300,000 ORANG UTARA GEGARKAN KARNIVAL JOM HEBOH X MEGA JPJ MADANI 2026 DI BATU KAWAN!

Tuesday, 28 April 2026

PENANG MEMANG LUAR BIASA! | 300,000 ORANG UTARA GEGARKAN KARNIVAL JOM HEBOH X MEGA JPJ MADANI 2026 DI BATU KAWAN!

Kuala Lumpur, 28 April 2026 – Karnival Jom Heboh (KJH) x Mega JPJ MADANI 2026 berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila lebih 300,000 pengunjung membanjiri Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang sepanjang tiga hari penganjurannya dari 24 hingga 26 April 2026. Suasana penuh meriah dengan gabungan hiburan, aktiviti komuniti serta perkhidmatan rakyat menjadikan edisi kali ini antara yang paling signifikan dalam sejarah penganjurannya.

Kolaborasi julung kali antara KJH dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena sambutan ulang tahun ke-80 agensi tersebut berjaya membawa dimensi baharu kepada pengalaman pengunjung. Pendekatan yang menggabungkan elemen hiburan dan perkhidmatan kerajaan dalam suasana santai ini membuka ruang interaksi lebih dekat antara rakyat dan agensi, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.

Kemeriahan bertambah dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah merasmikan sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook serta Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Haji Zulkifli Long dan Ketua Pengarah JPJ, YBhg Dato’ Aedy Fadly Ramli, sekali gus menambah nilai prestij kepada penganjuran ini.

Sepanjang tiga hari, pelbagai aktiviti menarik berjaya mencuri tumpuan pengunjung. Antaranya termasuk JPJ Fun Run yang menghimpunkan ribuan peserta dalam suasana penuh semangat, selain inisiatif kebajikan seperti pertukaran helmet dan servis minyak hitam motosikal secara percuma yang mendapat sambutan luar biasa. Jualan nombor pendaftaran kenderaan turut menjadi antara tarikan utama kepada pengunjung.

Reruai Studio Tonton Drama Sangat (STDS) terus menjadi antara lokasi tumpuan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Pertandingan Karaoke Juara AJL, Karaoke Challenge serta Coloring Contest untuk kanak-kanak. Explorace Ejen Ali dan sambutan ulang tahun ke-10 Ejen Ali turut mencuri perhatian, khususnya dalam kalangan keluarga dan pengunjung muda.




Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama selebriti dan personaliti popular seperti Zazzleen, Zairi Aziz, Alya Iman, Muaz Zabir, Gabriella, Siti Hariesa dan Nabil Aqil menerusi sesi beramah mesra yang berlangsung sepanjang karnival.

Tidak ketinggalan, Rumah Hantu Jom Heboh x Pewaris Susuk memberikan pengalaman seram yang penuh debaran, sekali gus menjadi antara tarikan unik yang berjaya menarik minat ramai pengunjung, selain peluang eksklusif bertemu barisan pelakon filem tersebut.


Selain itu, lebih 150 reruai daripada pelbagai jenama dan agensi turut memeriahkan karnival dengan pelbagai aktiviti interaktif, promosi eksklusif dan tawaran menarik. Dunia Kreatif NSTP serta pelbagai zon gaya hidup termasuk Love Food Fest yang menampilkan makanan viral dan tempatan turut menjadi tumpuan pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Acara kemuncak Konsert Jom Heboh yang berlangsung selama dua malam berturut-turut menjadi tumpuan utama warga utara, malah turut menarik kehadiran peminat dari Kuala Lumpur apabila ribuan peminat memenuhi kawasan konsert. Malam Sabtu dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Dato’ Awie, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Shiha Zikir, Kristal X dan Wani Kayrie, manakala malam Ahad pula menyaksikan persembahan bertenaga daripada Nadeera, Ara Johari, Hael Husaini, Mariam OIAM, K.O.I dan Floor 88 yang berjaya mencipta suasana luar biasa dengan sorakan gemuruh para peminat.


Secara keseluruhannya, Karnival Jom Heboh x Mega JPJ MADANI 2026 bukan sahaja menghiburkan, malah berjaya memperkukuh hubungan antara rakyat dan agensi melalui pendekatan yang lebih santai, inklusif dan menyeluruh. Kejayaan penganjuran ini sekali lagi membuktikan KJH sebagai platform hiburan keluarga terbesar negara yang terus relevan dan dinantikan setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti media sosial rasmi @jomhebohofficial. Gunakan tanda pagar #KarnivalJomHeboh #KJH2026 #TV3SentiasaBersamamu untuk berkongsi detik menarik anda sepanjang karnival!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.