TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 7

Tuesday 8 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Kim Jong-min, Lee Eun-ji

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Dekat awal episod semua panel The Sixth Sense dah riuh sebab birthday Somin jadi masing-masing bagitahu apa jadi masa diorang call Somin. Mijoo kata masa Somin call memang laju dia angkat sebab taknak dapat text kena marah dengan Somin. Sangyeob pula kena marah sebab tak kelakar. Dekat set tak kelakar, dekat luar pun tak kelakar. 

Makin riuh bila tetamu untuk Episod 7 ialah pelawak Eun-ji bagitahu pasal Na Ra masa zaman Funny Funny Girl. Murung terus Na Ra bagitahu editor jangan tunjuk footage dia masa zaman tu. Mijoo tak aktif sangat dalam episod ni sebab tetamu jemputan lelaki kawan Jae Seok. 

Topik untuk Episod 7 ialah Marketing success Stories di mana kejayaan setiap restoran adalah kerana marketing yang keluar dari kebiasaan. Restoran pertama ialah restoran BBQ bertemakan retro yang mencapai keuntungan sebanyak 100,000 dollars sebulan. Restoran ni tersorok di Lorong terpencil dan mempunyai interior pada zaman 80-an. Siap ada poster Jang Na-Ra dekat dinding. 

Kesemua props yang ada termasuklah sawang dan labah-labah yang ada di restoran tersebut sengaja diletakkan untuk menghidupkan suasana retro kecuali bumbung restoran. Di retoran tersebut popular dengan bahagian tengkuk babi tanpa lemak. Kim Jong-min tak berapa gemar dengan idea daging bahagian tu dibuat bentuk bulat sebab susah untuk digrill dan makan. 

Restoran kedua pula menyediakan pelbagai jenis ramen dan pelbagai jenis topping disediakan di sebelah kanan kedai. Pilih je nak ramen jenis apa lepastu pilih topping kemudian bagi dekat kaunter. Happy betul kalau ada kedai ramen macam ni dekat Subang. Bahan dia bukan kaleng-kaleng sebab ada seafood segar dan daging. 

Ibarat macam Seoul Garden tapi harga berpatutan sebab jual ramen dengan bahan sahaja. Rasa macam nak buka pula konsep restoran macam ni. Nak masak maggi bukan susah pun. 2 minit je dah siap haha. Comel betul Na Ra happy dapat makan mi goreng sebab dekat kedai tu ada Indomie jugak. Bangga lah orang Indonesia sebab produk diorang dah popular dekat Korea. 

Walaupun ramen yang dimakan tu sedap tapi Mijoo rasa pelik dengan kehadiran chef di restoran ramen tu. Macam sengaja diupah oleh team production pun ye jugak tapi Eun-ji kata restoran macam ni memang tengah in trend. Betul juga kapa dia kata tu sebab dalam T-log pun Doyoung dengan Junghwan pergi makan malatang dekat restoran macam tu. Pilih mi dengan bahan lepastu chef masakkan. 

Tempat terakhir ialah café yang menjual kek dengan cara berbeza bila pelanggan boleh pilih mengikut berat yang dikehendaki. Berat minimum untuk pembelian setiap kek ialah 100 gram. Disebabkan jual mengikut gram, bentuk kek pun tak macam kek biasa kita tengok. 

Peliknya café tu terlampau luas untuk café yang menjual kek mengikut kuantiti gram. Chef Hyuk Jin kata idea yang datang tu diambil dari konsep supermarket yang jual daging mengikut gram. Kek yang dihasilkan juga mempunyai kelembapan yang terjaga bila dijual mengikut kuantiti sedikit. 

Jae-sok kata tak mungkin café ni tipu sebab idea ni unik walaupun ada banyak benda macam tak kena dekat café tu. Chef tu memang nampak serba tahu dengan kek hasil buatan dia. Jadi restoran mana hasil rekaan team production The Sixth Sense? Eun Ji pula awal lagi dah bagitahu yang dia tak mampu galas lakonan yang berat macam spy untuk sepanjang episod 7. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.