Movie Review | Hurdang (2022)

Saturday 26 November 2022


Director : Nikhil Nagesh Bhat 
Writer :  Nikhil Nagesh Bhat
Cast : Sunny Kaushal, Nushrratt Bharuccha, Vijay Varma  
Production Companies : Karma Media and Entertainment, T-Series 
Distributor : AA Films, Netflix
Genre : Romantic / Drama 
Running Time : 122 minutes
Release Date : 8 April 2022
Trailer :


Berlatarkan tahun 1990 di Allahabad di mana pelajar universiti melakukan protes kerana pemilihan penjawat awam terjebak dengan sistem kasta. Tak kisahlah belajar bagus mana pun, pelajar dari kasta rendah tak akan dapat peluang pekerjaan sebagai penjawat awam setara dengan pencapaian mereka. Selamanya akan kekal di bawah sahaja. 

Loha Singh (Vijay Varma) ambil peluang ini untuk masuk ke dunia politik dan jadi MLA dengan jadikan Daddu Thakur (Sunny Kaushal) sebagai suara paling lantang menentang sistem tersebut. Kekasihnya, Jhulan Yadav (Nushrratt Bharuccha) tak nak Daddu terlibat dengan Loha Singh sebab keganasan yang melampau hingga benarkan pelajar yang ‘bekerja’ dengan dia bawa pistol dalam kawasan universiti. 


Ranjan (Shubhashish Jha), kawan baik Daddu juga nasihatkan Daddu untuk belajar saja tanpa perlu masuk campur hal politik kerana kelak makan diri. Namun bila pemilihan penjawat awam mengikut kasta bakal dilaksanakan, Ranjan juga ikut serta perjuangan Daddu. 

Mesej sosial yang dibawa dalam filem Hurdang memang menarik bila melibatkan sesuatu yang orthodox dan diskriminasi dalam negara. Sesuatu yang teruk dan berbahaya akan diluluskan sekiranya tidak dibantah di Parlimen atau tidak dibahaskan oleh rakyat. Malangnya subjek ni cuma side dish sahaja dalam Hurdang sebab menu utama ialah percintaan Daddu dan Jhulan. 


Daddu pula bukanlah hero pujaan sebab karakter dia sama saja seperti Loha Singh yang menunggang isu sensitif supaya diangkat sebagai pejuang. Lakonan Sunny Kaushal dan Vijay terlihat bagus tapi skrip yang lemah buatkan Hurdang tampak merepek sebagai naskhah revolusi dan perjuangan mahasiswa. 

Memang betul sistem berdasarkan kasta tu kejam tapi kalau Daddu diangkat sebagai hero dan berjaya masuk jadi pegawai, siapa nak pegawai yang berfoya-foya macam dia? Tak ada satu pun positive traits yang bagus untuk dia bekerja sebagai pegawai Kerajaan. Silap haribulan dia jadi pegawai polis yang amalkan rasuah dan salahguna kuasa. 


Bukan saja Daddu tak layak diangkat sebagai mahasiswa yang bagus, malah tak layak pun diangkat sebagai kekasih atau life partner yang bagus untuk Jhulan. Keluarga mana tak kecewa kalau dapat menantu yang suka berpeleseran dan berhibur tanpa ada rasa tanggungjawab langsung. Calon suami yang keluarga Jhulan cari jauh lebih baik dari Daddu tapi cinta mereka harus lah jadi plot utama kan? 

Sayang lah penulis angkat watak Daddu yang berbeza dari acuan demografi sedangkan Allahabad terkenal dengan para ilmuan, akademian dan juga aktivis hebat. Dalam filem Hurdang juga boleh nampak para pelajar bukan setakat sibuk dengan pelajaran malah sibukkan diri dengan protes kerana Allahabad University Student Council adalah persatuan pelajar yang aktif dan progresif, berani bersuara untuk sebarang jenis penindasan apatah lagi yang melibatkan masa depan seperti reservation berdasarkan kasta ni. 


Berbeza dengan Daddu yang lebih suka mengugut pihak atasan untuk ikut apa yang dia minta. Kalau dia belajar tentang ekonomi, dia tahu sumber kerajaan tak banyak untuk peruntukkan satu bilik untuk seorang saja mahasiswa. Kalau dia belajar adab, dia tahu macam mana caranya supaya pihak atasan dengar permintaan dia. Berdiskusi dengan tenang kenapa dan apa relevannya permintaan tersebut diluluskan ataupun ditolak. 

Sebelum ni ada artikel tentang pesanan Vicky Kaushal supaya adik dia, Sunny lebih utamakan pilih skrip yang bagus berbanding duit atau kejar box office semata. Mungkin atas kertas, Hurdang kelihatan bagus tapi olahan pengarah hancurkan cerita dengan pembahagian intipati penting dengan babak percintaan. 


Idea asal Hurdang mempunyai sesuatu yang menarik untuk dihidangkan tapi olahannya tak berjaya membuahkan impak dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2  =  4.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.