Lunch di Dakchigo MyTOWN

Saturday 18 November 2023


Minggu lepas ternampak restoran Korea baru di MyTown terus set Sabtu lepas untuk cuba makanan dekat sini. Restoran Dakchigo terletak di tingkat 3 berdekatan dengan eskalator. Naik je terus nampak restoran dia. 


Dekat bahagian luar Dakchigo letak bunting untuk promote Lunch Package berharga RM15 dengan 5 jenis side dish dari Isnin sehingga Ahad dari jam 11pagi hingga 5petang. 





Ruang makan dia tak lah banyak sangat tapi mungkin juga sebab weekend so ramai yang datang in large groups. Interior dia simple je ada peta Korea Selatan di dinding dengan nama setiap daerah. Menu dekat restoran Dakchigo ni ada pelbagai jenis menu dengan ayam sebagai main ingredient. 




Kitorang order whole grilled chicken, Beef Budae-jigae, Sotbab, Haemul Pajeon (Seafood Scallion Pancake) dan Gimmari. Set Beef Budae-jigae tu dah ada semangkuk nasi putih dengan iced green tea. Since kitorang datang berdua, tambah Sotbab (nasi putih). For drinks, ambil Bongbong Grape. 

Sementara tunggu order siap, dekat atas meja ada beberapa games macam dalam variety show Korea tu. Ada truth and lie detector, buaya bergigi dengan senapang mainan. Setiap meja tak sama toys dia, so kalau nak specific toys kena mintak lah dengan staff Dakchigo. Kitorang main apa ada je sebab masa pergi tu kan ramai, malas nak kacau staff hshs


Ni semua makanan yang kitorang order, meja dekat sini kecil je so senang sangat nampak penuh. Tak sangka langsung yang Haemul Pajeon tu besar gedabak. Letak dia je, dah separuh meja. Lepastu datang pula whole chicken tu. 

Kalau tengok dalam video TikTok, whole chicken tu ada sos siap tapi bila pergi kena buat sendiri ye. Dia bagi je dalam bekas kecil lepastu dip lah isi ayam dalam sos tu. I tak tahu Dakchigo pakai sos apa tapi sedap. Whole chicken ni ada cheese sebelah kanan dan kerak nasi di sebelah kiri. Don't put high expectation untuk ayam tu sebab rasa tawar. Dia memang ayam grill semata. Dalam set ayam tu ada ban berinti tapi tak tahu flavor apa. Entry ni sedih lah sebab I lupa nak ambil gambar buku menu dia jadi tak tahu apa nama menu dengan ingredients. 


Haemul Pajeon antara menu yang ramai TikTokers suggest sebab tu kitorang order jugak sebab nak rasa. Bahan utama pajeon adalah daun bawang jadi tak hairan lah kalau banyak sangat daun bawang. I tak lah tak suka dengan daun bawang tapi bila makan dalam kuantiti yang banyak dia jadi pahit. Seafood tak lah banyak sangat walaupun besar jadi pajeon tu tak ada rasa manis seafood. Kalau order haemul pajeon, jangan order menu berat yang lain sebab makan 4 slice ni pun dah kenyang. 


Set nasi yang berharga RM5 ni antara keunikan restoran Dakchigo. Dihidangkan dalam periuk besi Korea dengan sayur dan cendawan . Bila waiter nak serve dekat table, dia akan release steam dan bagitahu cara untuk makan nasi ni. Sos kicap dan bijan yang dia bagi tu kena gaul dengan nasi. Kalau nak pedas, boleh gaulkan dengan cili tumbuk. Dah gaul, boleh makan dengan seaweed kering. 

Nak kata sedap sangat tu tak lah sebab nasi putih kukus dengan sayur je. Even sayur dia pun tawar, tak ada rasa pun. I tak suka kicap sangat tapi not bad lah gaul dengan nasi. Makan pulak dengan beef budae-jiggae memang tersandar. Rasa macam makan dekat Korea. 



Ni lah 5 side dishes percuma yang dihidangkan dengan set nasi. Ada kobis dihiris kecil dengan jagung, kimchi, seaweed, edamame dan jeruk lobak putih. Selama ni kalau makan lobak putih memang tak berapa kena dengan tekak tapi dekat Dakchigo, sedap!! 

Semua side dishes yang dihidangkan habis kitorang makan sebab semua pun sedap. Edamame tu manis walaupun rebus je. Semua side dishes ni boleh minta refill bila dah habis tapi sebab lauk kitorang banyak sangat, memang tak lah nak refill. Celah mana lagi nak sumbat entah. 


Paling favorite sekali dekat Dakchigo ni Gimmari sebab crunchy bila makan. I tak sure nama dia gimmari ataupun something else sebab tak ambil gambar menu. Ingat ingat lupa. Menu ni sesuai sangat jadi pembuka selera sebab cepat siap antara semua menu. Sedap makan panas-panas tapi lidah mudah melecur sebab dekat dalam ada glass noodle. 

Total harga semua menu ni RM120 sebab order ayam grill tu but that's okay lah untuk makan sekali sekala. Lepas ni kalau datang nak try Boneless BBQ Chicken pulak ataupun jjampong sebab budae-jigae dia sebab so menu yang lebih kurang sama resipinya tu mesti not bad jugak. 

1 comment

  1. sekalipun belum pernah masuk restoran makanan korea ni. Kak Yan jenis yang tak berani mencuba benda baru...picky eater pun ye juga sebenarnya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.