Kuala Lumpur, 15 April 2026 – Kalau cinta datang tanpa dipinta, itu biasa. Tapi bila ia ditentukan oleh orang lain, masihkah ia mampu hidup dalam hati yang pernah hancur? Bakal ditayangkan secara eksklusif di Tonton mulai 18 April 2026, Dear Farris membuka kisah dua jiwa yang dipertemukan bukan kerana pilihan, tetapi kerana aturan yang mengubah segalanya.
Diarahkan oleh Azhar Khalid (Apache) serta dibarisi pelakon seperti Siti Hariesa, Noki K-Clique, Nabil Aqil, Ruhainies dan Noniswara, drama adaptasi daripada novel Bella Irdina Temptation ini mengangkat kisah cinta dan kekeluargaan, sambil mengheret penonton menyelami emosi serta luka yang membentuk setiap konflik.
Syed Farris (lakonan Noki K-Clique) pernah merasai manisnya cinta, namun pengkhianatan yang dilalui membuatkan dia memilih untuk menutup hati sepenuhnya. Berbeza dengan Bella Irdina (lakonan Siti Hariesa), yang masih percaya bahawa cinta sejati wujud dan mampu mengubah segalanya.
Pertemuan singkat mereka mencetuskan rasa yang sukar ditafsirkan, sebelum takdir menemukan mereka semula sebagai suami isteri melalui perkahwinan yang diatur keluarga. Namun, Farris tetap menolak dan berpegang pada prinsip bahawa cinta bukan lagi miliknya.
Tidak mudah berputus asa, Bella dengan penuh kelembutan dan kesungguhan berusaha menembusi tembok hati suaminya yang dingin dan terluka, meskipun berdepan cabaran yang menguji ketabahan dan harga dirinya.
Dua hati, dua cara melihat cinta. Dalam perjalanan yang penuh luka dan harapan ini, dapatkah mereka menemukan titik pertemuan? Dan yang lebih penting, mampukah mereka belajar untuk saling memahami sebelum semuanya terlambat?
Menurut Siti Hariesa, “Bella adalah watak yang sangat emosional dan lembut, tapi dalam masa yang sama dia juga ada kekuatan untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran dalam perkahwinannya. Sebagai pelakon, saya perlu seimbangkan sisi rapuh dan kuat itu supaya penonton benar-benar dapat rasa setiap perjuangan yang dia lalui.”
Jangan terlepas untuk saksikan Dear Farris setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 April 2026, hanya di Tonton.
Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram @tontonmy.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.