Movie Review : Anak Perjanjian Syaitan

Sunday 19 January 2020


Pengarah : Helmi Yusof
Penulis Skrip : Subroto Katimin
Pelakon : Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Maria Wati, Jasmin Hamid, Shahrulnizam Noor, Roslan Salleh, Azlan Komeng, Wan Sharmila, Badrul Muhayat
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 95 minit
Tarikh Tayangan : 24 Oktober 2019
Syarikat Produksi : Screen Studio Sdn Bhd
Pengedar : Empire Film Solution
Trailer :


Cikgu Zaidi (Nadzmi Adhwa) memohon untuk ditukarkan ke kampung dan berpindah ke rumah opahnya yang dah lama ditinggalkan sejak opahnya meninggal dunia 5 tahun lepas. Baru sahaja sampai ke situ, isteri dia, Azlinda dah bermimpi ngeri dan merasakan ada benda yang mengekori ke mana saja dia pergi. 


Waktu siang boleh Pak Man (Shahrulnizam Noor) temankan sebab dia bekerja di rumah tu sejak dahulu sebagai tukang kebun. Walaupun dia tahu sejarah opah Zaidi yang membela saka tapi dia yakin saka dah lama dibuang. 

Berlainan hal dengan Linda bila dia tak berhenti diganggu oleh nenek tua (Maria Wati) yang mahukan anak dalam kandungan dia. Tak kira siang ataupun malam, Linda akan dengar suara perempuan ketawa ataupun kanak-kanak, nenek tua dan baby sampai dia pengsan, terjatuh, pengsan dan mengalami alahan kulit.


Pada awalnya Zaidi tegaskan yang semua tu cuma mainan perasaan Linda sahaja dan pembawakan budak tapi bila dia sendiri diganggu beberapa kali dan Linda makin berkelakuan pelik even anak dalam kandungan pun menunjukkan symptom pelik, Zaidi mula minta bantuan dari Pak Man dan Ustaz Aznan (Azlan Komeng).


Pak Leman (Roslan Salleh) dah larang Zaidi supaya jangan berkawan dengan Ustaz Aznan disebabkan tragedi yang menimpa anak perempuan dia beberapa tahun lepas. Kerana Ustaz Aznan, anak tunggal kesayangan dia meninggal dunia. Disebabkan hal tu, Ustaz Aznan dan isteri dipulaukan oleh orang kampung. 


Tapi Zaidi tetap ikhtiar untuk minta bantuan dari Ustaz Aznan bila Ustaz dan isteri dia yang bantu Linda masa Linda meracau lari keluar dari rumah lepas diganggu nenek tua. Ustaz Aznan dah bagi hint yang makhluk yang mengganggu pasangan suami isteri ni akan membuka aib seseorang kalau dia masuk campur. Apa rahsia Ustaz Aznan dan aib suami isteri tu kena tengok sendiri sebab twist cerita ni walaupun senang diteka tapi bagi pengajaran juga kepada kita. 


Walaupun jalan cerita Anak Perjanjian Syaitan ni ringan dan memaparkan konflik kekeluargaan disebabkan desakan ibu mertua, Puan Rahmah (Jasmin Hamid) yang inginkan cucu sejak 4 tahun lepas, but still nice dan menghiburkan untuk tontonan keluarga. 


Dalam movie ni tak ada jump scare which is great lah sebab jump scare dah terlampau cliché tapi bila hantu dia datang memang merinding jadinya. Cuma kelakar sikit lah bila nenek tua tu muncul sebab effect CGI tak berapa menjadi. Kalau ambil nenek tua biasa pun dah okay sebenarnya. Valak pun tak perlu pun muncul untuk tambah elemen seram sebab dah padat sangat dengan hantu. 


Paling terkejut masa scene Linda nampak budak-budak perempuan dekat ruang tamu tengah main tapi mati dihempap almari. Berderau jantung tengok sebab terkejut tiba-tiba almari tu jatuh depan mata. Banyak lagi scene seram yang jadi dalam rumah tu sampai tak senang duduk jadinya. Macam mana entah Linda boleh kuat semangat hadap setiap hari. 




Kelemahan movie ni boleh kata pada lakonan Chacha Maembong bila gagal nak ekspresikan emosi baik part seram ataupun sedih. Nasib baik scene Chacha berseorangan tak banyak sangat so kelemahan lakonan dia boleh disorokkan dengan bakat lakonan pelakon lain. Jasmin Hamid muncul sekejap tapi tinggalkan impak dalam setiap scene dia. Sama juga dengan Azlan Komeng dan Shahrulnizam Noor. 


Untuk sebuah naskhah ‘underdog’ dan tanpa barisan pelakon popular, movie ni antara movie tempatan wajib tonton untuk peminat genre seram. Tambah pula mesej yang disampaikan agak kuat. Good job for team ASP. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 8.9/10

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.