Movie Review | Devils (2023)

Sunday 19 November 2023


Director: Kim Jae-hoon
Writer: Kim Jae-hoon
Cast: Choi Gwi-hwa, Dong-Yoon Jang, Jae-ho Jang
Production Company: N/A
Distributor: The Contents On
Genre: Action / Thriller
Running Time: 106 minutes
Release Date: 5 July 2023
Trailer :


Naskhah aksi thriller yang mendapat tayangan perdana di Fantasia 2023, Devils menggunakan tema pembunuh bersiri yang kejam di kotaraya Seoul. Detektif Jae-hwan (Oh Dae-hwan) ditugaskan untuk menangkap pembunuh muda, Jin-hyeok (Jang Dong-yoon). Dia mendapat intel Jin-hyeok berada di sebuah bangunan tinggal tapi malangnya rakan sekerjanya merangkap adik ipar terbunuh kerana cuba untuk awasi pergerakan pembunuh tersebut sebelum Jae-hwan tiba di lokasi. 

Detektif muda, Kim Min-seong (Jang Jae-ho) pula menjadi pengganti tempat kosong tersebut. Ketika memburu Jin-hyeok yang lari ke kawasan hutan, tanpa sengaja Jae-hwan dan Jin-hyeok jatuh ke dalam gaung. 6 bulan kemudian, mereka berdua muncul di hadapan balai polis Seoul dalam sebuah kereta yang terbabas di laluan masuk. 


Tersedar dari pengsan, Jae-hwan berasa aneh kerana tangannya digari. Terkejut bukan kepalang bila Jae-hwan berada dalam badan Jin-hyeok. Sementara di wad lainnya, Kim Min-seong pelik kerana Jae-hwan berubah menjadi pendiam, tak sama macam senior yang dia kenal. Semasa Min-seong melawat Jin-hyeok, dia dapat tahu roh mereka bertukar jasad. Susah untuk dia percaya tapi Jin-hyeok di depan mata lebih kenal dia berbanding Jae-hwan yang mendiamkan diri. 

‘Is such a thing medically possible like a surgery to change bodies between two individual person? Like exchange your brain?’ – Kim Min-seong


Walaupun ragu-ragu dengan apa yang diceritakan Jin-hyeok, Min-seong cuba bantu pembunuh tersebut supaya dapat lari dari pihak polis. Jae-hwan pula ugut Jin-hyeok akan mencederakan keluarganya sekiranya dia tidak cari siapa rakan subahat yang terlibat dalam kes-kes pembunuhan sebelum mereka berdua menghilangkan diri. 

Filem Devils menggunakan konsep body swap cuma konsep kali ni agak merbahaya kerana si pembunuh bertukar jasad dengan detektif. Bukan saja bahaya untuk detektif, keluarga dan rakan sekerja malah seluruh database pihak polis. Masa Jin-hyeok sedar dari pengsan tu terkejut lah juga tapi risau dengan apa yang akan bakal ditunjukkan oleh pengarah. 


Berdebar juga bila tengok babak Jae-hwan ugut Jin-hyeok untuk cari rakan subahat dia sebab seriau tengok pembunuh bersiri duduk dengan keluarga detektif. Susah nak jangka apa dia akan buat dengan keluarga tu. Watak Min-seong pun mencabar juga sebab berurusan dengan banduan. Kalau tolong, kerja dia jadi taruhan. Kalau tak tolong, keluarga Jae-hwan yang akan jadi mangsa. 

Sesuai dengan tajuk filem, Devils mempunyai babak-babak kejam dan brutal kerana Jin-hyeok merupakan pembunuh psiko. Beberapa lokasi yang dijadikan latar tempat pun bukan sesuatu yang selesa untuk ditonton. Dalam filem ni juga, sisi gelap Korea Selatan juga disajikan di mana gelandangan ditempatkan di satu kawasan supaya tidak mengganggu keindahan kota Seoul. 


Semakin filem bergerak, semakin banyak misteri terungkai mengenai kedua-dua watak utama. Pace Devils bergerak laju dan watak dikembangkan dengan baik jadi senang sangat untuk faham tahap emosi yang dibawa masuk dalam beberapa babak tegang. 

Pertama kali tengok lakonan Jang Dong-yoon walaupun dah banyak drama dan filem yang dia terlibat. Impressed dengan emotion range yang dia tonjolkan especially masa pertama kali dia sedar di hospital dan berjumpa dengan Jae-hwan yang minta semua data keluarga supaya rahsia mereka tak terbongkar. Baik sebagai pembunuh mahupun sebagai detektif yang terdesak, kedua-duanya dipaparkan dengan cemerlang dalam ruang yang diberikan. Dinamik antara Dong-yoon dengan Jang Jae-ho juga menjadikan cerita Devils semakin menarik. 


Kelemahan Devils terletak pada second half di mana rahsia sebenar terbongkar. Pelik kenapa Jae-hwan bertindak seorang diri sedangkan berhadapan dengan sesuatu yang bahaya. Tak sepatutnya dia ambil risiko sampai korbankan nyawa orang lain. Kreativiti yang diolah dari awal tampak dangkal. Kalau ending dia berbeza, mungkin filem Devils dapat sambutan lebih tinggi lantas jadi naskhah aksi thriller bagus untuk tahun 2023. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.