Movie Review | Marty Supreme (2025)

Sunday, 1 March 2026

 

Pengarah: Josh Safdie
Penulis Skrip: Ronald Bronstein, Josh Safdie
Pelakon: Timothée Chalamet, Gwyneth Paltrow, Odessa A’zion, Tyler Okonma, Kevin O’Leary, Abel Ferrara, Fran Drescher, Emory Cohen, Sandra Bernhard, George Gervin, Larry “Ratso” Sloman, Ralph Colucci, Géza Röhrig, Pico Iyer, Koto Kawaguchi. Isaac Mizrahi, Levon Hawke, John Catsimatidis, Fred Echinger, David Mamet, Penn Jillette, Timo Boll, Philippe Petit, Hailey Gates, Paul Grimstad, Ted Williams
Syarikat Produksi: Central Pictures
Pengedar: A24
Genre: Sukan / Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2025 (New York Film Festival), 25 Disember 2025 (Amerika Syarikat)
Trailer:


Tertarik nak layan filem Marty Supreme yang diadaptasikan dari novel The Money Player: The Confessions of America’s Greatest Table Tennis Champion and Hustler menyingkap perjalanan pemain Marty Reisman yang diterbitkan pada tahun 1974 lepas tengok Timothée Chalamet menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe Award dan Critic’s Choice Award.

Filem Marty Supreme berlatarkan tahun 1952 di kota New York di mana Marty Mauser (Timothée Chalamet) bekerja di sebuah kedai kasut milik pakciknya (Larry "Ratso" Sloman) dan dalam masa yang sama berlatih untuk menyertai Kejuaraan Table Tennis di British Open. Marty juga mencari funder untuk bola ping pong berwarna oren kerana pada ketika itu, bola yang digunakan berwarna putih jadi kebanyakan masanya pemain terkeliru dengan kedudukan bola dalam perlawanan. 

Marty mempunyai hubungan sulit dengan kawan baiknya, Rachel Mizler (Odessa A'zion) yang sudahpun berkahwin bersama Ira (Emory Cohen). Ketika berada di London, Marty berkenalan dengan pelakon wanita popular bernama Kay Stone (Gwyneth Paltrow) dan mula memikat hati wanita berusia tersebut sekaligus perkenalkan diri kepada suami Kay, Milton Rockwell (Kevin O'Leary), pemilik pengeluar pen jenama Rockwell. 

Dalam perlawanan table tennis di British Open, Marty kalah dengan Koto Endo (Koto Kawaguchi), wakil negara Jepun sekaligus menghancurkan impian dia untuk memenangi wang tunai yang besar. Rencana awal Marty adalah untuk bayar hutang dengan duit kejuaraan tapi malangnya, dia terpaksa pulang bekerja di kedai kasut pakciknya semula. Makin bertambah serabut keadaan Marty bila dia dapat tahu Rachel mengandungkan anaknya. 

Marty terdesak mencari sponsor untuk biaya perbelanjaan dia di Kejuaraan Tokyo hingga sanggup mencuri barang kemas Kay lepas menolak tawaran Rockwell untuk kalah sekali lagi ketika berlawan dengan Endo di Jepun. 

Perjalanan hidup Marty Reisman yang dibawa masuk ke dalam filem Marty Supreme tak lah panjang kerana latar masa dia dalam setahun lebih sahaja. Dari British Open kepada kejuaraan seterusnya di Tokyo tapi ada banyak perkara yang berlaku dalam tempoh masa yang pendek dan diceritakan dengan cemerlang oleh Josh Safdie. 

Awalnya ingatkan filem Marty Supreme lebih kepada penglibatan Marty dalam sukan table tennis tapi lebih terarah pada perjalanan peribadi yang mengubah diri dia yang bersifat free spirit kepada seorang yang lebih bertanggungjawab. 

Walaupun tak banyak latar kejuaraan table tennis yang dimasukkan tapi seronok juga lah tengok babak Marty dan Dion berbincang tentang bola berwarna oren. Menarik tengok kegelisahan Marty bila dapat tahu negara Jepun hantar ramai pemain table tennis lepas travel ban dibatalkan. Malah pemain Jepun juga menggunakan sponge paddle sementara pemain lain menggunakan paddle biasa diperbuat dari kayu. Fakta Marty kalah pada pemain Jepun juga tepat cuma berbeza dari cerita asal bila Marty kalah di Bombay bukannya British Open. 

Dalam filem Marty Supreme nampak watak Marty struggle gali lubang tutup lubang gara-gara kehidupan daif dia di New York sedangkan dia adalah atlet negara. Boleh kata zaman tu ramai lagi tak recognize dengan sukan table tennis macam babak Kay pertama kali jejakkan kaki ke perlawanan table tennis. Cara dia korek duit tak murni tapi filem ni bukan nak sembang tentang moral dan etika Marty, cuma nak tunjuk perjalanan seorang narsistik yang terciduk dalam kehidupan. 

Sama dengan Marty Reisman, watak Marty Mauser juga suka bergaya walaupun hakikatnya dia papa kedana. Penampilan dia mencuri perhatian ramai dan disebabkan itu juga Kay mudah terpikat dan selesa berkawan dengan Marty. Bila tengok Marty Reisman yang sebenar, boleh faham lah kenapa Josh Safdie nak Timothee hidupkan watak Marty dalam layar. 

Screen presence dan aura Timothee menjadikan filem Marty Supreme tampak hidup dan bertenaga sepanjang 150 minit tayangan. Bila tengok Marty dalam suit, teringat-ingat watak Frank Abagnale dalam filem Catch Me If You Can (2002). 

Sinematografi dari Darius Khondji berganding bersama Jack Fisk untuk production design menghidupkan lagi suasana era 50-an. Dari segi pakaian, gaya kehidupan, rekaan dalaman bangunan dan banyak lagi untuk paparkan dunia Marty Supreme. Musik dari Daniel Lopatin menambahkan impak pada penceritaan. 

Bila tengok babak klimaks dan penghujung filem terasa puas layan perjalanan Marty Mauser walaupun huru-hara dan menjengkelkan. Kita sebagai penonton tahu bila masanya untuk berhenti tapi Marty tak nak, dia rela letak ego dan pentingkan diri di hadapan untuk capai impian dia. Tak tahu lah kalau ada filem yang lebih layak sebagai Filem Terbaik Hollywood untuk tahun 2025 tapi yang pastinya Timothee memang layak menang untuk Pelakon Lelaki Terbaik. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.