Movie Review | Only God Knows Everything (2025)

Sunday, 19 April 2026

 

 
Pengarah: Paek Seung-hwan 
Penulis Skrip: Ko Jun-seok, Kim Sung-jin, Paek Seung-hwan  
Pelakon: Shin Seung-ho, Han Ji-eun, Park Myung-hoon, Jeon So-min   
Syarikat Produksi: Vac.grimm   
Pengedar: Triple Pictures, kth, iQiyi 
Genre: Misteri / Thriller 
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2025  
Trailer:



Bertemakan cult yang membahayakan penganutnya, naskhah Only God Knows Everything mengisahkan paderi muda bernama Do-woon (Shin Seung-ho) menjejak kehilangan ibunya setelah 13 tahun. 

Do-woon dibesarkan oleh Father John setelah insiden tersebut dan jejak yang paling realistik untuk manusia seeprtinya adalah menjadi paderi gereja yang sama. Walaupun karakter dan personalitinya dipertikai oleh paderi senior lain namun Father John yakin Do-woon mampu meneruskan dakwah mereka. 


Sebaik sahaja ditabalkan sebagai paderi di gereja tersebut, Do-woon bertemu dengan Lee Ho-joon yang membuat pengakuan dipaksa membunuh pelbagai jenis binatang untuk digunakan dalam ritual. Lee Ho-joon juga bertanyakan tentang Oh Jin-sook, ibu kepada Do-woon sebelum berlalu pergi dari gereja dalam keadaan tergesa-gesa. 

Keesokan paginya Dowoon pergi ke rumah Lee Ho-joon untuk bertanya lebih lanjut tentang aktiviti yang dikatakan namun sebaik saja sampai, dia mendapati lelaki tersebut dibunuh oleh dua orang lelaki memakai sut hitam. 


Laporan polis yang dilakukan menemukan Do-woon dengan Detektif Yoon Joo-young (Han Ji-eun) dan juga adik perempuan Lee Ho-joon. Dari penyiasatan Detektif Yoon, Lee Ho-joon terlibat dengan cult yang sama dalam kes siasatannya di mana seorang remaja, Kim Jin-ho (Nam Joong-gyu) dilaporkan hilang oleh ibunya (Jung Eun-kyung) setelah bank akaunnya kosong untuk diberikan kepada Paek Su-yeon (Jeon So-min). 

Naskhah misteri thriller Only God Knows Everything arahan Baek Sung-hwan menggunakan kes jenayah cult yang mempunyai modus operandi yang sama di mana mengumpan pengikutnya untuk serahkan wang atau lebih ekstrem, serahkan nyawa sebagai simbol pengorbanan. 


Konflik yang dimasukkan terlihat menarik dan menyeramkan namun olahan Baek Seung-hwan menghampakan. Perjalanan misteri kes jenayah cult yang dimasukkan tidak dikembangkan dengan baik dalam ruang masa sepanjang 115 minit. 

Kebanyakan mangsa yang terjebak dengan cult adalah mangsa yang putus asa dengan alternatif sains dan perubatan. Tapi tak diceritakan pun macam mana Lee Ho-joon buat kerja sampai dia menggigil datang ke gereja minta pengampunan Tuhan. Terlampau banyak pertanyaan yang timbul untuk naskhah Only God Knows Everything sampai rasa murung dengan mesej yang dibawakan. 


Tak ada pertanyaan yang provokatif menerusi dialog atau perbalahan antara dua pihak dimasukkan pun sebab pengarah lebih fokus pada kes jenayah walaupun ada watak bomoh Sim Gwang-un (Park Myung-hoon) yang boleh menilik nasib orang. Watak dia lebih menarik berbanding watak-watak protagonis tapi screentime dia tak banyak pun. 

Ada juga beberapa babak yang tunjuk dosa-dosa paderi seperti merokok dan minum arak setiap hari lantas menimbulkan persoalan adakah ajaran yang diajar oleh paderi adalah ajaran yang betul berbanding ajaran cult yang menggunakan mesej dakwah yang sama? Tapi persoalan ni terlampau lemah untuk dimasukkan. 


Sinematografi Shin Hyun-kyu menjadikan naskhah Only God Knows Everything terlihat stylish dan mempunyai aesthetic yang tersendiri. Beberapa babak menggunakan pencahayaan dan warna tertentu untuk mewujudkan atmosfera serta menguatkan mood misteri dan menyeramkan. Ketegangan yang dipaparkan juga berhasil melalui close-up shots dan musik latar yang dimasukkan. 

Filem Only God Knows Everything ditayangkan di Bucheon International Fantastic Film Festival ke-29 dan mungkin sebab itu lah agaknya, pace filem sangat perlahan walaupun ubah speed kepada 2x. Sayang lah ada foundation yang kuat untuk genre misteri thriller dan barisan pelakon yang bagus tapi tersia dengan skrip yang lemah. Mungkin on paper Only God Knows Everything terlihat menarik tapi bila ada banyak kelompongan, rasa murung bila tak dapat jawapan. 


Kalau boleh elakkan lah layan filem ni sebab hanya Tuhan yang ada jawapan pada misteri yang berlaku dalam filem ni. Pengarah dah bagitahu dari awal tapi tak sangka pula dia serius sampai ke tahap ini. I tengok sebab Shin Seung-ho just in case anyone is wondering :’)

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.