Movie Review | Khufiya (2023)

Sunday 19 November 2023


Director: Vishal Bhardwaj
Writers: Rohan Narula, Vishal Bhardwaj
Cast: Tabu, Ali Fazal, Wamiqa Gabbi, Azmeri Haque Badhon, Shataf Figar, Navindra Behl, Lalit Parimoo, Rahul Vohra, Disney James, Atul Kulkarni
Production Company: VB Films Production
Distributor: Netflix
Genre: Thriller
Running Time: 157 minutes
Release Date: 5 October 2023 
Trailer :


Filem terbaru arahan Vishal Bhardwaj mengangkat karya Escape to Nowhere, nukilan Amar Bhushan yang diterbitkan pada tahun 2012 berkisar tentang konflik antara India dan Pakistan yang berlaku pasca Perang Kargil pada tahun 2000. 

Krishna Mehra (Tabu) mengetuai operasi Research & Analysis Wing (R.A.W.) untuk mencari pembelot dalam institusi tersebut setelah kematian Heena Rehman (Azmeri Haque Badhon) ketika cuba untuk membunuh Brigadier Saqlain Mirza (Shataf Figar), Menteri Pertahanan Bangladesh. Operasi tersebut juga bersifat peribadi terhadap KM kerana Heena merupakan kekasihnya sepanjang menjadi pelatih perisik tersebut. 


KM dan ketuanya, Jeev (Ashish Vidhyarthi) syak Ravi (Ali Fazal) adalah dalang di sebalik kebocoran maklumat kepada pihak musuh kerana gaya hidupnya yang mewah bagi pekerja Kerajaan. Jeev syak isteri Ravi, Charu (Wamiqa Gabi) juga adalah rakan subahatnya kerana mudah untuk dia memperoleh atau bertukar maklumat kepada orang Mirza. 

Setelah kamera dipasang di rumah Ravi untuk mengintip pergerakan mereka, ternyata sangkaan mereka tepat dan juga membongkar beberapa rahsia yang lain. Bukan saja Ravi terlibat, malah Ketua Menteri Dalam Negeri juga dedahkan maklumat negara supaya CIA tidak batalkan perjanjian nuklear bersama India. 


Penulis novel, Amar Bhushan adalah bekas Ketua RAW dalam Unit Pengintip jadi tak hairan lah kalau apa yang diceritakan berdasarkan pengalaman peribadi. Macam mana ejen perisik RAW bekerja untuk mendapatkan maklumat boleh dilihat dalam filem Khufiya. Mungkin dalam novel lebih banyak diceritakan secara terperinci tentang operasi yang dijalankan oleh KM untuk konflik tersebut.

Kerana naskhah Khufiya (Rahsia) yang ditayangkan khas di Netflix lebih berkisar kepada kehidupan professional dan peribadi perisik hebat dalam RAW jadi kebanyakan babak mempunyai elemen drama walhal genre utama adalah thriller. Dekat first half lebih kepada kisah pertemuan KM dengan Heena sehingga jatuh cinta dan kegagalan KM sebagai ibu kepada anak lelakinya yang semakin membesar. 


Pengarah merangkap penulis, Vishal Bhardwaj tak kembangkan sangat watak KM walaupun niat dan olahan pada filem Khufiya lebih bersifat curhat dan sedih. Tak pasti kenapa KM perlu tertarik dengan Heena sebab tak beri impak mendalam pun pada penceritaan. Kenapa dia selalu kecewakan anak dia pun tak pasti. Entah apa yang susah untuk dia bagitahu yang dia kerja kerajaan. Sedangkan cikgu atau detektif pun selalu terlepas birthday anak. Yang pastinya, Shashank (Atul Kulkarni) sentiasa pertahankan KM dalam apa jua situasi atau malas nak cara sangat sebab stuck dalam watak yang pasif. Tak sepatutnya masukkan angle personal life KM kalau untuk cipta sub-plot yang buang masa dan lemah sampaikan operasi yang berjalan tak dikembangkan dengan lebih jelas. 

Bukan saja KM, malah motif Ravi juga tak diceritakan dengan lebih mendalam kenapa dia sanggup khianat negara untuk ganjaran dari pihak Pakistan. Bukannya lama sangat pun dia hidup dalam kemewahan tu. Orang yang hasut dia untuk jadi pembelot pun tak ada sebab kukuh sampai sanggup tunggu bertahun lamanya untuk capai motif dan personal revenge kepada RAW. 


Meskipun Khufiya tenggelam dalam aura dan mood melankolik yang dipersembahkan oleh pengarah namun lakonan barisan watak utama yang menjadi pendukung. Tabu sentiasa cemerlang dalam avatar yang dilaksanakan, sama juga Azmeri sebagai Heena. Sesuai sangat watak penggoda yang diberikan untuk dia. Mudah sangat untuk dia tawan hati KM atau Brigadier Mirza. 

Filem Khufiya adalah naskhah kedua dapat tengok bakat lakonan Wamiqa selepas kemunculan dia dalam drama Jubilee (2023). Dekat first half, watak dia tak dikembangkan banyak sangat sebagai isteri mithali yang menguruskan rumah tapi tetap mencuri perhatian. Second half diperkuatkan lagi dengan watak dia yang bergelut untuk pertahankan keluarga atau negara. 


Lakonan Navnidra Behl sebagai Lalita juga dilakonkan dengan tepat sebagai ibu mertua yang orthodox yang perlukan menantu sebagai orang gaji di rumah. Ali Fazal pula antara watak yang mengecewakan sebab kebanyakan masanya dia nampak keliru dengan keputusan yang dia buat. Mungkin dia pun tak mampu nak deliver sebab stuck kerana penulisan yang lemah. 

Mungkin I ada high expectation memandangkan Khufiya dipromosikan sebagai naskhah thriller atau mungkin definisi thriller Vishal berbeza. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.