Movie Review | Project Hail Mary (2026)

Saturday, 11 April 2026


Pengarah: Phil Lord, Christopher Miller
Penulis Skrip: Drew Goddard
Pelakon: Ryan Gosling, Sandra Hüller, James Ortiz, Lionel Boyce
Syarikat Produksi: Lord Miller Productions, Pascal Pictures, Open Invite Films, Waypoint Entertainment
Pengedar: Amazon MGM Studios (United States and Canada), Sony Pictures Releasing International (International)
Genre: Sains Fiksyen
Durasi Tayangan: minit
Tarikh Tayangan: 09 Mac 2026 (Empire Leicester Square), 20 March 2026 (United States)
Trailer:


Minggu lepas baru terbaca fakta sains yang Bumi akan membeku puluhan ribu tahun lagi bila Matahari tak ada. Salah satu cara bagaimana Matahari hilang menjadi konflik utama dalam filem Project Hail Mary di mana Ryland Grace (Ryan Gosling) perlu menyertai misi menyelamatkan Matahari kerana Bumi cuma mempunyai masa sebanyak 30 tahun sahaja untuk bertahan. 

Grace merupakan seorang guru sains yang terangkan tentang Petrova Line di mana garisan inframerah yang dipenuhi dengan mikroorganisma dikenali sebagai astrophage lalu menyelubungi Matahari untuk mendapatkan sumber tenaga. Astrophage merupakan sel yang dipenuhi dengan air dan dalam perjalanan menuju ke Venus untuk membiak. 

Eva Stratt (Sandra Hüller) merekrut Grace sebagai salah seorang saintis untuk misi Project Hail Mary untuk menyelamatkan Bumi dari membeku. Belum ada yang berjaya kenal pasti bagaimana caranya tapi objektif utama adalah untuk menghantar saintis untuk mengkaji Tau Ceti, satu-satunya bintang yang tidak terjejas dengan Astrophage. 

Di angkasa lepas, Grace bertemu dengan kapal angkasa yang cantik keemasan. Satu demi satu blip dihantar kepada Grace sebagai salam perkenalan. Di situ dia berjumpa dengan gabungan batu yang diperbuat dari xenonite, alien dari planet 40 Eridani A. Grace beri nama Rocky (James Ortiz) dan mula terjemahkan bahasa Eridani. 


Mereka berdua serasi bersama, mempunyai kepakaran tersendiri dan menemui jalan untuk menyelamatkan Eridian dan Bumi. Namun Project Hail Mary adalah projek sehala dan Grace sudah reda dengan kenyataan tersebut. 

Naskhah sains fiksyen ini merupakan adaptasi dari novel Project Hail Mary, karya nukilan Andy Weir yang diterbitkan pada tahun 2021. Filem arahan Phil Lord dan Christopher Miller menggunakan penceritaan bersifat non-linear di mana latar masa bersilih ganti antara latar ketika Grace di Bumi dan ketika Grace berada di angkasa lepas, jauh dari Bumi. Untuk pulang sahaja memakan masa selama 11 tahun. 

Lakonan Ryan Gosling sebagai watak utama menghidupkan watak Grace yang kelakar dan nerd. Kalau ikutkan dia bukanlah seorang guru sains yang biasa tapi terpaksa pilih untuk hidup sebagai guru sains selepas tesis dia ditolak oleh pakar. Mulut dia pun boleh tahan lantang mengkritik orang and few choices dia buat buatkan dia memilih untuk hidup sendiri. Senang sangat nak kenal watak Grace dalam filem Project Hail Mary sebab dia sama macam kebanyakan watak bijak tapi tak ada social skills. 

Sepanjang Grace mencari tahu siapa diri dia lepas tersedar dari koma hingga ke titik perkenalan dia bersama Rocky, banyak sangat babak dan moment kelakar antara dua watak ni. Ryan Gosling adds his charm in Grace. Comic timing dia mengena. Rocky pun mencuri perhatian dengan keletah comel. Bila dapat tahu Rocky pun lonely dekat angkasa lepas, makin mudah sangat Grace develop personal bond dengan Rocky. 

Sepanjang 3 jam, Project Hail Mary buat kita happy, rasa nak tahu dengan perkembangan misi, selesa dengan persahabatan Grace dan Rocky kemudian menangis sebab ada cabaran-cabaran yang tak disangka. Kejutan yang dimasukkan pun menguatkan lagi elemen drama untuk watak Grace terutamanya. 

Mungkin dalam filem Project Hail Mary, watak Eva jadi pihak antagonis tapi dia pun terdesak. Sama mcam Grace, I faham kenapa Eva layak dapat pengampunan tu. Kalau bukan sebab Eva, Grace takkan dapat jumpa dengan Rocky. Tak ada jalan lain dah untuk dua watak ni bertemu. 

‘This might seem like me betraying you, but this is actually me believing in you.’ – Eva Stratt

Greig Fraser masukkan idea yang kreatif untuk mewujudkan visual yang menakjubkan dalam Project Hail Mary terutamanya latar di angkasa lepas. Tiada penggunaan CGI atau AI untuk pembuatan Rocky dan props yang digunakan. Semua yang dimasukkan ke dalam premis Project Hail Mary dibina sendiri oleh krew termasuklah kapal angkasa Hail Mary. 

Vibe Project Hail Mary sama seperti filem 90-an, bukan kerana latar masa yang dimasukkan tapi kerana penagalaman sinematik yang wujudkan impak mendalam. Project Hail Mary bereksperimen dengan warna walaupun menggunakan teknologi moden. Alien dari planet seperti batu pun ada beberapa warna dan details tersendiri. 

Selain dari visual, details yang dimasukkan pun menarik juga sebab ada reference dari segi props, aksi atau dialog yang dijadikan tribute dari filem-filem Hollywood sebelumnya. Macam diary vlog dalam Hail Mary jadi tribute kepada rakaman dalam filem The Martian. Babak Grace menari depan Rocky diambil dari La La Land, filem yang melonjakkan nama Ryan Gosling. 

Sebelum ni tak pernah melekat sangat pun lagu Sign of Our Times – Harry Styles tapi bila lirik dia kena dengan situasi dalam filem Project Hail Mary, I rasa bait lagu tu mendalam. Lagu ni dipilih sendiri oleh Sandra untuk watak Eva, selebihnya adalah kreativiti Daniel Pemberton untuk mewujudkan sinergi terbaik untuk Project Hail Mary. Jeda yang dimasukkan untuk beberapa minit antara kekuatan dari bahagian musik. Eerie yet impactful. 



Betul lah kata Ryan Gosling, dia perlu wujudkan filem yang boleh ditonton bersama keluarga sejak dah menjadi ayah. Sebelum ni dia berlakon sebagai Ken sebab anak perempuan dia yang minta. Kali ni untuk watak Grace, dia pakai cermin mata sebab anak perempuan dia suruh. Thank you is such an understatement for her. Bukan saja Project Hail Mary jadi filem yang mesra keluarga malah akan jadi antara filem terbaik pernah dihasilkan di Hollywood. 

‘Trust me. It's not a gene. You just need to find someone to be brave for.’ – Komander Yao Li-Jie (Ken Leung)

Lepas kejayaan Project Hail Mary di pawagam, Amazon Prime Videos mungkin akan tayang versi 4 jam tayangan dengan banyakkan lagi babak Grace dan Rocky macam dalam novel. Mungkin boleh jelaskan juga kenapa cuma Grace dan Rocky yang hidup dalam misi masing-masing. My wild guess is because they’re both are exposed with Astrophage. Mungkin sebab tu Grace dan Rocky tak layan Astrophage sebagai musuh tapi wujudkan batas untuk keseimbangan sejagat. There you go another social message from this film. Amaze. Amaze. Amaze.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.