
LANGGAN, TONTON & TEBUS! | TONTON REWARDS TAMPIL DENGAN GANJARAN LEBIH LUMAYAN DAN EKSKLUSIF!
Kuala Lumpur, 3 April 2026 – Platform penstriman kegemaran ramai, Tonton, terus memperkukuh nilai kepada pengguna menerusi pelancaran tiga kempen terbaharu melalui inisiatif Tonton Rewards, yang direka khas untuk menggalakkan penyertaan baharu serta pembaharuan pelan tontonan, di samping menawarkan pengalaman penebusan ganjaran yang lebih menyeronokkan.
Dengan konsep “Subscribe & Redeem”, Tonton Rewards kini menawarkan ganjaran berperingkat kepada pelanggan baharu dan sedia ada. Langganan 1 bulan menawarkan baucar RM20 daripada Baskin Robbins, manakala langganan 3 bulan pula memberikan ganjaran lebih ‘manis’ dengan baucar RM20 Baskin Robbins setiap bulan serta baucar RM40 daripada Pizza Hut. Untuk penonton yang memilih pelan 12 bulan, ganjaran menjadi lebih ‘padu’ dengan baucar RM100 Pizza Hut serta baucar RM216 daripada Watsons.
Menambahkan lagi keterujaan, Tonton turut memperkenalkan Permainan Kad “Drama Pukul 7” (Edisi Tonton), hasil kerjasama istimewa bersama Meja Belakang, khas buat peminat drama tempatan. Permainan ini menampilkan elemen daripada drama ikonik di Tonton seperti Perempuan Itu dan Nur, yang membolehkan pemain menghidupkan watak kegemaran masing-masing dan berentap dalam permainan strategi untuk mempertahankan serta “menjatuhkan” air muka lawan.
Berlangsung dari 3 April hingga 24 April, pelanggan pelan 3 bulan berpeluang menebus permainan papan edisi terhad ini. Sebanyak 50 unit sahaja ditawarkan, menjadikannya koleksi eksklusif yang wajib dimiliki oleh peminat setia.
Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh menikmati pengalaman gaya hidup dan berita tanpa gangguan iklan (ad-free) melalui Tonton Rewards. Akses premium ini merangkumi platform seperti Harian Metro, New Straits Times, Berita Harian serta Waktu Solat Malaysia.
Semua ganjaran dan penebusan boleh dibuat melalui portal rasmi Tonton Rewards di
https://rewards.tonton.com.my/tonton. Orang ramai digalakkan untuk melanggan sekarang dan menikmati kombinasi hiburan, ganjaran dan pengalaman premium dalam satu platform sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Dengan penawaran ini, Tonton terus komited dalam memberikan nilai tambah kepada pelanggan, menjadikan setiap langganan bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman ganjaran yang lebih bermakna.
Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, X, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.
wahhhh nampak menarik ni
ReplyDelete