TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 45 : T-log Daily 📹

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (23:31 minutes for episode 44)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Berbeza dengan T-log episod yang lain, staff YG bagi misi untuk ahli Treasure rakam aktiviti seharian mereka selama 1 jam. Jihoon rasa macam T-log kali ni lebih real dari yang sebelumnya dan entah kenapa dia cakap macam tu, mungkin mamai tidur tak hilang lagi. 

‘They said to shoot an hour of T-log. That makes me suspicious. I feel something fishy like a prank. I’m 100% sure.’ – Asahi


Bermula dengan aktiviti Junkyu yang spend masa dia dengan bangun tidur dan masuk ke studio. Dulu masa Treasure Map Season 1 Episod 22 Haruto tegur pasal keyboard dia dah berhabuk tapi dalam episod 45 ni dia dah bersihkan untuk gubah lagu. Junkyu dah pernah gubah lagu 3 Minute Treasure dengan Asahi sebelum ni. Suka dengar demo lagu "Bad Boy - Hyunsuk, Junkyu, Haruto, Jeongwoo" sebab chorus dia addictive. Lirik pun not bad. Hopefully YG benarkan untuk release dalam album baru.

Jaehyuk mula T-log dia dengan aktiviti lepas mandi. Dia show off bilik dia lepastu keluar jalan-jalan dengan Jeongwoo dan Haruto. Tak pernah lah tak amazed dengan kawasan kejiranan diorang sebab dekat dengan Han River lepastu banyak taman rekreasi. Sebelum ni tengok dalam vlog Songchelin Guide pun tak puas jugak. Jealous betul bandar Seoul mesra pejalan kaki. 


Jihoon pula share macam mana dia prep untuk MC Inkigayo. Sebab dia jadi MC, ramai yang mula nampak group Treasure. Jihoon kata dia selalunya dapat 10,000 komen setiap hari jadi dia tak mampu nak reply semua. Sama lah macam Asahi setiap kali pergi Weverse, kebanyakannya soalan yang sama jadi dia scroll je lepastu keluar. 

Junghwan lepak dengan Hyunsuk dekat studio di bangunan YG Entertainment lepastu practice rap, vokal dengan dance. Kesian Hyunsuk practice sampai rantai dia putus. Habis practice, Hyunsuk reply komen dekat social media. Sama juga dengan Yedam yang busy dengan lagu baru. Impressed betul dengan demo lagu In Any Way - Yedam sebab best, ada vibe Justin Bieber. 


Jeongwoo rakam T-log aktiviti dia lepas balik sekolah dengan main game di bilik Mashiho. Haruto buat video unboxing parcel dari Jepun bila mak dia hantar banyak makanan dan minuman segera dari sana. Ngam timing Haruto habis unboxing, Yoshi bangun dari tidur. Baru la cukup geng nak main game dengan Jeongwoo. 

‘Every day…. The best is to be happy and healthy. So enjoy everything you want.’ – Jeongwoo


Sementara yang lain tengah sibuk dengan aktiviti berkumpulan, Junghwan pula rakam sesi mengulangkaji. Comel betul muka fokus belajar, no wonder lah ramai peminat dekat sekolah. Mashiho tak tahu nak sembang apa untuk T-log dia tapi dia bagitahu setiap hari dia akan berendam dalam tab mandi dengan scented bath bomb selama 2 jam. 

Bila tengok T-log ni boleh nampak lah bilik Mashiho jadi port untuk Treasure main game. Lepas Jeongwoo, Doyoung pulak melepak main game dekat situ. Bilik Asahi untuk diorang melepak menyembang sambil gubah lagu. 


Dekat hujung T-log Jihoon share pasal Seung Yoon WINNER buat satu baris untuk Treasure dalam lagu IYAH. Part tu bagitahu Treasure just go slow dalam life ni. Banyak kali perasan Treasure rapat dengan WINNER dan iKON. Untung lah diorang dapat sunbaes yang selalu ambil berat dengan donsaeng. Tak sabar nak tengok Konsert YG Family ataupun banyak lagi variety show idol group YG. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.