Sunday, 4 October 2020

Movie Review : Khaali Peeli


Director : Maqbool Khan
Writer : Yash Kesarwani, Sima Agarwal
Cast : Ishaan Khatter, Ananya Panday, Jaideep Ahlawat, Zakir Hussain, Swanand Kirkire, Anup Soni, Satish Kaushik, Suyash Tilak, Vedant Desai, Deshna Duggad, Ashish Varang
Production Company : Zee Studios, Offside Entertainment
Distributor : Zee Plex, ZEE5
Genre : Masala / Action
Running Time : 113 minutes
Release Date : 2 October 2020
Trailer :


Vijay Chauhan a.k.a Blackie (Ishaan Khatter) dari kecil lagi dah bercita-cita nak jadi seperti Yusuf Khan a.k.a Chikna! (Jaideep Ahlawat) bila kerja haram lebih mudah dapat duit dan kuasa sementara ayah dia (Anup Soni) dah larang supaya hidup dengan cara yang baik. Blackie tinggalkan ayah dia dan hidup dengan Yusuf di Mumbai lepas kantoi masa nak mencuri di kedai barang kemas.


Yusuf pula jalankan perniagaan haram bila dia culik budak perempuan untuk dilacurkan dan illegal business yang lain dibantu oleh Aunty. Ramai kanak-kanak lelaki di rumah dia dilatih supaya buat kerja-kerja haram. Blackie pula diarahkan untuk menjadi ulat tiket di panggung wayang. Di situ la dia berjumpa dengan Red Riding Hood tapi malangnya, Yusuf dah warning supaya jauhkan diri sebab RRD dah kena ‘book’ dengan pedofilia. 


Tapi sebab dia langgar arahan Yusuf, Blackie dipaksa untuk bunuh RRD. Kerana sayang, dia gagal petik picu pistol. Lagipun dia baru berumur 11 tahun masa tu. Sejak hari tu, dia tinggalkan Yusuf dan bekerja sendiri kemudian jadi pemandu teksi 10 tahun kemudiannya. Beberapa jam sebelum dia bertemu dengan Pooja Gunjjar (Ananya Panday), dia diserang dengan pemandu teksi yang lain dan tak sengaja tertikam perut ketua pemandu teksi (Ashish Varang).


Sudahnya Blackie dan Pooja sama-sama jadi buruan pihak polis bila kantoi Pooja larikan duit tauke kedai emas, kawan (Swanand Kirkire) kepada Yusuf Khan. Lagi huru-hara bila Pooja ugut nak cederakan Inspector Tawde (Zakir Hussain). Macam mana Blackie dengan Pooja nak selamatkan diri dari Yusuf Khan dan polis, kena tengok sendiri la movie ni.

 Sebelum ni Ananya Panday cuma jadi watak ketiga dalam movie Student Of The Year 2 dan juga Pati Patni Aur Who tapi kali ni dalam Khaali Peeli dia dapat jadi heroin utama dan screentime lebih banyak and she did great with some tricks and action stunt of her own. Chemistry dia dengan Ishaan okayish and for some scenes nampak awkward. Sayangnya pelakon kanak-kanak Vedant Desai dan Deshna Duggad  lagi comel and convincing enough with their world.


Since movie Khaali Peeli ni genre masala, so plot dia tak lah berat sangat dan second half agak predictable. It just a light entertainment. Not bad lah sebab Bollywood dah lama tak release movie genre masala. Dah jelak dengan genre biopic. Director Maqbool Khan bijak bermain dengan latar masa bila flashback dan present bersilih ganti dengan visual effect yang menarik. Slo-mo moments are the best and in great timing.


Tapi sayangnya music album Khaali Peeli tak best. Duniya Sharma Jayegi je la kot yang not bad. Layan ‘Duniya Sharma Jaayegi’ dengan ‘Tehas Nehas’ sebab nak tengok dancing skill Ishaan je since choreography untuk semua lagu direka cantik. Teringat abang dia, Shahid Kapoor masa muda dulu.

Maqbool Khan did his best as director tapi skrip dari Yash Kesarwani dan Sima Agarwal tak membantu sangat terutama pada second half. Tak ada plot twist gempak pun untuk selamatkan cerita. Sayang sangat sebab movie ni boleh jadi lebih bagus. Not sure disebabkan covid-19 ataupun disebabkan budget yang rendah. Either way, movie ni mungkin sesuai untuk certain audience or maybe not. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 6/10

2 comments:

  1. Cerita hindustan ni sebenarnya penting kan ada lagu sedap2, sebab tu trademark dia hehe

    ReplyDelete
  2. sedihnyaa.a... bila tgk pasal pelacuran yg dipaksa tu.. kesian budak2 tu.. but this is reality kan hmmm

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!