Drama Review : Kampung People 2

Monday 26 October 2020

Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin

Penulis Skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Baizura Kahar, Syakirin Supardi

Pelakon : Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Haziq Fadhullah, Riena Diana, Hun Haqeem, Kismah Johar, Adibah Noor, Haeriyanto Hassan, Razak Ahmad, Shahril Sarjen, Nazeri Md Isa, Shah Kimin, Fizz Fairuz

Genre : Komedi 

Jumlah Episod : 14 Episod

Tarikh Tayangan : 17 September 2020 – 16 Oktober 2020

Syarikat Produksi : KL Motion Pictures

Penyiaran : TV3


Kalau sebelum ni keluarga Razif/Abu (Rashidi Ishak) diancam bahaya kerana Geng Cengkih Manis yang diketuai oleh Tuan Suhaimy (Namron), kali ni mungkin lebih berbahaya sebab kehadiran Madam Mah (Kismah Johar) yang mencari di mana RM1 billion yang disorok oleh Razif. Sebenarnya diorang balik ke Kampung Sinaran Baru sebab tak mampu nak survive hidup di bandar dan stress untuk tampung gaya hidup Mona (Elly Mazlein). Yummy (Kamarul Eqifshah) pun hidup dengan video game je sebab tak ada kawan dia yang suka main dekat luar macam dekat Kampung Sinaran Baru. 

Madam Mah dan Ismot cuba dapatkan maklumat dari Karim (Haziq Fadhullah) yang menyamar sebagai pekerja di kebun Abu dan Norbik (Haeriyanto Hassan). Agak sukar jugak lah usaha Karim tu sebab Ejen Shukri (Fizz Fairuz) dah letak ramai anak buah dia untuk jaga keselamatan keluarga Razif. Dalam masa yang sama cuba menyiasat semua harta haram Tuan Suhaimy. 

Termakbul impian lah bila kisah cinta Jackfer (Hun Haqiem) dan Lailerz (Riena Diana) dapat screentime yang panjang compared to Season 1 shipper sebab both of them are officially dating dan pengarah dengan penulis skrip dah nampak potential fanbase couple ni sebagai penguat rating. Walaupun ada episod yang menyedihkan sampai menangis kita dibuatnya but fret not, it’s a happy ending. I don’t think it’s a spoiler pun sebab diorang memang ditakdirkan bersama? Walaupun Abang Krims datang mengganggu.  

'Saya tahu la saya tak seromantik lelaki lain tapi saya sayang awak...tanpa sempadan.' - Jackfer, 2020

Wan Hasliza masih lagi mengekalkan pelakon yang sama tapi disebabkan drama ni dapat sambutan hangat so ditambah lagi dengan beberapa watak sampingan antaranya Dona (Adibah Noor), ibu kepada Mona sampai viralnya lagu 4 Dara nyanyian Noraniza Idris. Karim dan Madam Mah pun sama dan juga beberapa watak extra sebagai ejen PACERAT. Watak cucu TP si Hibiscus tu bagus betul berlakon tapi annoying kemain dia buat dam-dam-dam dia. Siapa la usulkan idea eyeshadow biru sebagai penanda aras kecantikan wanita hshshs

Dalam Season 1 ada novel Laut…I Miss You je tapi dalam Season 2 dah advance dah sebab diadaptasikan kepada drama. Scene tu pun berdekah jugak sebab lakonan fake Salt Bae. Part dia flip hair dalam laut tu tengok banyak kali pun berdekah. Tapi watak-watak geng Kelab Buku Minah dah tak muncul sangat dalam Season ni sebab dia dah lepak dengan geng TP (Razak Ahmad).

Skrip Kampung People 2 macam try hard sikit lah dalam beberapa babak Mona dan Dona dengan scene Karim nak cari password email Razif sebab dalam tu dia sorokkan peta di mana duit RM1 billion tu. Product placement tu annoying jugak lah sebab dekat hujung drama makin banyak pulak muncul. Season 3 nanti harapnya jangan la ulang lagi scene promote product sampai macam tu sekali walaupun akan banyak brand dah get ready nak book slot dalam drama ni. 

Oh lagi satu scene susu formula tu agak menjongketkan kening jugak lah sebab tak ada justifikasi jelas kenapa Mona beria sedih. Bahaya jugak penulis buat skrip macam tu walaupun bergurau. Dalam bergurau jangan sampai hati orang lain tersinggung. 

Overall I had fun watching drama Kampung People 2 walaupun tak berapa suka dengan ending bila Ismot mintak kasih sayang and tak ada majlis kahwin Jackfer dengan Lailerz sedangkan dua keluarga ni dah berbincang dan dah buat majlis sirap dah pun. 

 

p/s : Dalam Season 1 ada scene Lailerz pergi attack ex dia dekat Laundry Café, ingatkan café tu nak famous rupanya dah tutup dah :(

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

7 comments

  1. Laaa cite ni dah habis rupanya. Tak sempat nak tengok kat tv.

    ReplyDelete
  2. i still tak tgk season 1 lagi ni... aduh cita ni ramai ckp best.. but too many on my plate to finish and review now! thank you review this :)

    ReplyDelete
  3. akak suka drama ni. kelakar dan ringan.

    ReplyDelete
  4. season 1 pun belum sempat nak tengok tapi memang tahu dia kelakar letops

    ReplyDelete
  5. mmg terhibur teruk tgk citer ni

    ReplyDelete
  6. Tak sempat nak layan drama penuh dia.. Layan klip drama je dekat youtube..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.