Sunday, 11 October 2020

Movie Review : Ola Bola!


Pengarah :  Chiu Keng Guan

Penulis Skrip :  Chan Yoke Yeng, Tan Pik Yee

Pelakon :  JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan, Katrina Ho, Mark Williams, Bront Palarae, Frankie Lee, Taufiq Hanafi

Genre :  Sukan / Drama

Durasi Tayangan :  113 minit

Tarikh Tayangan : 28 Januari 2016 (Malaysia)

Syarikat Produksi :  Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment Sdn Bhd

Pengedar :  Golden Screen Cinemas

Trailer :

Dah lama cari movie Ola Bola ni and thanks to IQIYI apps, dapat jugak layan salah satu movie tempatan yang terbaik pernah dihasilkan di bawah arahan Chiu Keng Guan. Jarang kita dapat layan movie yang diinspirasikan dari kisah benar arena sukan kita. 

Kisah bermula dengan Marianne (Marianne Tan) diberikan tugas untuk buat research tentang team bola sepak sekitar tahun 1980-an di mana pasukan bola sepak negara layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia. Disebabkan sumber yang terhad dan pita yang telah pun rosak, dia give up. Plan dia cuma nak buat yang mana mampu sebelum surat tawaran bekerja di UK sampai. 

Boss dia pujuk untuk pergi ke Sabah dan berjumpa dengan Eric Balak, striker team bola sepak Malaysia yang kemudiannya bersara dan melatih team bola sepak cucu dia di kampung. Eric masih lagi simpan segala kenangan semasa dia bersama team bola sepak negara. Antaranya ialah sarung tangan yang dipakai oleh rakannya, Muthu (Saran Kumar Manokaran).

Eric menceritakan kembali kenangan dan bagaimana pasukan bola sepak negara yang diketuai oleh Tauke (JC Chee) berlatih siang malam di bawah kendalian Coach Harry (Mark Williams) yang datang dari UK. Awalnya memang susah nak cari keserasian sebab cara Tauke dan Coach Harry berbeza. Yang menjadi mangsa haruslah ahli pasukan yang lain terutamanya Abu (Taufiq Hanafi) dan Eric sendiri. 

‘Your biggest problem….no, the team’s biggest problem is your ego!’ – Coach Harry

Memandangkan movie Ola Bola ni diadun menjadi naskhah bergenre drama, jadi ada la beberapa scene yang diolah berbeza dari fakta sebenar. Kata Tauke memang dia kapten pada masa tu dan mereka kena training di kem askar tapi apa yang jadi di bilik persalinan masa half time lawan Korea Selatan tu tak betul sebab keputusan Kerajaan dibuat selepas habis perlawanan. 

But let’s just put that aside lah sebab tak besar mana pun kesilapan atau olahan tu. Penceritaan, lakonan dan skrip dari Chan Yoke Yeng dan Tan Pik Yee memang mantap dan sarat dengan mesej-mesej patriotisme, perpaduan dan kegigihan tak kira bangsa dan agama. Scene Rahman (Bront Palarae) nasihatkan Tauke untuk terima kehadiran Coach Harry dengan hati terbuka antara salah satunya. 

‘Football is a teamwork. One player doesn’t win the game, and also… one player doesn’t lose the game.’

Music score dari Onn San pun memainkan peranan besar. Lagu Arena Chaya yang dinyanyikan oleh Zee Avi menang dalam kategori Best Original Theme Song di Taipei Golden Horse Film Festival and Awards 2016.Memang patut menang pun sebab lirik dia mendalam. 

Walaupun movie ni tentang kegigihan kesemua watak tapi bila diorang down, kita pun jadi down sekali. Bila Rahman menjerit Goal! Goal! Goal! Goal! kita pun rasa nak jerit sekali. Scene director sengaja usik masa Eric bercerita dengan Marianne tu pun menjadi. Berdebar je bila tengok scene separuh akhir. Dah tahu apa akan jadi pun tetap rasa berdebar. 

Latar masa movie Ola Bola pada tahun 80-an so pakaian, hairstyle, kereta dan seni bina bangunan serta dekorasi dicipta semula oleh Anthony Chan nampak menjadi dan mengimbau kenangan bila flashback scene muncul. Dalam movie ni pun boleh tengok latar belakang beberapa watak yang cuba mengubah nasib keluarga bila ekonomi Malaysia bergantung pada hasil pertanian – getah, kelapa dan balak. 

All in all, movie Ola Bola memang layak diraikan dan merangkul semua pengiktirafan walaupun terdapat beberapa khilaf dari pihak produksi. Hopefully produser Astro Shaw akan hasilkan lagi movie genre sukan. Mungkin sukan ragbi dan hoki pulak sebab dua sukan ni pun antara jaguh kebanggaan negara. Last but not least, tahniah Ola Bola kerana kembalikan keyakinan dan kepercayaan bukan setakat dalam arena sukan tapi dalam industri perfileman tempatan juga! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

5 comments:

  1. terlalu lama hold on movie ni, tak tgk pun dari dulu but ramai ckp best... but after baca your review.. i need to watch it ASAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss! Memang wajib tengok! I happy gila dapat tengok movie ni

      Delete
  2. dah tak berap ingat jalan cerita movie ni...

    ReplyDelete
  3. mmg payah dan renyah bila hasilkan filem sebegini. tapi pujian harus diberi kpd team produksi yg hasilkan filem ni. jarang industri filem malaysia mampu hasilkan naskhah mcm ni...so hrp lps ni akan lbh byk 'Ola Bola' yg lain menyusul...

    ReplyDelete
  4. kak pip suka movie ni.
    hehe. walaupun ada part cerita movie ni tak sama dgn cerita sebenar (namapun movie kan, ada elemen dramatik), tapi overall mmg suka movie ola bola ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!