‘GOOD BOYS GO TO HEAVEN’ PENUH SASPENS DAN TRAUMA, LAKONAN MANTAP BETO KUSYAIRY & ZAHIRAH MACWILSON

Thursday, 30 April 2026

‘GOOD BOYS GO TO HEAVEN’ PENUH SASPENS DAN TRAUMA, LAKONAN MANTAP BETO KUSYAIRY & ZAHIRAH MACWILSON | Siri Terbaharu Astro Originals  Hasil Karya Penulis Skrip Terbaik, Mira Mustaffa

Kuala Lumpur, 29 April 2026 – Astro menerusi jenama Astro Originals terus memperkukuhkan komitmennya dalam  menghasilkan kandungan premium  yang melangkaui genre yang  akan memikat hati peminat dan penonton Malaysia dengan sebuah karya terbaharu, ‘Good Boys Go To Heaven.’ Siri terbitan Astro Shaw ini bakal ditayangkan bermula 8 Mei 2026, setiap hari Jumaat, bermula 12.00 tengah malam di On Demand atau 9.00 Malam di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108).

Seiring dengan usaha Astro Originals mengembangkan genre thriller psikologi, Good Boys Go To Heaven diterajui penulis skrip terkemuka dan pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), Mira Mustaffa, yang merupakan bakat kreatif dari Astro Shaw serta berperanan sebagai showrunner bagi siri ini. 

Ia mengisahkan Yasser, seorang bapa yang berhadapan dengan igauan ngeri setiap ibu-bapa apabila anak lelakinya Ahyan, dilaporkan hilang sebelum jasadnya ditemui dalam keadaan tragis setelah dibunuh dengan kejam. Siri ini turut mengangkat  isu trauma yang akan menyentuh emosi penonton.  Pendekatan ini menyorot bagaimana tanggapan tersebut boleh memberi kesan bukan sahaja kepada individu, malah turut mempengaruhi orang di sekeliling mereka. 

Good Boys Go To Heaven’ merupakan  hasil sentuhan pengarah One Cent Thief 2, Ariff Zulkarnain, manakala produksi oleh Indigo Film. Lebih menarik, naskhah ini dibintangi oleh barisan bintang terkenal seperti Beto Kusyairy (Yasser), Zahirah MacWilson (Dahlia), Firdaus Karim (Bahamin), Malek McCrone (Zayd), Amerul Affendi (Inspektor Kamal), Amanda Ang (Sarjan Leona), Sky Iskandar (Ustaz Reyhan) dan juga bintang kecil baharu Sayf Mikael (Ahyan).

Penerbit Eksekutif ‘Good Boys Go To Heaven’, merangkap Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “ Good Boys Go To Heaven merupakan usaha Astro Shaw untuk mengembangkan lagi kandungan Astro Originals dengan penceritaan yang lebih berani, relevan  dengan skala produksi yang berkualiti tinggi. Projek ini turut mencerminkan keyakinan kami pada bakat tempatan. Astro Originals sentiasa memberi ruang kepada penulis-penulis terbaik industri, dan kali ini kami amat teruja dapat menampilkan hasil karya penulis filem pecah panggung seperti Sangkar, Nur Kasih, Cinta dan Sepi, iaitu Mira Mustaffa yang bertindak sebagai showrunner. Manakala, kami kembalikan pengarah One Cent Thief, Ariff Zulkarnain untuk menerajui siri ini yang membawa  tema trauma serta isu kehilangan kanak-kanak  sebagai nadi utama cerita. Menyedari isu kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan di negara kita, kami berharap naskhah ini dapat menjadi satu peringatan kepada semua agar kisah-kisah ini tidak hanya muncul seketika di dada berita sebelum terus  dilupakan.”

Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, ‘Good Boys Go To Heaven’ turut akan disiarkan lebih awal secara On Demand menerusi Astro GO bermula 12 tengah malam, serta di aplikasi Sooka. Dapatkan info terkini dan tonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga X.

Astro juga menjemput para pelanggan untuk menikmati nilai berganda dengan Pek Astro One, kini bermula dari RM49.99*, memberikan pengalaman strim mudah dan hiburan tanpa batas. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Astro One boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.