Ercell Bodden (Priyanka Chopra Jonas) menetap di Cayman Brac bersama anak lelakinya, Isaac (Vedanten Naidoo) yang kurang upaya dan ditemani oleh adik iparnya, Elizabeth (Safia Oakley-Green). Ercell menanti kepulangan suaminya, Kapten Theodor H. Bodden (Ismael Cruz Córdova) yang pergi belayar untuk menangkap ikan. Dia berjanji akan pulang sebelum hari jadi Isaac namun suaminya sudah terlewat 59 hari.
Kapal kecilnya diserang oleh lanun bernama Francisco Connor (Karl Urban). Kesemua anak kapal dibunuh dan dibuang ke laut lalu T.H. ditangkap dan dibawa ke Cayman Brac. Connor menyimpan dendam dengan Ercell kerana mencuri emasnya jadi T.H akan dijadikan umpan supaya hasrat dia terlunas.
Sebelum Connor mendarat bersama lanun yang lain, rumah Ercell terlebih dahulu diserang oleh Scout (Greg Hatton), Lupe (Gideon Mzembe) dan Chien (Pacharo Mzembe). Ercell dan Isaac selamat dari serangan tersebut dan bergerak menuju ke tebing curam, tempat persembunyian yang sudah lama dibina khas untuk keluarganya bersembunyi.
Di situ baru lah Isaac dan Elizabeth kenal siapa sebenarnya Ercell. Bekas ketua lanun di bawah jagaan dan didikan Kapten Francis Connor.
"Tonight they came looking for Bloody Mary and Bloody is what they're gonna get" – Ercell Bodden
Dah lama tak layan filem Hollywood bertemakan kehidupan lanun selepas franchise The Pirates of the Carribean. Amazon Prime Video menghidupkan kembali tema tersebut dan menggunakan latar masa 1847, penghujung era The Pirates of the Carribean.
Naskhah aksi thriller arahan juga penulisan Frank E. Flowers, The Bluff tidak lah menggunakan konsep pengembaraan di atas kapal dan laut sebaliknya mendarat di Cayman Brac dan memburu Ercell.
Tapi sedikit pun tak menjejaskan vibe cerita lanun sebab penggambaran The Bluff dilakukan di lokasi sebenar di kepulauan Australia. Sinematografi dari Greg Baldi diperkukuhkan lagi dengan kostum lanun dan set design yang dibina khas untuk wujudkan latar masyarakat kampung yang terletak di pinggiran pantai.
Kagum dengan persiapan Ercell yang menjangkakan kehadiran Conor tapi macam merepek juga lah bila penulis tak prep penduduk kampung dengan keselamatan yang tinggi. Ramai penduduk yang mati hanya untuk nyalakan sumbu meriam. Berisiko juga lah kalau nak mengharapkan bantuan askar British semata walhal tak tersedia 24 jam.
Kekuatan utama filem The Bluff terletak pada lakonan Priyanka sebagai ketua lanun yang satu ketika dahulu seorang yang mengerikan. Filem aksi bukan sesuatu yang baru untuk Priyanka bila projek pertama di Hollywood adalah siri Quantico kemudiannya Citadel (2023), siri original Amazon Prime Video. Stunt choreography yang banyak menggunakan pisau belati, pedang dan senjata api dalam The Bluff terlihat tangkas dan kemas sepanjang 103 minit tayangan.
Kelemahan The Bluff terletak pada antagonis yang lemau. Avatar Karl sebagai Connor tak mengerikan langsung, jauh berbeza dengan Ercell yang sedia bertarung untuk wariskan sekotak emas kepada Isaac. Masa Connor mendarat di Cayman Brac pun dah nampak siapa yang akan menang dengan mudah.
Tengok Karl Urban berlakon dalam The Bluff, teringat Ajay Devgn dalam De De Pyaar De 2 (2025) yang banyak berdiam di belakang dan biarkan watak lain buat kerja. Muka dia macam nak balik rumah lepas habis shooting. Production patut ambil pelakon lain yang lebih bertenaga, yang lebih beria zahirkan dendam kesumat ditipu oleh anak didik sendiri. Ada babak yang buatkan I terfikir kalau R. Madhavan yang berlakon sebagai Connor, kita boleh tengok pertarungan bertenaga antara Ercell dan Connor. Tapi filem The Bluff bukan dibikin di Bollywood.
Penceritaan dekat second half pun boleh dijangka lah bila watak T.H. akan buat keputusan bodoh untuk bagi laluan kepada Ercell menyerlah di bahagian klimaks. Boleh sangat kalau dia dengar cakap isteri dan jaga Isaac dalam gua. Tapi suami dia sanggup mati dari jaga anak. Nak rasa sedih pun tak mampu sebab menyampah.
Walaupun filem The Bluff gagal paparkan thriller dan saspens yang diperlukan tapi sebagai peminat Priyanka, naskhah lanun ni menghiburkan untuk tontonan santai.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.4/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.