7-Eleven Malaysia Hulur Sumbangan RM27,888 | Bantu penyediaan juadah moreh setiap malam untuk jemaah sepanjang Ramadan
Wakil 7-Eleven Malaysia menyampaikan sumbangan sebanyak RM27,888 kepada Persatuan Kebajikan Kakitangan Masjid Negara Kuala Lumpur (PKKMNKL) bagi menyokong program moreh Ramadan masjid tersebut untuk para jemaah.
Kuala Lumpur, 27 Februari 2026 – Pada bulan Ramadan, bulan yang menyatukan Masyarakat untuk saling berkongsi rezeki serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain, 7-Eleven Malaysia telah menyumbang sebanyak RM27,888 kepada Persatuan Kebajikan Kakitangan Masjid Negara Kuala Lumpur bagi menyokong program moreh Ramadan masjid tersebut untuk para jemaah sepanjang bulan yang mulia ini.
Sumbangan tersebut telah disampaikan dalam satu majlis penyerahan cek replika oleh Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, yang turut disertai oleh Co-CEO 7-Eleven Malaysia, Encik Tan U-Ming.
Sumbangan ini akan membantu dalam penyediaan dan pengagihan juadah moreh di Masjid Negara selepas solat tarawih setiap malam. Sepanjang Ramadan, ratusan jemaah berkumpul di masjid bukan sahaja untuk menunaikan ibadah, malah turut berkongsi juadah ringkas bersama, mencerminkan nilai kemurahan hati, kebersamaan dan kesyukuran yang menjadi inti pati bulan suci ini.
Masjid Negara sekian lama menjadi mercu tanda kerohanian dan pusat komuniti di mana rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berkumpul sepanjang Ramadan. Daripada keluarga dan pelajar hinggalah para pekerja serta musafir yang melalui ibu kota, masjid ini menjadi tempat untuk mendekatkan diri dengan Allah sambil merasai salam mesra sebuah komuniti yang saling mengambil berat antara satu sama lain.
Melalui program Ramadan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Kakitangan Masjid Negara Kuala Lumpur, pek makanan moreh disediakan dan diagihkan setiap malam kepada para jemaah bagi memastikan mereka yang menunaikan solat berjemaah pada waktu malam dapat menikmati juadah sebelum pulang ke rumah. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pihak masjid dalam memenuhi keperluan komuniti sepanjang bulan Ramadan.
Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad berkata bahawa Ramadan merupakan waktu yang penuh makna untuk masyarakat saling mendekati dan menyokong antara satu sama lain, dan syarikat berbesar hati dapat memainkan peranan kecil dalam menyokong usaha Masjid Negara dalam berkhidmat kepada para jemaah.
“Ramadan mengingatkan kita tentang pentingnya nilai belas ihsan, berendah hati, dan berkongsi rezeki bersama masyarakat. Kami berbesar hati dapat menyokong usaha Masjid Negara dalam menghimpunkan masyarakat melalui program moreh Ramadan ini dan berharap sumbangan ini dapat mewujudkan detik kebersamaan yang bermakna dalam kalangan para jemaah.”
Selain menyediakan makanan, program moreh ini turut memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan sesama jemaah yang berkumpul setiap malam di masjid. Detik kebersamaan ini mencerminkan semangat sebenar Ramadan di mana amalan kebaikan dan sikap saling membantu mampu merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti.
Sumbangan ini juga merupakan sebahagian daripada Semurni Kasih, inisiatif tahunan 7-Eleven Malaysia sepanjang bulan Ramadan yang memberi tumpuan kepada sokongan terhadap program-program bermakna yang memperkasa komuniti serta menyemai semangat prihatin dan murah hati. Melalui Semurni Kasih, syarikat terus bekerjasama dengan pelbagai rakan komuniti bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kebaikan bersama.
Melalui sumbangan ini, 7-Eleven Malaysia berharap dapat memainkan peranan yang bermakna dalam menyokong inisiatif yang memperkasa komuniti setempat serta memastikan semangat memberi dan berkongsi terus disemai sepanjang bulan Ramadan.
*********************
Tentang 7-Eleven Malaysia
7-Eleven Malaysia Holdings Berhad melalui anak syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. adalah pemilik dan pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia. Diperbadankan 4 Jun 1984, 7-Eleven Malaysia adalah jenama terkemuka dalam sektor peruncitan dan telah menjadi ikon selama 40 tahun. 7-Eleven Malaysia adalah perintis dan pengendali terbesar kedai serbaneka di Malaysia dengan lebih 2,700 cawangan di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan setiap hari. Rangkaian kedai 7-Eleven boleh didapati di kawasan komersil sehinggalah ke perumahan pinggir bandar di seluruh negara termasuklah di stesen minyak, stesen LRT, pusat beli-belah dan institusi kesihatan. Aplikasi My7E juga turut mempunyai lebih 3.6 juta lebih ahli dan kami kekal komited untuk menawarkan pengalaman yang terbaik dengan ganjaran menarik untuk penggemar My7E. 7-Eleven Sentiasa Bersama-sama Anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi www.7-eleven.com.my

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.