Thar Promotion Fashion Files | Fatima Sana Shaikh

Saturday 7 May 2022


Fatima kembali dengan movie baru, Thar yang bergenre action thriller. Walaupun genre agak lasak tapi watak Sana lebih kepada watak sampingan. Movie Thar yang diberi hak eksklusif kepada Netflix tak lah memerlukan promo events yang banyak. Jom tengok Fashion Files Fatima sepanjang promo events berlangsung. 

1. Yellow Rawr


First time jumpa jenama pakaian Summer Somewhere yang mengetengahkan pakaian mesra alam dan merupakan salah satu butik tempatan di India. Fatima mengenakan one sleeve dress berwarna kuning dan putih dengan corak abstrak. Bahagian bawah dengan ropol dan juntaian pendek di bahagian paha. Stylist team Fatima padankan dress dengan strap heels transparent which I think they need to spend more on that heels sebab nampak kosong. 

Makeup dengan rona jingga yang bersesuaian dengan tema musim panas dan koleksi anting-anting berbeza bentuk dari Minerali Store. Aksesori cincin berwarna emas dari Radhika Agrawal Jewels dan Aquamarine Jewellery sebagai perhiasan. 

2. Dove Grey


Plaid blazer dari studio Moonray yang dipakai oleh Fatima ni pernah dipakai oleh Mrunal Thakur sebelum ni cuma bezanya Mrunal padankan dengan jeans denim manakala Fatima lebih selesa dengan plaid skirt yang sama warnanya dengan blazer dan top. Blazer dengan corak plaid ni ringkas tapi nampak elegan dengan tema vintaj dan elegan. 

Tambah menaikkan aura pada Fatima bila dia mengenakan sepasang pointed heels berwarna hitam dan hairstyle sanggul belah tengah. Aksesori cincin dari Mozaati dan pewarna kuku berona hitam. Nampak lagi cantik kalau Fatima pakai anting-anting berjurai panjang ataupun stylish earclip untuk tingkatkan gaya kasual sekaligus menarik perhatian. 

3. Shimmering Screening



Wardrobe terakhir Fatima untuk movie Thar ialah sari berwarna kelabu dengan dupatta yang meriah dihiasi manik berkilau yang bertemakan disco ball dari House of Neeta Lulla. Walaupun sari ni nampak cantik dalam studio tapi off studio, nampak biasa saja. 

Penampilan Fatima pula ringkas dengan ponytail tinggi, anting-anting panjang dari Diosa Paris dan koleksi cincin dari Anayah Jewellery juga Diosa Paris. 

Bila tengok wardrobe Fatima untuk promotion events movie Thar, nampak dia lebih memilih jenama tempatan yang juga menjadi medium untuk membantu golongan memerlukan. Fatima lebih suka mengenakan pakaian serba ringkas jadi tak hairan lah kalau pakaian dia nampak biasa. Tambah pula sekarang musim panas. Tapi tak ada salahnya kalau tambah drama pada penampilan kalau cuma promote di beberapa tempat kan?

1 comment

  1. Simple baju-baju dia.. Yang last tu bling bling sangat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.