3 DRAMA KUASAI RAMADAN RAYA, TV3 TERUS UNGGUL TERAJUI ARENA DRAMA MELAYU | Episod Akhir Kerana Cinta Itu Dusta Jadi Tumpuan Malam Ini!
Sepanjang Ramadan hingga Syawal tahun ini, TV3 mengukuhkan dominasinya menerusi tiga drama utama iaitu Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih dan Bila Cinta Menjadi Dosa yang berjaya mencuri perhatian penonton di televisyen dan platform digital.
Tiga judul ini mencatat prestasi memberangsangkan dengan Kerana Cinta Itu Dusta merekodkan 880 juta capaian media sosial (sumber: Meltwater) dan menjadi fenomena sebagai “punca darah tinggi rakyat Malaysia.” Khianat Yang Terpilih pula meraih 10 juta penonton di televisyen (sumber: Nielsen) serta 950 juta capaian media sosial (sumber: Meltwater), manakala Bila Cinta Menjadi Dosa mencatat 9 juta penonton setakat episod 21 (sumber: Nielsen) bersama 850 juta capaian media sosial.
Bila Cinta Menjadi Dosa turut menduduki tangga No.1 di Tonton dan kekal antara kandungan paling banyak ditonton, dengan ribuan penonton memilih akses premium untuk menonton episod lebih awal. Watak Eva lakonan Che Puan Sarimah Ibrahim mencetuskan perdebatan hangat di TikTok, Threads dan X, apabila perkongsian beliau mengenai reaksi penonton mencetuskan perbualan yang rancak, dengan tanda pagar #BilaCintaMenjadiDosa meraih lebih 400 juta paparan (impressions).
Sementara itu, Kerana Cinta Itu Dusta dan Khianat Yang Terpilih terus mencipta fenomena tersendiri dengan perbualan berterusan di Threads. Khianat Yang Terpilih khususnya mencuri perhatian apabila lakonan Amyra Rosli menerima pujian meluas, manakala gandingannya bersama Ikmal Amry turut menjadi bualan, dengan Ikmal sering dilabel sebagai “green flag, green forest” oleh penonton.
Seiring kejayaan ini, komitmen TV3 dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi terus terserlah melalui naskhah yang relevan, disokong pelakon berkaliber serta edaran merentas platform, sekali gus mengukuhkan kedudukan TV3 sebagai peneraju kandungan tempatan.
Kini, tumpuan terarah kepada Kerana Cinta Itu Dusta yang bakal menutup tirainya malam ini, dengan penonton menantikan penyelesaian konflik yang sekian lama diperkatakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod akhir malam ini di TV3 atau strim lebih awal di Tonton.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.