Sunday, 5 January 2020

Movie Review : Ghost Stories


Director : Zoya Akhtar, Anurag Kashyap, Dibakar Banerjee & Karan Johar
Writer : Karan Johar, Dibakar Banerjee, Zoya Akhtar, Isha Luthra, Avinash Sampath
Cast : Jhanvi Kapoor, Sobhita Dhulipala, Mrunal Thakur, Avinash Tiwary, Surekha Sikri, Raghuvir Yadav, Gulshan Devaiah, Vijay Varma, Pavail Gulati
Production Company : RSVP Movies, Flying Unicorn Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Horror
Running Time : 144 minutes
Release Date : 1 January 2020
Trailer :


Lepas kejayaan movie Lust Stories, 4 director ni bergabung tenaga menjayakan movie Ghost Stories dengan distributor yang sama, Netflix. Setiap seorang director diberi 30 minit untuk satu cerita. 

1. Zoya Akhtar

Mengisahkan Sameera (Jhanvi Kapoor) yang menggantikan nurse lama untuk jaga nenek tua di apartmennya. Disebabkan anak dia bekerja di bandar, nenek tua yang mempunyai dementia selalu bertanya tentang anak dia. Sameera ambil kesempatan dengan masukkan pil tidur dalam minuman nenek tua. Untuk hilangkan bosan, dia selongkar barang perhiasan si nenek dan mencuri yang cantik.


Malam pertama dia tidur di rumah si nenek, dia nampak seseorang mengensot di luar bilik tapi bila pintu dibuka, tak ada sesiapa. Malam kedua Sameera panggil teman lelaki dia, Guddu (Vijay Varma) datang ke rumah nenek tapi disebabkan kerja, teman lelaki dia terpaksa balik. Lebih kepada takut sebenarnya bila Guddu pun terdengar bunyi yang sama. Malang bila Sameera terjumpa sesuatu yang mengejutkan di dapur.


Karya Zoya Akhtar agak predictable dan quite cliché untuk horror story so a mehhh for me dengan jalan cerita yang agak slow. I kena cepatkan 1.8x supaya tak mengantuk tengok Sameera mandikan nenek tua. Lagi best kalau dia buat Sameera kena ganggu lebih teruk lagi. Lakonan Jhanvi biasa je, nothing much to be impressed pun

2. Anurag Kashyap

Rutin seharian Neha (Sobhita Dhulipala) selain sebagai suri rumah, menjaga Aansh (Zachary Braz) bila pulang dari sekolah, feeding birds dan bermain dengan anak patung. Aansh mula risau bila Neha mula kurangkan aktiviti bersama tambah pula bila Neha berhenti dukung Aansh disebabkan perut yang semakin membesar.


Disebabkan geram Aansh selalu lukis gambar Neha dan Aansh tapi di bahagian perut Neha, Aansh akan conteng dengan warna hitam. Anehnya setiap kali Aansh conteng perut Neha, setiap kali tu lah Neha akan sakit perut. Bila Aansh berhenti, sakit tu serta merta hilang.


Gara-gara risau akan keguguran, Neha mula murung dan bermimpi buruk. Makin trauma bila Neha pernah keguguran anak pertama. Aansh pula makin bahagia bila Neha menampakkan tanda-tanda keguguran sebab dia akan dapat perhatian sepenuhnya dari Neha.

3. Dibakar Banerjee

Journalist (Sukant Goel) dihantar ke Smalltown untuk satu tugasan tapi sampai je dekat sana, dia ditegur oleh seorang budak lelaki (Aditya Shetty) supaya jangan bercakap atau bergerak. Bila budak tu bagi arahan untuk lari, dia kena ikut lari kalau nak selamat. Bingung dengan keadaan Smalltown, dia cuma menurut kata si budak kecil dan berlari untuk berlindung dalam rumah kecil.


Dalam rumah tu ada seorang lagi budak perempuan (Eva Ameet Pardeshi) yang ketakutan. Turns out dari cerita mereka berdua, pekan Smalltown dah huru-hara sejak kedatangan ayah budak perempuan yang bengis dan makan orang.


Dari awal lagi dah boleh agak yang short movie karya Dibakar ni berkenaan dengan zombie so it’s nothing new and quite cliché. Kind of boring dan penghujung cerita tinggalkan banyak persoalan.

4. Karan Johar

Diinspirasikan dari kisah caller di radio show Karan, mengisahkan tentang suami, Dhruv (Avinash Tiwary) yang masih lagi attached dengan nenek (Jyoti Subhash) dia walaupun dah meninggal. Bukan setakat suami tapi satu keluarga even pembantu rumah sekali.


Setiap malam Ira (Mrunal Thakur) akan dengar someone berjalan dengan tongkat kayu dan lagi peliknya bila suami dia selalu menyembang dengan ‘nenek’ dia sebelum tidur. Suami dia selalu marah bila dia taknak cakap good night dekat ‘nenek’.


Antara semua short movies, I enjoy watching Karan Johar punya sebab unique cuma tak seram sangat but still got goosebumps and jumpscared. Movie Karan Johar je yang tak stick dengan cliché theme horror genre bila kena bergelap sepanjang masa. Karan did his way dengan set yang extravaganza dan cantik. Kan best kalau KJo olah jadi movie dan tambah lagi horror experience keluarga misteri ni. Tak puas sebab sekejap sangat.

All in all, do watch it if you guys suka horror movie yang ringan dan santai. Movie ni ada dekat Netflix in case you guys are wondering J

1. Team Production +1, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

6 comments:

  1. Bila cerita hantu hindustan ni lagi seram dari semua cita hantu yang hado.. °_°

    ReplyDelete
  2. Cerita no 4 tu macam menarik untuk ditonton.. Lagi best kalau tak ikut scene cliche kena bergelap je bila cerita hantu..

    ReplyDelete
  3. Ayuk main di situs Agen Slot Deposit Pulsa termurah dan terpercaya Masterbet188 Slot joker123,pragmatic,pg soft,microgaming,KA Slot, GSS,dll

    ReplyDelete
  4. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete
  5. cerita hantu india ni seram gak...pernah tengok beberapa filem seram india kat netflix, tapi yang ni belum tengok lagi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!