DETIK PENENTUAN FINALIS AJL40 KINI BERMULA! | Berapa lagu yang akan layak?
Kuala Lumpur, 14 April 2026 – Detik yang dinanti akhirnya tiba. Dengan semangat Generasi Selamanya Juara, Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA) kini bersedia membuka gelanggangnya, membawa bersama satu persoalan yang semakin mendesak, daripada 20 karya terbaik ini, berapa yang benar-benar akan berjaya mara ke pentas akhir?
Daripada balada yang menyentuh sanubari hingga ke genre eksperimental yang segar, setiap naskhah hadir dengan naratif tersendiri dalam usaha memikat hati barisan juri profesional. Setiap elemen persembahan akan dinilai secara menyeluruh, daripada ketelitian muzik hingga ke vokal penyanyi dan impak mereka di atas pentas.
Mengemudi perjalanan dua malam penuh debar ini ialah gandingan hos Fiza Frizzy dan Sissy Imann, yang bakal memastikan setiap momen bergerak dengan tenaga dan ritma yang padu serta konsisten, buat penonton di studio mahupun di rumah.
Malam saringan ini turut dilengkapkan dengan persembahan pembukaan dan interlud yang pastinya mencuri perhatian. Pada malam pertama, paduan tenaga daripada dua anak penyanyi lelaki lagenda, Zaki Yamani dan Ahmad Merrah bakal memberikan persembahan yang ditunggu-tunggu, manakala malam kedua pula menyaksikan kolaborasi dinamik antara Tuju dan Kaka Azraff yang menyemarakkan pentas.
Musim ini turut diperkukuh dengan sokongan rakan digital rasmi iaitu Xtra, Seismik dan OhBulan!, serta rakan radio Hot FM dan Kool FM yang akan bersama-sama menghangatkan lagi bahang AJL40 SA merentasi pelbagai platform.
Dalam persaingan yang semakin menghampiri kemuncaknya ini, persoalan mula bermain di fikiran peminat muzik tanah air, sejauh manakah karya pilihan mereka mampu berjuang untuk mendapatkan tempat di Anugerah Juara Lagu 40, dan berapa banyakkah kuota lagu yang akan dipilih untuk mara nanti? Segalanya bakal terjawab tidak lama lagi.
Saksikan sendiri pertembungan 20 karya gergasi ini! Segala emosi dan kejutan bakal terjawab pada 17 dan 18 April 2026 (Jumaat & Sabtu), jam 9.00 malam di TV3 serta strim secara eksklusif di Tonton, meraikan perjalanan bakat-bakat hebat yang terus membentuk legasi Generasi Selamanya Juara.
SENARAI PECAHAN LAGU AJL40 SA MENGIKUT HARI
HARI 1 - 17 APRIL 2026 (JUMAAT)
1. Hijab RinduPenyanyi: Black Hanifah
Komposer: Rudy Nastia, Nyawa Black, Kelana & Adi Pawana
Penulis Lirik: Adi Pawana & Rudy Nastia
2. Pernah Punya Aku
Penyanyi: Shila Amzah
Komposer: Shila Amzah
Penulis Lirik: Shila Amzah
3. Tangisan Seorang Pendosa
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Penulis Lirik: Hazama
4. Tiwikarma
Penyanyi: K.O.I
Komposer: Zai Hamzah & Hemo Globin
Penulis Lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam
5. Puaskah
Penyanyi: Ameerais & Mariam Saim
Komposer: Iqie Hugh & Shazriq Azeman
Penulis Lirik: Iqie Hugh & Shazriq Azeman
6. Semacam Pandora
Penyanyi: Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam & Ritz Metalasia
Penulis Lirik: Zel Hadauan
7. Rasa & Takdir
Penyanyi: Amira Othman & Irfan Haris
Penulis Lirik: Syafiq Rashid
8. Hilangmu Tak Terganti
Penyanyi: Tajul & Afieq Shazwan
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Haqiem Rusli
9. Kamu
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul
10. Ke Mana Ni
Penyanyi: Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Penulis Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam
11. F
Penyanyi: Floor 88
Komposer: Zai Hamzah
Penulis Lirik: Achoi Floor 88 & Hemo
12. Kerana Ego
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Arnab Santai
Penulis Lirik: Khai Bahar
HARI 2 - 18 APRIL 2026 (SABTU)
1. NurcintaPenyanyi: Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
Penulis Lirik: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
2. Nostalgila
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Haqiem Rusli & Fahmi Zafran
3. Lemah
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Penulis Lirik: Hael Husaini
4. Seribu Tahun Lagi
Penyanyi: Imran Ajmain
Komposer: Amylea Azizan
Penulis Lirik: Amylea Azizan
5. Tak Adil
Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno & Radi
Penulis Lirik: Aisha Retno
6. Cak Cak Cekuk
Penyanyi: Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Penulis Lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
7. Lumangad Oku Dika
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis Lirik: Ryenald Guntabid
8. Menyala
Penyanyi: Stacy
Komposer: Bunga Cantik
Penulis Lirik: Bunga Cantik & Hang Nadim
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan X di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.