Drama Khianat Yang Terpilih terus menjadi bualan penonton apabila jalan ceritanya menyentuh isu yang lebih sensitif, termasuk hukum hakam agama. Antara yang mencuri perhatian adalah situasi melibatkan watak Asmida (lakonan Puteri Aishah) yang hamil hasil hubungan terlarang dengan Ali (lakonan Ben Amir), ketika kedua-duanya masih mempunyai pasangan masing-masing.
Perkembangan ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penonton, khususnya berkaitan nasab anak tersebut; yakni siapakah ‘bin’ anak itu, sama ada perlu berlaku penceraian, dan bagaimana hukum sebenar dalam situasi berkenaan.
Mengulas isu ini, seorang ustaz dikenali sebagai Jafri Abu Bakar menjelaskan bahawa dalam Islam, penentuan nasab anak bergantung kepada status perkahwinan wanita ketika mengandung. “Bagi wanita yang ada suami, anak yang dilahirkan olehnya pada asalnya dinasabkan kepada suami, berdasarkan kaedah ‘anak itu dinasabkan kepada pemilik hamparan’. Hamparan di sini adalah kiasan kepada wanita. Jadi, mana-mana lelaki yang memiliki wanita dengan akad yang sah, maka anak yang dilahirkan wanita itu adalah anaknya,” jelasnya.
Namun begitu, terdapat pengecualian sekiranya suami yakin anak tersebut bukan daripada benihnya sendiri. “Jika suami mempunyai bukti yang kuat, dia boleh menafikan nasab anak itu melalui proses li’an, iaitu sumpah laknat di hadapan hakim atau qadhi. Dengan berlakunya li’an, anak itu tidak lagi dinasabkan kepada suami, sebaliknya kepada si ibu,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa penentuan atau penafian nasab tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya atau hanya berdasarkan ujian DNA semata-mata. “Dalam syarak, pengisytiharan nasab perlu melalui akad perkahwinan, manakala penafian pula melalui li’an. Proses li’an juga menyebabkan pasangan tersebut terpisah buat selama-lamanya,” tambahnya.
Nak tahu penjelasan lebih jelas mengenai isu ini, boleh klik pautan berikut:
Khianat Yang Terpilih kini menghampiri episod akhir yang akan bersiaran Rabu depan. Jangan terlepas untuk saksikannya setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 petang di slot Akasia, TV3.
Penonton juga boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web atau aplikasi di Google Play dan App Store.





Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.