Drama Review | Black Musim 2 (2021)

Friday 6 May 2022

Pengarah : Ghaz Abu Bakar & Sein Qudsi

Penulis Skrip : Bernice Low

Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Adlin Aman Ramlie, Pablo Amirul, Nam Ron, Fauzi Nawawi, Azman Hassan, Juzzthin, Josiah Hogan, Riz Amin, Zahim Al-Bakri, Zarynn Min, Luqman Hafidz, Amir Ameeza, Aleza Shadan, Airil Hafiz  Nada Syuhada, Hashim Osman, Rusdi Ramli, Zain Hamid, Derrick, Shekean Waida, Silfeny Osma

Syarikat Produksi : Studios Film Office

Penyiaran : Viu

Genre : Thriller / Aksi / Komedi

Jumlah Episod : 8 Episod (55 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 10 Jun 2021

Trailer :


Disebabkan drama Black Musim 1 (2019) dapat sambutan memberansangkan dan menang di Anugerah Akademi Kreatif Asia dalam kategori Sinematografi dan Visual FX Terbaik, team production pun terbitkan sekuel yang akan mendedahkan juga menjawab beberapa persoalan utama yang berkaitan dengan insiden runtuhan Seri Setia. Walaupun pengarah bertukar ganti kepada Ghaz Abu Bakar & Sein Qudsi namun penulis masih kekal sama. 

Sekuel drama Black bermula dengan ugutan dari Pak Hassan (Rusdi Ramli) yang ingin dedahkan kelicikan Wong Wai Keong yang berpura mati supaya jejak dia dengan Seri Setia hilang bersama dengan rahsia yang disimpan di dalam tape VHS. Dari siasatan Borhan (Khir Rahman) mengenai pembunuhan misteri yang berlaku sekarang ada banyak pertaliannya dengan Seri Setia dan Bagas (Zahim Al-Bakri). 

Bukan mudah untuk pihak polis detektif nak dapatkan maklumat dari Bagas mahupun orang yang berkait dengan pembunuh kejam tersebut. Rekod Bagas di hospital sakit mental pun tak ada apatah lagi dari sumber lain. Dalam masa yang sama Detektif Malik (Kamal Adli) juga alami masalah teleportasi dan minta dua orang pembantu dia, ejen bunian 007 (Azman Hassan) dan 416 (Juzzthin) untuk cari solusi. 

Sama macam Black 1, sekuel juga banyak plot juga sub-plot yang dimasukkan sepanjang 10 episod bersiaran di Viu. Nampak lah perbezaan arahan pengarah sebelum ni dan pengarah baru tapi satu perkara yang kekal sama ialah lakonan Siti Saleha menjengkelkan. Chemistry dia dengan Kamal Adli pun tak meyakinkan nak dibandingkan Dr Aisya (Nabila Huda) dan Malik. Menangis tengok scene Dr. Aisya redho hati Malik jadi milik orang lain walhal dia sentiasa ada susah senang dari dulu lagi. Dah la trauma dengan rahsia silam, rasa bersalah dengan Detektif Borhan pun tak boleh hilang. 

Masa layan drama ni berhenti agak lama jugak lah dalam sebulan lebih macam tu sebab penat dengar pasukan detektif tak sudah-sudah memaki. Mungkin pengarah rasa tu selling point drama ni sebab masa musim sebelumnya, ada beberapa babak makian yang viral. Personally for me, jalan cerita Black dah cukup kuat dengan misteri Seri Setia dan beberapa watak antagonis yang muncul. Lagi satu punca rasa hambar bila Mimi Lana tak ada dalam sekuel sebab pengarah dah bertukar. Sedih wei sebab I exchange tweet dengan Razaisyam dan Mimi kot masa tu! 

Sub-plot cinta terhalang antara Sofia (Siti Saleha) dengan Malik tu macam tak perlu pun dan lebih baik kalau Detektif Malik berbaik dengan ibu dia. Sebab dalam Black 1 boleh nampak level hati kering dia macam mana tapi berubah sejak kenal Sofia. Malangnya tak berubah pun dengan ibu dia sedangkan sesiapa pun kalau duduk di tempat Dr. Rozana (Aleza Shadan) akan pejam mata dengan undang-undang. 

Sinematografi dengan music score Black Season 2 masih lagi sama dengan musim sebelumnya. Kagum dengan transition dan visual effects yang digunakan dalam sekuel ni terutamanya pada babak yang memerlukan action stunt antara ejen bunian 444 dan 419. 

Rasanya dah tak ada musim ketiga sebab misteri Seri Setia dah terjawab dengan baik dan kisah cinta Sofia dengan Malik pun dah selesai. Tapi kalau team production nak teruskan dengan misteri baru pun apa salahnya sebab tema dan konsep franchise drama ni unik dan menarik walaupun heroin jadi kelemahan utama. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.