Movie Review | Tu Yaa Main (2026)

Sunday, 19 April 2026

Pengarah: Bejoy Nambiar  
Penulis Skrip:  Himanshu Sharma, Abhishek Arun Bandekar
Pelakon: Adarsh Gourav, Shanaya Kapoor   
Syarikat Produksi: Colour Yellow Productions, Bhanushali Studios Ltd.   
Pengedar: PVR Inox Pictures, Netflix  
Genre: Romantik / Drama / Thriller 
Durasi Tayangan: 143 minit
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2026   
Trailer:


Maruti Kadam atau nama komersialnya, Aala Flowpara (Adarsh Gourav) merupakan rapper dari Nalasopara, kawasan kelas rendah. Setiap hari dia mempunyai rutin membantu keluarganya ambil air dari lori tangki kemudian habiskan masa mencipta lagu dan reels bersama rakan-rakannya. Flow mempunyai pengikut seramai 20,000 orang di media sosial. 

Sementara Ms Vanity atau nama sebenarnya, Avani Shah (Shanaya Kapoor) mempunyai pengikut sebanyak 2 juta orang. Dengan siapa dia berbual, barangan yang dia guna, makan atau promosikan akan jadi viral. Tak hairan lah kalau Flow teringin nak lonjakkan nama dengan kolaborasi bersama. 


Tuah di pihak Flow bila dia bertemu dengan Ms Vanity di kawasan rumah wanita cantik tersebut kemudiannya bertemu lagi di festival musik. Usaha Flow berhasil untuk bekerja bersama Ms Vanity dan dalam masa yang singkat mereka menjadi teman rapat kemudiannya setuju untuk open relationship. 

Dalam masa 2 bulan, Avani mengandung lalu dipaksa oleh keluarganya untuk gugurkan kandungan tersebut tapi Avani masih teragak-agak sama ada keputusan itu keputusan yang terbaik untuk hidup dia. Tara Shah (Amrutha Srinivasan) dan suaminya, Vikram (Rajat Kaul) pujuk Flow supaya tinggalkan Avani. Berapa banyak duit yang Flow minta, mereka berdua akan tunaikan daripada hidup Avani hancur kerana keputusan yang salah. 


Flow turut dengan kemahuan Tara dan bawa Avani ke Goa untuk bercuti sebelum gugurkan kandungan. Malangnya mereka berdua terpaksa berehat di hotel usang di Konkan Bay kerana motor yang dinaiki meragam di tengah jalan. Tanpa pengetahuan Flow dan Ms Vanity, kawasan di situ menjadi sarang buaya menetaskan telurnya. 


Naskhah survival thriller Tu Yaa Main merupakan remake kepada filem The Pool (2018) arahan dan penulisan Ping Lumpraploeng. Kebanyakan fakta filem diubah dari filem asal seperti kolam renang di Konkan Bay Marine lebih dalam dengan 20 meter sementara filem asal cuma 6 meter, saiz standard kolam renang. 

Latar tempat utama, Konkan Bay Marine adalah tempat latihan menyelam sebab ada babak Avani berbual dengan penyelam bisu (Parvathy Thiruvothu). Ingatkan watak dan babak tu akan jadi penyelamat kepada konflik Avani dan Flow bertemu buaya rupanya tak pun. Buang masa juga lah perkenalkan watak sampingan tapi tak ada fungsi sebab survival scenes dalam Tu Yaa Main jadi rushing sebab dah terbazir dekat first half. 


Semua watak sampingan dalam filem Tu Yaa Main muncul untuk hias dunia Flow dan Vanity semata kecuali buaya yang buat kerja jadi antagonis yang menakutkan. Ada lah beberapa kali menjerit sebab terkejut dan persoalkan kenapa buaya tu bertindak macam tu. 

Shanaya Kapoor dan Adarsh Gourav pertama kali digandingkan bersama dan teaser filem Tu Yaa Main raih perhatian yang tinggi sebab chemistry kedua-dua pelakon baru ni menjadi. Bila tengok perjalanan hubungan kedua-dua watak pun terlihat awwdorable dan berharap kedua-duanya akan jadi pengubat kepada trauma masing-masing. 

‘Exactly. You don’t know, Avani. You’re placing a huge bet on this “maybe”. A baby won’t fix your loneliness or your issues. Someday you’ll find a deeper reason to have a baby… not an excuse. Till then… I’m with you. I promise. I’ll stand by you like one-man army.’ - Flow
Konflik Avani mengandung tu pun solid lah untuk buatkan hubungan mereka goyah cuma jadi longgar bila penulis ambil masa yang lama untuk sampai ke plot utama iaitu buaya. Lagi bertambah tertekan bila Avani dan Flow sama-sama tak guna peluang yang ada untuk minta bantuan polis. Tak faham juga kenapa Avani atau Flow tak masuk ke longkang laluan air masa buaya tengah tidur tapi habiskan kain untuk jadi bahan api. 


Survival dalam filem Tu Yaa Mein tak banyak dalam kolam sebaliknya banyak terarah pada survival kedua-dua watak dalam realiti kehidupan. Nak kata kehidupan mereka berdua tak teruk pun tak juga sebab trauma tu dalam walaupun tak tunjuk depan mata awam. Tapi itu lah, I nak tengok filem ni sebab jarang sangat filem Bollywood guna plot selamatkan diri dari binatang liar. Selalunya filem Hollywood. 


Sinematografi Remy Dalai menghidupkan visi Bejoy Nambiar sama ada untuk dunia glamor ataupun situasi mendebarkan melibatkan buaya. Babak dalam kolam renang bukan saja berjaya buatkan kita tak senang duduk malah buaya yang terlihat real dan ganas berjaya tambah saspens dan kegelisahan yang menonton. 



Music album Tu Yaa Mein okayish for me, mungkin sebab lagu rap yang dimasukkan tak ada lirik yang padu. Easily forgettable. Patutnya production buat remake lagu Tu Hi Manzil Hamari My Love dengan beat yang laju sikit dari asal. 

Kalau ada yang suka genre survival ni, boleh layan filem Tu Yaa Mein di Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 6.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.