AJL40 LEBIH HANGAT DENGAN THE SOUNDSTAGE! | Bersedia untuk malam penuh nostalgia? Jualan tiket kini rasmi dibuka!
Kuala Lumpur, 29 April 2026 – Top 10 finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) sudah diumumkan, dan bahangnya kini mula dirasai di mana-mana. Seiring debaran yang semakin memuncak menuju malam kemuncak, The Soundstage dibawakan khas sebagai pemanas pentas yang menghidupkan kembali lagu-lagu hits AJL, dengan jualan tiket yang telah diumumkan secara rasmi menerusi program MBuzz.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Jun 2026, jam 8.30 malam, konsert ini menjanjikan sebuah perjalanan muzik yang dihidupkan secara langsung, membawa penonton menelusuri garis masa AJL selama 40 tahun. Menggabungkan artis daripada generasi berbeza, pentas akan menampilkan Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana; empat nama yang pernah meninggalkan impak tersendiri di pentas AJL.

Setiap artis akan membawakan pilihan lagu daripada legasi anugerah berprestij ini, menghimpunkan pelbagai karya dalam satu malam yang istimewa. Daripada karya sendiri hingga interpretasi segar lagu-lagu yang pernah menjulang trofi, persembahan ini menggabungkan karya klasik dengan DNA seni tersendiri, sekali gus mengajak peminat menelusuri evolusi muzik tempatan yang telah mencorakkan industri selama 4 dekad.
Bayangkan setiap bait lirik yang pernah mengisi memori lama kini bergema kembali dalam satu ruang yang cukup dekat. The Soundstage membuka pintunya untuk penonton merasai semula magis lagu-lagu yang pernah mencipta fenomena dan menjadi siulan ramai.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam ini dan dapatkan tiket anda sekarang! Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi platform WOWTix di
www.wowtix.com.my dengan
harga RM159 (General Admission), RM179 (Gold Seat) dan RM229 (Premium Seat).
Nantikan juga pelbagai pengumuman menarik sempena AJL40 termasuk aktiviti eksklusif seperti sesi meet & greet dan banyak lagi yang bakal diumumkan!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.
#GENERASISELAMANYAJUARA #ROADTOAJL40
Wow.. Mengancam..
ReplyDelete