Movie Review | In the Tall Grass (2019)

Saturday 4 November 2023


Director: Vincenzo Natali
Writer: Vincenzo Natali
Cast: Harrison Gilbertson, Laysla De Oliveira, Avery Whitted, Will Buie Jr., Rachel Wilson, Patrick Wilson
Production Companies: Copperheart Entertainment, Netflix
Distributor: Netflix
Genre: Supernatural / Horror / Drama
Running Time: 90 minutes, 101 minutes (Extended version)
Release Dates: 20 September 2019 (Fantastic Fest), 4 October 2019 (Netflix)
Trailer:


Filem In the Tall Grass mengisahkan tentang Becky (Laysla De Oliveira) bersama adiknya, Cal (Avery Whitted) dalam perjalanan ke San Diego. Semasa berhenti sekejap kerana Becky terasa mual, mereka terdengar suara kanak-kanak lelaki meminta tolong. Suara tersebut datang dari kawasan rumput yang tinggi di sebelah jalanraya. 

Becky dan Cal cuba mencari kanak-kanak bernama Tobin (Will Buie Jr.) namun tidak berjumpa walaupun suara dia kedengaran dekat sahaja. Becky dan Cal terpisah dan sesat di kawasan rumput tinggi tersebut. Hari semakin gelap namun mereka tidak jumpa jalan keluar apatah lagi bertemu dengan Tobin. 

Tak lama kemudian Cal berjumpa dengan Tobin lalu bawa dia ke bahagian tengah di mana sebuah batu besar berada. Tobin cuba pujuk Cal supaya dia sentuh permukaan batu tersebut tapi belum sempat Cal sentuh, dia terdengar jeritan Becky. Di kawasan lain, Becky terjumpa dengan Ross Humboldt, ayah kepada Tobin. 

Kata Ross, mereka sekeluarga mencari Freddy, anjing peliharaan yang masuk ke dalam kawasan rumput tinggi tersebut. Tobin mula hilang diikuti dengan isterinya, Natalie. Mereka sekeluarga mengalami nasib yang sama dengan Becky dan Cal. Bila Becky mula percaya dengan kata-kata Ross, Natalie muncul dan tegah supaya selamatkan diri dari Ross kerana mereka semua akan mati kerana batu tersebut.

‘I think it's a safe bet it's been here since before the Kiowa hunted on the Osage Cuestas. Older than the hills. Probably was here before the glaciers came and carried the hills away. You realize we're in the center of the contiguous United States. Smack-dab in the middle of the continent.’ – Ross Humboldt

Naskhah seram supernatural ini diadaptasikan dari novel "In the Tall Grass", karya nukilan Stephen King dan Joe Hill yang diterbitkan pada tahun 2012. Konsep In The Tall Grass adalah time-loop sepertimana yang dialami oleh Tobin, Becky dan Cal. Bila Tobin bagitahu rumput dekat situ tak gerakkan makhluk yang dah mati, dekat situ dah boleh tangkap rumput dekat situ bukan rumput biasa. Bukan saja kedudukan rumput sentiasa bergerak yang mana buatkan mangsa dia terperangkap malah berupaya untuk kelirukan mangsa macam Travis (Harrison Gilbertson). 

At first I thought rumput ni adalah alien sebab ada batu besar di bahagian tengah seolah-olah jantung kepada kawasan maze tu. Rupanya rumput tu lebih kepada penjara kepada pendosa dan bertindak sebagai kawasan pengadilan sebab tu lokasi dia terletak berhadapan dengan gereja. Masa Cal park kereta dekat situ, patutnya dia dah boleh perasan something fishy sebab ada banyak kereta yang berhabuk diparkir di kawasan yang sama walhal dalam kawasan gereja tersebut kosong. 

Dekat second half, Cal dengan Travis perasan ada wormhole pada kawasan rumput bila Freddy muncul entah dari mana dan mengajak mereka pergi ke wormhole tersebut. Sebelum mereka berempat berlindung di pusat boling pun dah boleh agak Becky yang telefon dari susur masa yang lain dan bagi amaran. Tapi kita tahu konsep takdir bertindak di mana sesuatu yang dah ditetapkan berlaku akan tetap berlaku walaupun manusia cuba untuk elak. 

Sinematografi ngeri dan menakutkan berjaya dihidupkan oleh Craig Wrobleski walaupun cuma berlatarkan padang rumput tinggi yang tampak tenang ditiup angin. Bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya jadi sama lah juga dengan rumput tinggi ni. Bila sesat, senang sangat untuk overthink jadi dengan provokasi halus, mangsa senang terganggu dan fobia. Perasaan ada mata yang memerhati dan mengejar pun sama kuat. BGM yang menggunakan suara angin dan dikir halus menguatkan lagi rasa seram tersebut. 

Penceritaan In the Tall Grass sebenarnya kreatif tapi disebabkan pace yang perlahan dan banyak babak tak dikembangkan buatkan kita tak connected dengan watak utama. Even worst, ada yang boleh berhenti tengok separuh jalan tanpa ambil pengajaran yang dimasukkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

**************************************************************************





*SPOILER: Baca lepas tengok filem*

Dalam filem In the Tall Grass padang rumput tinggi jadi penjara kepada semua watak yang dimasukkan. 

Becky – Hamil anak luar nikah dan bertindak untuk gugurkan
Cal – Terlampau sayang dengan Becky sampai provok Travis untuk bunuh diri
Travis – Lari dari tanggungjawab sebagai bapa kepada anak Becky
Ross – Tamak dan sentiasa perdaya individu lain untuk beli unit hartanah. Walaupun dalam keadaan genting, perangai dia tak berubah
Natalie – Tutup mata dengan perbuatan Ross
Tobin – nakal

Batu besar di tengah rumput tinggi tu bertindak sebagai redeemer tapi untuk yang betul-betul bertaubat dengan dosa sendiri macam Travis. Ross pula masih kekal dengan sifat tamak jadi dia tak dapat keluar dari situ. 

Sementara Travis guna peluang tersebut untuk bawa Tobin keluar dari rumput tinggi dan selamatkan Becky juga Cal supaya tidak masuk ke kawasan tersebut. Sayangnya Natalie dan Freddy terkorban di situ atau mungkin akan jumpa jalan keluar juga nanti. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.