Small Reunion Di Bizmilla Wedding Hall, One City Subang

Sunday 19 January 2020

Awal bulan Disember tahun lepas ada jemputan kahwin dari ex officemate di Arena Auctioneers. Disebabkan dah lama En. Rosdi menjemput even sebelum kad kahwin siap lagi, so tarikh kahwin anak dia tu memang kitorang dah book untuk dia sorang je. 


Alhamdulillah rezeki memang untuk En. Rosdi dan Puan Ramlah sebab dapat pergi sana. Bukan kitorang je yang dapat pergi tapi ex-officemate yang lain jugak so bila dah sampai sana tu memang jadi small reunion lah. 

Tak susah pun nak cari parking dekat One City ni sebab dekat basement memang kosong. Nak pula bila One City ni memang dah disewa dengan Mila Jirin untuk business dia. Bukan setakat wedding hall je tapi butik pengantin pun ada dekat sini dah tersedia. Nak honeymoon pun boleh book terus dekat Travel & Tour agency Mila ni. 




No wonder lah Mila Jirin boleh masuk Top 10 Businesswoman dekat Malaysia ni. Bijak betul buat wedding hall dekat shopping mall. Bukan wedding hall dan business dia yang lain je naik tapi business sekitar tu pun naik sekali. 

Since its weekend so banyak jugak lah wedding lain diadakan pada tarikh yang sama. Best la bila nak bergambar sebab entrance decoration memang cantik-cantik. 


Dekat sini tak payah risau untuk solat sebab surau dia agak besar, tak perlu nak berebut or take turn. Bizmilla Wedding Hall ni ada dua tingkat dari hujung ke hujung so kalau tak nak sesat better tengok dulu dekat escalator wedding tu dekat hall mana. 



Masa kitorang pergi tu ada kesilapan teknikal bila dekat signage dengan actual venue tersalah. Tak kisah sangat pun nak berjalan sebab decoration Bizmilla Wedding Hall ni cantik-cantik. 





Wedding hall anak En. Rosdi dengan Pn. Ramlah ni dekat tingkat 3 menghadap ke bangunan Sky City so boleh la nampak pemandangan dekat sana. Not bad lah cantik sebab bangunan sebelah memang cantik. 

Hall dia tak besar sangat tapi meja makan tetamu cukup je even during peak hour sebab ada meja dekat belah luar siap ada TV untuk yang tak dapat tengok pengantin atau persembahan. 





Makanan dekat Bizmilla ni untuk main dishes tak la sedap mana dan tak banyak pilihan sangat tapi untuk desserts sedap sangat sampai makan bertambah. Memang tak pandang belakang sebab tak ramai pun yang pergi dekat booth desserts ni since booth agak tersorok sikit. 


Dah kenyang makan, dah puas menyembang dan membawang, haruslah buat sesi bergambar. struggle jugak nak ambil gambar cantik dekat sini sebab ramai orang lepastu kena tunggu turn. 



Walaupun tunggu lama tapi hasil dia memuaskan hati lah sebab lighting cantik, brightness cun, backdrop pun cantik. 


Terima kasih untuk En. Rosdi dengan Pn Ramlah sebab layanan tip top walaupun ramai orang sampai tak sempat nak makan. Tahniah untuk ahli keluarga baru dan senyuman baru. Semoga diberkati dan kekal sampai Jannah. 

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.