni..hahahah tapi suka bila dapat tengok scenery yang mengancam

    ReplyDelete
  11. oklah view cantik, soundtrack pun sedap tapi acting hurmmm

    ReplyDelete

  12. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.