Undian ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia

Thursday 9 November 2023

Undian ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia | Undi podcast kegemaran anda di laman web SYOK

Undi podcast kegemaran anda di ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’

  • Bersempena dengan Anugerah Podcast SYOK 2023, semua rakyat Malaysia boleh mengundi podcast kegemaran mereka mulai sekarang hingga 4 Disember 2023, di laman web SYOK.
  • Para peminat boleh memilih podcast kegemaran mereka daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, merentasi empat kategori:

           o SYOK Podcast Of The Year

           o SYOK Favourite Episode Podcast

           o SYOK Favourite Radio Podcast

           o SYOK Favourite Celebrity Podcast

  • Calon-calon telah disenarai pendek berdasarkan keaslian, keunikan, jalan cerita, bilangan pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses penamaan calon. Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada malam ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ pada 8 Disember 2023.

          Nota: Sila rujuk Lampiran untuk senarai calon dan kategori anugerah.

  • Selain itu, penghasil podcast juga boleh menghantar podcast mereka untuk kategori SYOK The Best of Independent Podcast, dari sekarang hingga 14 November 2023. 8 podcast teratas daripada kategori ini akan disenarai pendek dan dibuka untuk undian orang ramai mulai 17 November 2023 di laman web SYOK. Pemenang juga akan diumumkan pada malam anugerah tersebut.
  • Untuk maklumat lanjut, layari laman web SYOK atau muat turun aplikasi SYOK secara percuma.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.