Saturday, 17 October 2020

Movie Review : Black Friday (2004)

Director : Anurag Kashyap

Writer : Anurag Kashyap

Cast : Kay Kay Menon, Pavan Malhotra, Aditya Srivastava, Nawazuddin Siddiqui, Imtiaz Ali, Pratima Kazmi, Zakir Hussain, Vijay Maurya, Gajraj Rao

Production Company : Mid Day Multimedia Limited, Big Bang Pictures, Jhamu Sughand, Mirror Films

Distributor : Jhamu Sughand, Adlabs Films

Genre : Crime / Drama

Running Time : 167 minutes

Release Date : 13 August 2004 (Locarno International Film Festival), 9 February 2007 (India)


‘An eye for an eye, makes the world goes blind’ – Mahatma Ghandi

Quote dari Mahatma Gandhi ni sesuai sangat dengan tema keganasan yang berlaku dalam movie yang diadaptasikan dari novel Black Friday karya S Hussain Zaidi diambil dari kisah benar mengenai tragedi hitam letupan di Bombay pada tahun 1993 selepas riot di Masjid Babri pada Disember 1992. 

Letupan ni direncanakan oleh Dawood Ibrahim (Vijay Maurya) dan Tiger Memon (Pavan Malhotra) kemudian dibantu oleh pasukan ISI di Pakistan. DCP Rakesh Maria (Kay Kay Menon) yang ditugaskan untuk menyiasat kes ni mula dapat petunjuk dari setiausaha Tiger Memon iaitu Asgar Muqadam (Nawazuddin Siddiqui). Dia tidak tahu apa rancangan Tiger Memon tapi dia tahu RDX diseludup masuk ke India melalui Dawood Phanse (Gajraj Rao).

 

Polis tak mampu dapat banyak maklumat mengenai Tiger Memon mahupun Dawood Ibrahim bila mereka berdua sudah pun bersembunyi di Dubai. Semua yang ditangkap pula dah bersumpah dengan Al-Quran tak akan dedahkan tentang ‘jihad’ mereka. Tapi Badshah Khan (Aditya Srivastava) mula sedar tentang penipuan licik Tiger Memon dan jadi saksi utama kepada kes ni selepas dengar kata-kata daripada DCP Maria. 

‘Allah will never harm innocent people. Every true man has Allah on his side. We all have the same God. Who doesn’t see us as different but idiots like you do’ – DCP Maria

Tragedi dalam movie ni adalah tragedi yang sama diceritakan dalam movie Sanju (2018) bila Sanjay Dutt beli senapang AK-47 dari anak buah Tiger Memon dan dipenjarakan di bawah Terrorism Act. Dalam movie ni juga diselitkan beberapa footage asal yang diperoleh dari national news semasa dan pasca kejadian letupan di Mumbai. Salman Khan pula pernah terpalit dalam kontroversi bila dia tweet tak puas hati bila Yaakub Memon (Imtiaz Ali) yang dihukum gantung selepas ditangkap untuk jenayah abangnya, Tiger Memon. Bila tengok movie Black Friday boleh faham kenapa Salman cakap macam tu. 

Tak tahu lah kenapa Natarajan Subramaniam guna tone merah dan biru untuk kebanyakan scene. Warna biru masa tragedi letupan tu berlaku tu boleh faham lah sebab taknak nampak ngeri sangat bila bandar Bombay dipenuhi dengan mayat dan darah. Lagipun movie Black Friday ni ditangguhkan tayangan selama 3 tahun oleh Censor Board.  Warna merah pula untuk interrogation scene di balai polis agak menyakitkan mata. Mungkin metafora tapi mengganggu. Cukup dengan dialog padu dari beberapa watak. 

Kalau naskhah dari Anurag Kashyap, semua pun dah sedia maklum dengan kehebatan para pelakon dan dalam movie ni kebanyakannya dibintangi oleh pelakon-pelakon yang dah dikenali di Bollywood antaranya Kay Kay Menon, Pavan Malhotra, Aditya Srivastava, Nawazuddin Siddiqui dan Gajraj Rao. Tepat pilihan Anurag untuk Vijay Maurya lakonkan watak Dawood Ibrahim sebab muka, penampilan dan gaya semuanya sama sangat dengan karakter sebenar. Walaupun screentime dia pendek tapi cukup untuk bagi impak kepada scene dan movie ni. 

Movie Black Friday ni tak sesuai untuk tontonan umum atau yang lemah semangat sebab based on trues tory even tragedy is traumatic to watch. Ada police brutality scene juga bila mereka guna kekerasan untuk dapatkan maklumat. Black Friday boleh jadi lagi menarik kalau dipendekkan sedikit dan buang scene Badshah Khan dengan anak buah yang lain lari dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Scene tu boleh digantikan dengan penceritaan Badshah sahaja. 

Pace movie ni agak perlahan dan penuh dengan scene perbualan antara beberapa watak so tak sesuai ditonton untuk yang mencari hiburan tapi kalau nak tahu tentang Mumbai Blast 1993 dan beberapa penjenayah yang terlibat, movie Black Friday adalah pilihan terbaik. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

3 comments:

  1. true story best tonton seriously

    ReplyDelete
  2. suka dengan movie/drama yang inspired from true story...

    ReplyDelete
  3. permainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
    ayo segera di coba permainan kami :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!