Puzzle Puzzling Table

Wednesday, 11 March 2026

Masa pergi Ninso I ternampak satu kotak puzzle dengan 1,000 keping puzzles dekat dalam. Harga pun murah, RM10 je satu kotak. Dah lamaaaaa sangat tak main puzzle sebab tu tergerak hati nak beli. Lagi satu sebab nak beli, kononnya nak kurangkan tengok handphone. 


Kalau 1,000 pcs boleh la kot kurangkan screening time sepanjang seminggu lebih tapi merepek sangat. Bila dah ada puzzle ni jadi anxious pulak bila tak siap-siap. Dalam masa 3 hari je dah siap itupun tolak waktu rehat bila tengkuk dah sakit, kepala pun pening, mata berpinar-pinar.


Sembang dengan kawan office apa I buat on weekend, diorang pun nak try jugak so I bawa lah ke office. Tiba-tiba dah jadi aktiviti berjemaah dekat office di meja belakang. Setiap masa akan ada yang menyinggah untuk siapkan puzzle. 




Antaranya Aiesyah, Yun dengan Syida sebab diorang pun geram kenapa tak boleh siapkan even satu section. Take break lepas siapkan submission, Syida singgah cari padanan puzzle yang sama. Aiesyah habis serve surat datang buat kejap. Waktu lunch office sunyi sebab semua mencari puzzle untuk corak pokok sebab yang tu confusing. 







Punyalah addictive main puzzle ni sampai boss kecik pun terjebak untuk cari yang sepadan sebelum pergi meeting dengan client. 

😓: susah jugak eh benda ni, dari tadi tak jumpa yang match
😏: Kalau En Fendy boleh cari satu yang match, I belanja roti garing dekat mamak
😓: perghhhhh roti garing tu, sedap tuuu!
😏: menarik kan?
😂: tu haaa en fendy, yang tepi tu
😓: haáh lah, dah aiesyahhhh dah jumpa!
😏: wehhh mana aci dapat bantuan





Kalau dah jumpa, semua happy dan bersemangat untuk cari next puzzle tapi bila sampai part awan, masing-masing menyerah. 

Í rasa I paling tak guna lah buat puzzle ni. Satu pun tak match lagi. Tak sampai seminit pun I dah give up. Tak boleh imagine macam mana Kak Ana siapkan dalam 3 hari.' - Laila



I dah tak ingat berapa lama corporate-litigation department ambil masa untuk siapkan satu puzzle ni tapi nak masuk dua minggu lebih jugak sebab ada kepingan yang hilang. Bila dah ada banyak tangan, puzzle pulak jenis mudah menyangkut dekat baju, memang senang lah dia nak hilang atau terjatuh. 


'Kak Ana, no wonder lah macam familiar puzzle ni rupanya housemate I pun main puzzle yang sama, dia buat alas meja dapur kitorang.' - Laila


Hafizan dengan Syu antara yang paling jarang datang tapi terjebak jugak bila semua seronok dah boleh cantum sana-sini. 

Aiesyah kata nak cari frame untuk puzzle ni sebab nak simpan kenangan satu department buat puzzle tapi frame yang ada semuanya mahal. I try tengok dekat Jalan-Jalan Japan pun RM40 ke atas. Takkan lah harga frame lagi mahal dari harga puzzle kan? 

Lama jugak lah puzzle tu jadi alas meja belakang sebab tak jumpa frame. Disebabkan ada chambee baru nak masuk, terpaksa lah simpan puzzle yang dah siap tu dalam kotak balik. Kita simpan gambar semua yang participat dekat blog ni je. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.