Berlatarkan perang India-Pakistan pada tahun 1971, mengisahkan battalion tentera India yang bertugas menjaga sempadan bahagian barat, diketuai oleh Kolonel Leftenan Fateh Singh Kaler (Sunny Deol).
Mejar Hoshiar Singh Dahiya (Varun Dhawan) bertugas menjaga bahagian darat, Fg Offr Nirmal Jit Singh Sekhon (Diljit Dosanjh) menjaga sempadan udara sementara Leftenan Mahendra Singh Rawat (Ahan Shetty) menjaga bahagian perairan India. Mereka bertiga merupakan teman rapat sejak awal mendaftar masuk sebagai tentera. Nakal, selalu dedenda oleh Kolonel Leftenan Fateh tapi menjadi contoh terbaik untuk battalion di situ.
Pihak atasan terpaksa mengerah tentera dan menyediakan senjata yang banyak di bahagian Timur India kerana mendapat makluman pihak musuh akan menyerang di sana. Kolonel Leftenan Fateh percaya bahagian Barat akan mampu menjaga sempadan sebaiknya. Tak lama selepas majlis perkahwinan Nirmal bersama pilihan hatinya, Manjit Sekhon (Sonam Bajwa), semua tentera India diminta pulang ke kem masing-masing.
Naskhah Border 2 merupakan standalone sequel kepada filem Border (1997) arahan J.P. Dutta yang juga berlatarkan Perang India-Pakistan 1971. Tak pasti macam mana jalan cerita naskhah awal sebab susah nak jumpa filem lama. I layan yang sekuel pun sebab ada Varun Dhawan dengan Ahan Shetty.
Anurag Singh menggunakan beberapa kem tentera di India untuk lokasi utama filem Border 2 seperti Kem Jhansi, Kem Babina di Uttar Pradesh dan juga Akademi Pertahanan Negara di Khadakwasla, Pune. Kawasan perang pula dilakonkan di kawasan padang pasir di Rajashtan. Bahagian perairan nampak macam dalam set sebab tak banyak pun wide shot yang digunakan.
Penceritaan Border 2 lebih kepada genre drama sebab pengarah serta penulis Anurag Singh banyak bermain dengan sentimen patriotik. Ada babak dia tak kisah berjuang tanpa senjata asalkan semangat cintakan negara tu kuat. For me, personally memang sangat merepek lah sebab ramai anak buah dia meninggal bila tak ada strategi. Belum masuk part dia benarkan guna minyak masak untuk nyalakan lampu sedangkan tak cukup untuk masak makanan dalam kem tu.
Kalau ikutkan sejarah Perang India-Pakistan 1971, watak Kolonel Leftenan Fateh diinspirasikan oleh Mejar General Hardev Singh Kler yang dianugerahkan pingat Maha Vir Chakra kerana keberanian dan strategi dia menumpaskan pihak lawan dalam masa 10 hari. Tapi dalam filem Border 2 tak nampak pun strategi dia selain dari menjerit dan murung.
Sama lah juga dengan 3 watak utama yang lain, banyak terarah pada elemen dramatik untuk tonjolkan pengorbanan askar yang menjaga sempadan negara. Geleng kepala tengok Mahendra serang balas pihak lawan berseorangan. Anak buah yang lain selesa betul dekat dalam bot biarkan kapten bersusah-payah atas kapal sampai meninggal. Ini bukan spoiler lah sebab dari awal dah boleh agak ke mana hala tuju filem Border 2. Yang selamat siapa? Mesti lah Sunny Deol.
Lakonan Ahan Shetty not bad lah sebab ni filem kedua dia selepas Tadap (2021) dan Ahan digandingkan bersama Anya Singh yang popular dalam siri The Bads of Bollywood (2025). Suprisingly, chemistry Ahan dengan Anya menjadi sebagai pasangan suami isteri. Screentime tak banyak tapi tinggalkan impak. Hopefully both of them dapat peluang bekerja lagi sebagai main lead. Varun Dhawan dengan Medha Rana pun comel, sama juga dengan Sonam Bajwa dan Diljit.
Sinematografi Border 2 dari Anshul Chobey memaparkan latar masyarakat desa pada era 70-an bersilih ganti dengan suasana di kawasan perang. Mungkin ada yang terlihat menjadi tapi ada juga babak yang tak lah meyakinkan sangat. Babak Nirmal bertarung di udara mendebarkan juga diselangi beberapa shot cantik berlatarkan landskap gunung-ganang di kawasan sempadan India dan Pakistan.
Music album dari Anu Malik menghimpunkan 9 buah lagu tapi yang best dan meninggalkan impak cuma 1 lagu sahaja – Ghar Kab Aaoge. Lagu yang sama dengan dalam Border 1 (1997). Menghimpunkan barisan penyanyi terkenal seperti Sonu Nigam, Roop Kumar Rathod, Arijit Singh, Diljit Dosanjh, Vishal Mishra untuk nyanyi selama 10 minit. No complaint at all sebab suara semua lunak didengar. Tak sedar pun durasi dia 10 minit setiap kali dengar.
Penceritaan Border 2 mungkin menjadi filem kedua tertinggi jumlah kutipan untuk tahun 2026 sebab penerbit pandai lock tarikh tayangan pada Hari Kebangsaan India. Tapi kalau nak sembang pasal skrip dan sutradara, perjalanan filem Border 2 ada banyak kelemahannya. Apapun, I tetap bagi kredit dekat Sunny Deol sebab hidupkan kembali filem multi-starrer macam zaman 80-an dulu.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.3/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.