Movie Review | Tiger 3 (2023)

Friday 17 November 2023


Director: Maneesh Sharma
Writers: Shridhar Raghavan, Anckur Chaudhry
Cast: Salman Khan, Katrina Kaif, Emraan Hashmi, Shah Rukh Khan, Vishal Jethwa, Kumud Mishra, Ranvir Shorey, Revathi, Aamir Bashir, Simran, Danish Bhat, Anand Vidhaat Sharma, Gurkeet Kaur, Sartaaj Kakkar
Production Company: Yash Raj Films 
Distributor: Yash Raj Films
Genre: Action / Thriller
Running Time: 156 minutes
Release Date: 11 November 2023 (Worldwide), 12 November 2023 (India)
Trailer:


Installment kelima untuk YRF Spy Universe dan sekuel kedua Ek Tha Tiger (2012) membuka kisah silam Aatish Rehman (Emraan Hashmi) pada tahun 1999 yang menjadi peneraju Inter-Service Intelligence (ISI) setelah kematian ejen Rehan Nazar (Aamir Bashir) di kota London. Kerana kematian mengejut tersebut, Aatish melatih anak perempuan Rehan (Gurket Kaur) sehingga besar dewasa. 

‘You have to have a reason to fight. First, reason then fight so there will be a lesson. If you’re fighting without any reason, that’s a terrorist.’ - Rehan Nazar

Bergerak ke latar masa sekarang, Tiger (Salman Khan) ditugaskan oleh Ketua Research and Analysis Wing (RAW), Maithili Menon (Revathi) dalam operasi “Time Pass” untuk menyelamatkan Gopi Arya (Ranvir Shorey) di Pakistan. Gopi mempunyai intel mengenai serangan terbaru yang akan dilaksanakan pada Hari Kemerdekaan Pakistan. Sebelum meninggal dunia, Gopi beritahu Zoya (Katrina Kaif) antara ejen yang terlibat dalam pelan serangan tersebut. 


Pulang dari operasi tersebut, Tiger mula memperhatikan gerak-geri isterinya kerana intel yang diberitahu oleh Gopi. Entah siapa yang dia hendak percaya kerana orang yang akan mati tak mungkin menipu sementara Zoya pula adalah orang yang dia sayang dan percaya selepas lari keluar dari India dan hidup bersembunyi di Austria. 

Tak lama kemudian, Tiger ditugaskan untuk menyelamatkan Jibran Sheikh di Istanbul dari pihak ISI. Di situ kebenaran mula terbongkar dan Tiger sekali lagi bertemu dengan Aatish Rehman yang ingin menuntut bela atas kematian isteri dan anaknya selepas 9 tahun dipenjarakan. 


Masa tengok teaser Tiger 3 dan Pathaan (2023) dah mula rasa teruja untuk Tiger 3 sebab YRF dah umumkan secara rasmi untuk YRF Spy Universe. Dalam teaser juga YRF tonjolkan watak Zoya yang menggunakan stunt director dari Korea dengan aksi yang lebih padu dari dua filem sebelumnya. Seperti mana yang dijanjikan, Maneesh Sharma deliver yang terbaik untuk babak aksi cuma babak Tiger dan Pathaan berlawan depan penjara Pakistan tu draggy sikit. Mungkin nak bagi screentime lama sikit untuk SRK but that’s fine by me.

Storyline untuk Tiger 3 sepatutnya lebih menarik dari 4 installment sebelumnya sebab kali ni Tiger dan Zoya berdepan dengan masalah peribadi bila Aatish Rehman guna Junior (Sartaaj Kakkar) sebagai umpan untuk capai matlamat dia. Sayangnya dendam peribadi Aatish agak lemah kalau nak dibandingkan dengan dendam Jim (John Abraham) dalam Pathaan. Patutnya tak perlu masukkan angle tu sebab Impian dia untuk ubah Pakistan kepada negara dictator dah cukup kuat. Emraan cemerlang dalam watak antagonis yang licik memanipulasi ISI namun tersekat dalam penulisan yang lemah. 


Lakonan Salman Khan sebagai ayah boleh kata a huge let down lah, sama juga dengan Katrina. Mungkin juga sebab lead pairing ni belum ada anak jadi emosi tu tak sampai. Kelakar pun ada juga lah sebab Zoya dan Tiger, kedua-duanya adalah ejen terbaik untuk RAW dan ISI tapi mudah sangat Junior jadi mangsa ugutan pihak musuh. I mean, it’s time for them to develop Junior’s character since Hassan already joined the operation as hacker. 

Alur penceritaan Tiger 3 boleh dijangka dari awal lagi jadi senang sangat untuk rasa bosan ditambah pula dengan kehadiran team Tiger yang pernah muncul dalam Tiger Zinda Hai (2017). Kehadiran mereka untuk elemen komedi tapi kebanyakan masanya hambar dan melengahkan lagi klimaks. Sama seperti sebelumnya, watak Zoya antara kekuatan utama franchise Tiger dan muncul dengan stunt yang cemerlang. Amazed tengok Zoya berlawan dalam sauna dengan General Zimou (Michelle Lee) dan di bilik kebal untuk selamatkan Perdana Menteri Nasreen Irani (Simran). 

At this point, YRF perlu terbitkan solo movie untuk watak Zoya. Tak kisah lah Zoya dalam latar masa yang mana pun atau bekerjasama dengan Rubai. Lepastu masukkan lagu banyak sikit supaya Kat boleh show-off dancing skills dia. Dalam Tiger 3 ada dua lagu je, Ruuan dan Leke Prabhu Ka Naam. Daripada sembang banyak sangat, baik letak lagu. Seronok jugak lah nak layan. The OG director for Tiger franchise is still the best. Kabir Khan ftw!



Dekat dalam Tiger 3 ada kemunculan ejen Kabir Dhaliwal (Hrithik Roshan) dari WAR (2019) tapi tak lah lama pun sebab babak yang pengarah tunjuk tu sama dengan intro WAR. YRF Cuma nak bagitahu timeline YRF Spy Universe ikut sequence so far ialah Ek Tha Tiger (2012), Tiger Zinda Hai (2017), Pathaan (2023), Tiger 3 (2023) dan WAR (2019)

Terganggu tak kalau tengok Tiger 3 sebelum WAR? Tidak. Terganggu tak kalau tak tengok Pathaan sebelum Tiger 3? Tak sangat. Terganggu tak kalau tengok Tiger 3 tanpa ETT dan TZH? Ya. Berbaloi tak tengok Tiger 3 dekat wayang? Depends. For me, I pergi cinema sebab nak tengok Katrina dan Emraan on big screen so yupp, worth it!

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0., 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.3 = 6.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.