Sabak Bernam Dah Ada Watsons!

Thursday 5 May 2022


Masa balik Sabak Bernam bulan lepas my mom dah bagitahu yang pekan Sabak dah ada Watsons. Lega lah bila dapat tahu sebab memang selalu guna barang Watsons. Body scrub dia the best so far. Kalau nak beli barang mandian dah tak perlu lah menapak sampai ke Sungai Besar untuk beli dua, tiga barang kan? Sebagai pemegang kad ahli Watsons, kewujudan drugstore ni di pekan Sabak memang membantu memudahkan kerja sangat. 

Watsons store dekat Sabak Bernam ni not bad lah keluasan dia sebab ambil dua lot kedai jadi banyak lah pilihan produk dan jenama lain. Dekat pekan Sabak Bernam ni ada Guardian drugstore je dari dulu itupun tak banyak pilihan sebab stor dia kecil je. Bila ada Watsons ni mudah sikit lah nak beli barang keperluan. Kalau barang dekat Guardian habis, boleh beli dekat Watsons. 


Barang bukan keperluan pun banyak pilihan tapi masa Raya haritu banyak betul barang habis stok terutamanya barang makeup. Haaaa nampak tak orang Sabak memang perlukan Watsons? Sedih pekan Sabak ni sebab daerah guna nama dia tapi pekan dia terpaling mati sekali. Bila sebut Sabak Bernam ada yang ingat dekat Sungai Besar ataupun Sekinchan. Kalau google Watsons Sabak Bernam pun akan keluar Watsons Sungai Besar haihhhhh T.T



Watsons Sabak Bernam ni sederet dengan bangunan kedai KFC dan Mr. DIY jadi nak parking tak ada masalah sangat sebab ada banyak lot parkir disediakan. Tapi masa Raya memang sakit sikit lah sebab ramai yang balik kampung sampai jadi sesak kawasan ni. 

Kasi can lah Farah nak show off friendship bracelet dia

Lepas entry beli ikan dekat pasar Sungai Besar tu I saja nak update apa yang ada dekat pekan Sabak ni sebab mana tahu boleh jadi rujukan orang lain. So yupp, Sabak Bernam finally ada Watsons. Kbaiiiii

2 comments

  1. Saya pun ingat sabak bernam kat sekinchan. Selamat bershopping!

    ReplyDelete
  2. saya dua2 suka.. tapi lagi suka guardian kot hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.