“Platform iLike”: e-Dagang Sosial KRU [Gabungan Ikon Media Dan Usahawan Tempatan Untuk Ke Pasaran Global]

Saturday 10 October 2020

 “Platform iLike”: e-Dagang Sosial KRU - Gabungan Ikon Media Dan Usahawan Tempatan Untuk Ke Pasaran Global | Pandemik Covid-19 yang memberi kesan besar kepada ekonomi seluruh dunia telah membuka peluang baru bagi menjana pendapatan melalui platform digital. Bak kata pepatah Bahasa Inggeris “Every Cloud Has A Silver Lining”. 

Walaupun warga dunia masih didalam peperangan menewaskan virus ini, ianya juga telah mencetus pelbagai inovasi serta mempercepatkan lagi proses transformasi pelbagai perniagaan dan gaya hidup sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4).

KRU bernasib baik kerana telah membuat persediaan awal bagi transformasi digital keseluruhan operasi perniagaan kumpulannya sejak September 2019. Setelah lebih 1 tahun bagi proses pembangunan perniagaan ini, KRU akan melancarkan platform e-dagang sosial yang dijenamakan sebagai “iLike” melalui laman sesawang serta applikasi Android dan iOS pada penghujung Oktober 2020.

Keunikan utama bagi platform iLike adalah tawaran beberapa produk ikon media eksklusif yang tidak dijual melalui platform lain. Selain itu, iLike menyediakan eko-sistem dimana ikon media serta “influencers” (sama ada graduan, suri rumah ataupun golongan professional) untuk menjana pendapatan disamping membantu usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk-produk mereka diperingkat tempatan dan antarabangsa.

“Penyenaraian produk di platform iLike adalah percuma dan peniaga boleh menawarkan produk tanpa had. Selain itu, iLike juga turut menyediakan perkhidmatan penerbitan iklan serta pakej pengiklanan digital serendah RM 888 untuk tempahan sebelum 31 Disember 2020. KRU juga turut menawarkan pakej latihan jangka pendek serta e-pembelajaran bagi para usahawan dan “influencers” melalui program up-skilling dan re-skilling “Social e-Commerce” mulai November 2020.” ujar Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, KRU Entertainment Sdn Bhd.

KRU juga telah melantik usahawan selebriti Didie Alias sebagai Ikon Media pertama iLike. Beliau bakal mengendalikan rancangan “iLike Show” secara langsung di Facebook, YouTube dan Instagram mulai 10hb Oktober 2020.

Menurut Didie Alias “Saya amat berterima kasih kerana usaha saya menggabungkan selebriti serta usahawan-usahawan tempatan melalui karnival Lefest Tour selama ini mendapat perhatian dari KRU. Memandangkan kekangan semasa bagi aktiviti penganjuran acara melibatkan orang ramai, saya berasakan pelancaran platform iLike ini adalah amat diperlukan dan tepat pada masanya. Insya’allah saya akan menunaikan tanggungjawab saya membantu selebriti dan usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan masing-masing sebagai Ikon Media iLike”.

Penyenaraikan produk di platform iLike adalah terbuka kepada peniaga-peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (berstatus Syarikat, Perkongsian atau Perniagaan) yang menawarkan hanya produk-produk asli (bukan tiruan atau cetak rompak).


Untuk maklumat lanjut, sila langgan di www.ilike.com.my.

20 comments

  1. KRU ni sentiasa ada idea baru dan lebih kedepan dari artis lain

    ReplyDelete
  2. anything comes from KRU, i always suka.. so bias towards them hahaha

    ReplyDelete
  3. Eh bagusnyaa.. nanti nak tengok appsnya macam mana, nak share gak dengan kawan yang ada biz ni.. thanks Farhana sharing...sebab Sis baru tau ni..

    ReplyDelete
  4. Oh bagus juga ada platform yang diusahakan macam ni kan, lagi banyak pilihan untuk customer. Dah lama juga tak dengar pasal KRU ni hehe nice la & all the best!

    ReplyDelete
  5. tak dapat lagi gambaran sebenar platfotm
    iLike ni , tapi mungkin lepas projek ni dah jalan dan tengok sendiri baru boleh faham..apapu satu usaha yang bagus dari KRU ...

    ReplyDelete
  6. Can't believe that KRU is into e-commerce as well. Ha :D My childhood favourite local group. Guess I will need to support them then.

    ReplyDelete
  7. KRU ni lagu semua dah la sedap di dengar. Idea pun hebat dari trio ni. Nasib baik KRU dah rancang seawal Sept tahun lalu. Seronok dan tak sabar bila dapat tahu ada 'great offer' untuk influencers.

    ReplyDelete
  8. hari tu ad juga dengar pasal ni. bagus KRU! ambil peluang yang mana ada untuk sama-sama bantu orang ramai. nak grab juga lah peluang ni. mana tau rezeki kan!

    ReplyDelete
  9. sekarang semua dah ke arah digitalization kan, semua pun taknak ketinggalan untuk membangunkan platform e dagang, menarik ni bagi yang berniaga online, banyak pakej yang ditawarkan tu

    ReplyDelete
  10. Bagus la idea dan usaha murni diaorang ni sebab memamg cara camni dapat sama2 membantu usahawan jugak..maklum la zaman ekonomi tenat ni kannn huhu

    ReplyDelete
  11. Used to follow this kru group. Always with creative ideas. Hopefully this one will help many people

    ReplyDelete
  12. Sekarang semua kena dalam media digital jer senang perniagaan semua kena macam tu juga hehehe bagus untuk artis yang terjejas pendamik ni kan moga usaha ini dapat membantu mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete
  13. wahhhh baguslah ada medium seperti ini menghimpunkan produk2 tempatan dalam satu paltform. mudah utk orang cari apa2, semua di hujung jari

    ReplyDelete
  14. Bagus KRU kerana bangun dan membuka ruang untuk ramai menambah pendapatan di kala ekonomi dan kesihatan dunia kacau sekarang kan. Keep on going strong KRU

    ReplyDelete
  15. iLike ni macam platform ecommerce macam shopee lazada tu ke? Siap influencer boleh promote barang-barang. Menarik

    ReplyDelete
  16. Wahhh i like this. Haha platform baru ye. Norman KRU ni pandai betul la buat bisnes ek..

    ReplyDelete
  17. Wow.. hebatlah KRU lancarkan e-commerce tersendiri dan makin banyak platform untuk menjana pendapatan especially para influencers.

    ReplyDelete
  18. Hebat KRU ni.. Walaupun dh tak de dlm bidang seni sangat nah sekrg ecommerce pulak.. Terbaikla

    ReplyDelete
  19. Wah, boleh tahan KRU ni, dah ada platform e-dagang sendiri. Inovatif, sambil boleh bantu orang lain jana pendapatan.

    ReplyDelete
  20. Wow another new e commerce platform, macam ok juga. Nanti sis nak check out juga.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.