Movie Review | Guru-Guru Gokil (2020)

Saturday 31 October 2020

Pengarah :  Sammaria Simanjuntak

Penulis Skrip :  Rahabi Mandra, Dian Sastrowardoyo, Tanya Yuson

Pelakon : Gading Marten, Faradina Mufti, Boris Bokir, Dian Sastrowardoyo, Kevin Ardilova, Arswendi Nasution, Ibnu Jamil, Kiki Narendra

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  101 minit

Tarikh Tayangan : 17 Ogos 2020

Syarikat Produksi :  Base Entertainment

Pengedar :  Netflix

Trailer :

Taat Pribadi (Gading Marten) tak suka dengan guru sekolah dan dia pun tak ada cita-cita untuk jadi seperti ayah dia, seorang guru yang disayangi oleh anak muridnya. Kerana bagi dia, ayah dia, Pak Purnama (Arswendi Nasution) cuma pentingkan murid di sekolah lebih daripada anak sendiri. Lalu dia ke kota untuk mencari kerja. Apa sahaja kerja dia akan buat. 

10 tahun berlalu dan dia masih lagi tak berjaya kumpul kemewahan yang diimpikan. Sudahnya dia pasrah dan pulang ke rumah ayah dia jugak. Dia cuba cari kerja di kampung pula dan terjumpa iklan untuk bekerja di atas cruise. Person in charge tu dah bagitahu yang Taat perlu keluarkan modal yang agak besar sebab perlukan duit untuk uniform, passport dan juga visa. 

Sementara dia mencari duit, dia dapat bekerja sebagai guru ganti di SMA Asri, sama sekolah dengan ayah dia dan yes of course, sekolah lama dia dulu. Dia mendaftar sebagai guru ganti selama sebulan. Sekolah tu agak daif. Guru Matematik, Cikgu Rahayu (Faradina Mufti) adalah orang yang sama in charge untuk bahagian pengurusan. Pernah juga jadi security guard. Taat diterima masuk sebagai guru Sejarah walhal sijil diploma dia palsu. 

Ayah dia dah pesan jangan buat malu keluarga tapi dia endahkan saja. Hari pertama dekat situ pun dah mula pinjam duit dengan Cikgu Gagah Perkasa (Ibnu Jamil). Pada hari gaji pula Taat cuba untuk mencuri duit pencen ayah dia yang disimpan bersama duit gaji semua guru di perpustakaan. Tapi duit tu dah terlebih dahulu dicuri oleh gangster anak buah Pak Le’ (Kiki Narendra). Taat, Cikgu Rahayu, Cikgu Manul (Boris Bokir) dan Cikgu Nirmala (Sastrowardoyo) cuba ambil kembali hak mereka setelah mereka dapat tahu polis pun bersekongkol dengan kejahatan Pak Le. 

Tak pasti lah kalau sekolah di luar bandar memang tak terjaga langsung infrastruktur sekolah sampaikan transaksi pembayaran gaji pun dibuat melalui tunai. Kalau ada pun kenapa semua duit disimpan di tempat yang senang diketahui? Jumlah tu agak besar sebab ada duit pencen juga. Duit yang dicuri tu pun macam tak logik lah tak digunakan langsung oleh Pak Le’ kalau diikutkan plot masa dalam movie ni dalam dua minggu lebih. Tak ada siapa pun yang cuba siasat macam mana pencuri tu boleh tahu lokasi sebenar duit tu disimpan dan pada hari dan waktu apa Cikgu Rahayu dengan Cikgu Gagah ambil duit dari bank. 

Nasib baik movie ni lebih terarah kepada genre komedi so kelompongan yang ada ni tak lah dititikberatkan sangat. Comic timing Gading Marten sebagai pelakon utama menjadi. First time rasanya tengok Dian Sastrowardoyo berlakon watak komedi sebab sebelum ni lebih kepada watak sendu sebabak dan terjaga penampilannya. First time untuk I lah sebab jarang tengok movie Indonesia. Untuk watak Cikgu Nirmala, Dian guna khidmat MUA untuk makeup effect supaya muka nampak berjerawat teruk gara-gara kehamilan. Berdekah scene dia membebel dalam kereta bila lelaki tu minta dia bagi laluan. 

Momentum movie ni ada masanya menaik kemudiannya menurun bersilih ganti dan ending dia agak draggy dengan unnecessary scene and drama. Boleh dipendekkan dan buang scene di mana watak Pak Le, Taat dengan Ipang (Kevin Ardilova) di bumbung. Patut dikembangkan lagi scene Taat confront ayah dia bila dia tuduh ayah dia tak pernah peduli dengan dia. Dekat situ mungkin script writer boleh tambah drama bila Pak Purnama jelaskan yang kerja guru ni tak mudah. 

Overall movie ni not bad lah sebagai light entertainment dengan tema yang mengangkat jasa guru yang sanggup berkorban untuk anak-anak murid walaupun cuma bekerja sebagai guru ganti. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

4 comments

  1. Dina dah tengok movie ni dan Dina kurang suka. Babak kelakar dia ada dua tiga sahaja. Selebihnya Dina rasa meleret

    ReplyDelete
  2. aduhhh... jenis tak pandai guna duit ni susah.... pijam sana sni.. hmmm

    ReplyDelete
  3. macam seronok... lama dah tak layan movie indonesia

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.