10 LAGU BAKAL MENGHANGATKAN MALAM KEMUNCAK AJL40 | K.O.I, Wani Kayrie, Aisha Retno, Ryenald Guntabid Antara yang Tersenarai
Shah Alam, 19 April 2026 – Teka-teki mengenai barisan finalis Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) akhirnya terjawab apabila 10 buah lagu diumumkan lolos ke pentas akhir bagi memburu gelaran juara selepas berakhirnya saingan Separuh Akhir semalam.
Perjalanan ke tahap ini bermula dengan pemilihan 20 karya daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik-Muzik 40 (MM40), sebelum dipertaruhkan secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026 sebagai pentas penentuan ke peringkat akhir.
Sepanjang dua malam tersebut, setiap naskhah dipersembahkan dengan penuh penghayatan apabila para artis mengorbankan sepenuh jiwa melalui vokal dan penceritaan, sekali gus menyerlahkan identiti tersendiri setiap karya.
Di sebalik kemeriahan pentas, setiap daripadanya dinilai secara teliti oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Dato Acis bersama LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis bagi menentukan lagu terbaik ke pentas seterusnya.
Malam separuh akhir turut diserikan dengan gandingan hos Fiza Frizzy dan Sissy Iman, serta persembahan istimewa oleh Zaki Yamani dan Ahmad Merrah sebagai pembuka pentas malam pertama, diikuti kemunculan Kaka Azraff dan Tuju pada malam kedua.
Berikut ialah senarai lagu yang berjaya lolos ke pentas akhir AJL40:
1. Lumangad Oku Dika
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis Lirik: Ryenald Guntabid
2. Kamu
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul
3. Cak Cak Cekuk
Penyanyi: Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Penulis Lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
4. Ke Mana Ni
Penyanyi: Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Penulis Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam
5. Tak Adil
Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno & Radi
Penulis Lirik: Aisha Retno
6. Tangisan Seorang Pendosa
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Penulis Lirik: Hazama
7. Semacam Pandora
Penyanyi: Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam & Ritz Metalasia
Penulis Lirik: Zel Hadauan
8. Lemah
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Penulis Lirik: Hael Husaini
9. Nurcinta
Penyanyi: Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
Penulis Lirik: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
10. Tiwikarma
Penyanyi: K.O.I
Komposer: Zai Hamzah & Hemo Globin
Penulis Lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam
Melangkah ke pentas akhir, AJL40 kini berada di kemuncaknya dengan menghimpunkan karya terbaik yang mencerminkan kekuatan pelbagai generasi dalam satu pentas berprestij. Disokong oleh Xtra, Seismik dan OhBulan! sebagai rakan digital serta Hot FM dan Kool FM sebagai rakan radio, perjalanan menuju malam kemuncak dijangka terus mencetuskan perhatian dan perbualan meluas.
Terus ikuti perkembangan terkini menuju malam kemuncak AJL40 dan sertai perbualan menerusi tanda pagar #SFAJL40 serta #GenerasiSelamanyaJuara. Empat dekad legasi telah terbina, kini tibalah saat penentuan siapa yang bakal mengukir nama dalam lipatan sejarah “Generasi Selamanya Juara.”
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan X di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.