Drama Review | Alter-Naratif (2023)

Tuesday, 17 March 2026


Pengarah: Faisal Ishak
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Honey Ahmad, Aina Izzah, Nik Jassmin Hew, Haris M. Nor
Pelakon: Nabila Huda, Liyana Jasmay, Neera Azizi, Gambit Saifullah, Rahhim Omar
Syarikat Produksi:
Penyiaran: Viu, iQiyi
Genre: Cereka Fiksyen
Jumlah Episod: 8 Episod (50-55 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023 – 13 Julai 2023
Trailer:

Electric dust Agency (EDA), sebuah syarikat yang berfungsi untuk memadam memori manusia dan berkebolehan dalam mengubah lalu menggantikan memori melalui kod yang dimasukkan. Mel Isa (Nabila Huda) bekerja keras meneruskan perniagaan dan legasi ayahnya, Dr. Isa (Rahhim Omar) memperjuangkan teknologi baharu yang mampu menyelamatkan manusia pulih dari trauma dan masalah hidup mereka. 

Mel dibantu oleh Aira (Liyana Jasmay) yang juga rakan baiknya dan Dr. Rahim (Adlin Aman Ramlie) yang pakar dalam teknologi tersebut. Vinesh (Gisnervern Arikrishnan), Kina (Neera Azizi) dan Fahim (Anas Ridzuan) bekerja di bahagian operasi. 

Sedang Mel berusaha mendapatkan dana dari Yoshimoto Corporation, Aira bertemu dengan Sam (Gambit Saifullah) yang mengendalikan Syne di mana pelanggan dapat merasai pengalaman memori melalui VR yang diberikan. Aira dapat pengalaman menggunakan pelbagai jenis dadah di Syne tanpa bahayakan otak dan fizikalnya. 

Kina pula didekati oleh Judy (Yvonne Lee) yang cuba bertanya tentang keberadaan Zaiton (Marissa Yasmin), ibu kandung Kina yang dikatakan telah lama meninggal dunia. Kerana Judy, Kina dapat tahu ayahnya, Jaafar (Namron) simpan rahsia tentang Zaiton dan ibunya adalah salah seorang pakar saintis yang bekerja di EDA di bawah kelolaan Dr. Isa berpuluh tahun lepas. 

Naskhah cereka sains Alter-Naratif ciptaan Aina Izzah merupakan naskhah yang dipilih ketika Viu Pitching Forum 2021. Penceritaan yang unik dan kreatif membawakan alternatif rawatan menggunakan teknologi moden di mana EDA boleh memadam memori dan mencipta memori palsu sementara Syne pula menggunakan memori orang untuk idea perniagaan. 

Tapi sama seperti perniagaan yang lain, EDA pun struggle dengan kewangan sampai terpaksa ikut cakap klien macam babak Mel terpaksa padam memori anak Datuk Syafik (Mustapha Kamal) gara-gara dia salah seorang funder EDA. 

Macam susah nak percaya keadaan kewangan EDA pun ada juga sebab tak diceritakan dengan mendalam berapa kos setiap rawatan walaupun pelanggan yang datang ke EDA tak pernah putus. Ada juga yang sanggup datang berkali-kali untuk hilangkan memori. Tengok pada teknologi yang EDA guna, tak lah macam mahal sangat tapi susah nak rely on props sebab obvious sangat series ni tak dapat peruntukan bajet yang besar. 

Selain plot yang berlatarkan EDA, watak utama, Mel juga mempunyai konflik peribadi di mana dia mengalami halusinasi dan mimpi ngeri. Konflikni yang menghadirkan elemen misteri dan kejutan di awal series. Lakonan Nabila cemerlang sebagai Mel yang dimanipulasikan mindanya sampai tak senang duduk bila dia berjumpa dengan Isa. Kita tahu dia berhalusinasi tapi curious sangat nak tahu apa sebenarnya yang jadi. 

Walaupun series Alter-Naratif paparkan mesej kekeluargaan dan kemanusiaan tapi series ni tak sesuai lah untuk tontonan keluarga. Gaya hidup Mel ke arah Barat, dalam pejabat penuh dengan arak dan rokok. Sama juga dengan kawan baik dia, Aira. 

Personally, I tak berapa gemar dengan series yang tayang gaya hidup Barat semata untuk tampil moden dan urban. Memang lah realitinya ada tapi tak perlu masukkan pun tak apa. Somehow it looks cringe and poser. Dialog pun banyak yang tak bertapis. Watak Fahim dimasukkan untuk elemen komedi tapi lawak dia hambar. 

Series Alter-Naratif arahan Faisal Ishak mempunyai pacing yang tak sekata bila di awalnya bergerak laju kemudian mula meleret dengan drama antara Mel dan Isa sehingga buatkan episod akhir rushing untuk habis. Masuk Episod 5 dah mula bosan tapi terselamat lah sebab ada romantic angle antara Aira dan Sam. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 =  6.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.