Setelah gagal menjalankan tugas sebagai ejen PUANAS (Pusat Usaha Nasional) yang mengawasi pergerakan tokan dadah, Dito (Keanu AGL) dilarang sama sekali turun ke lapangan. Dia cuma bekerja di pejabat, mengumpul data bagi beberapa operasi risikan yang dijalankan di Indonesia.
Satu hari, pakcik Dito bernama Ucup (Fanny Fadillah) perkenalkan applikasi judi secara online kepada ayahnya, Babeh Rizal (Tenno Ali). Dito menegah perbuatan tersebut tapi berterima kasih dengan wang yang dihulurkan Ucup hasil dari applikasi judi online buat belanja harian. Bukan Ucup saja yang ketagih malah applikasi judi secara online tersebut sudah pun berleluasa hingga ramai yang mula seronok dan ada juga yang menggadaikan harta untuk dileburkan di situ.
Satu operasi besar-besaran telah gagal lalu mengancam keselamatan ejen perisik yang lain maka terpaksa lah Martha (Rieke Diah Pitaloka) bekerjasama dengan Dito melalui saranan Lukman (Totos Rasiti). Mereka menjejak Menteri Iqbal yang luarannya nampak baik namun menjalankan kegiatan haram menggunakan kuasa dan pengaruh politiknya.
Iqbal (Chandra Satria) mencari anak-anak yatim lalu menghantar kepada Jessica (Cinta Laura Kiehl) untuk bekerja di bilik bawah tanah di salon miliknya. Di sana, kanak-kanak tersebut bekerja sebagai pengendali applikasi judi online Ombakemas77. Mereka dikurung dan dipaksa bekerja setiap hari. Semua kanak-kanak mempunyai jadual makan dan tidur yang telah diatur oleh Jessica lalu dikawal oleh supervisor.
Martha dan Dito mudah bekerjasama namun mempunyai prinsip yang berbeza. Bagi Dito, dia perlu selamatkan semua anak-anak yatim yang menjadi mangsa Iqbal dan Jessica sementara Martha percaya mereka perlu wujudkan strategi untuk misi yang lebih besar berskala nasional.
‘Taruhan kasus kita masa depan Indonesia. Bukan cuma anak-anak, tapi juga keluarga. Terus siapa yang paling bertanggungjawab? Iqbal Mahardika!’ – Martha
Naskhah komedi aksi dari Wahana Kreator mengangkat tema judi online (judol) yang makin berleluasa dalam kalangan masyarakat Indonesia termasuk kanak-kanak. Penceritaan tentang bagaimana orang awam boleh terjebak dengan applikasi judi online dan kesannya kepada negara diceritakan secara santai dan menghiburkan sepanjang 115 minit.
Watak Jessica juga licik menjaga perniagaan haramnya supaya tidak mudah dihidu oleh orang luar walaupun salonnya sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Jenayah yang dilakukan kepada anak-anak yatim bukanlah sesuatu yang baru kerana sudah banyak filem yang mendedahkan sisi gelap rumah anak yatim. Walaupun filem Agen +62 tak paparkan secara kejam tapi bila tengok babak matahari, rasa kesian sangat dengan nasib mereka yang dikurung di bawah.
Babak-babak komedi banyak menggerakkan naskhah Agen +62 kerana dinamik Keanu AGL dan Rieke Diah Pitaloka yang menyamar dalam banyak persona untuk misi mereka. Terhibur tengok Keanu berlakon sebagai Junet untuk yakinkan Jessica dia adalah pekerja yang setia.
Seronok juga tengok lakonan Cinta Laura Kiehl sebagai Jessica sebab teringat-ingat sinetron zaman dulu. Mudah sangat Cinta Laura hidupkan Jessica yang tampak badass bitch di luar tapi lembut di dalam cumanya penulis tak kembangkan sangat watak dia dan beri tumpuan pada konflik Martha dengan Dito.
Sayangnya, konflik tersebut terasa lemah dan klise sehingga buatkan momentum di awal filem semakin hilang. Makin bertambah lemah dan draggy bila Martha tak ada strategi yang kuat pun untuk berbalah dengan Dito.
Sinematografi Agen +62 layak diberi pujian kerana meletakkan beberapa details penceritaan menggunakan props seperti baju yang dipakai oleh Babeh rizal ketika terjebak dengan judol. Perhatian juga diberikan kepada watak Jessica yang mempunyai wardrobe dan salon yang high taste dan fashionable. Tertarik betul dengan interior salon Jessica yang menarik pelanggan dari kaum sosialis.
Filem Agen +62 mungkin bukan medium mesej sosial yang bagus tapi masih boleh dijadikan naskhah komedi yang menghiburkan dengan jenaka tempatan.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = /10

Saya belum nonton film ini, Kak. Penasaran deh jadinya karena yang main Cinta Laura. Kalau film yang main Keanu sih seringnya seru dan lucu. Btw, judi online memang sangat amat meresahkn masyarakat Indonesia.
ReplyDelete