TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 38 : Snow Tubing Park

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (27:29 minutes for episode 37)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Disebabkan Treasure dah buat yang terbaik untuk content Treasure Map Season 2 dengan main game, pergi audition dan berlakon jadi untuk episod ni staff YG bagi Treasure have fun dekat taman tema bersalji. Dengan syarat Treasure kena buat aktiviti sampai cukup 20 minit supaya staff boleh masukkan dalam Treasure Map. 

‘Do you know what I think? I bet they ran out of ideas!’ – Park Jeongwoo


Semua ahli Treasure tak boleh hadam dengan permintaan staff YG Sebab tak pernah lagi diorang dapat bercuti tapi kena bagi footage yang cukup. Baby cow excited je nak buat sebab dia tak sabar nak balik rumah bila staff kata diorang boleh balik awal. Jihoon dah stress sebab even Jeongwoo berguling dalam salji pun baru dapat 2 minit footage. 

Sweet masa tengok diorang main snow sled sebab Jeongwoo bagi sled dia dekat Haruto lepas Haruto cakap ni pertama kali dia main luncur salji. Jeongwoo jadi cameraman untuk shoot Treasure sebab taman tu ada 11 lane je. Lepas berbincang macam mana nak dapat footage, diorang buat train sled biar semua dapat main. 




Happy betul Asahi bila dapat main luncur salji ni nak pulak bila buat sled combo dengan Haruto. Yang sorang suka menjerit, yang sorang suka benda pelik-pelik. Masa main luncur salji ni riuh betul dengan suara Treasure gelak dan menjerit sebab syok sangat. Editor mesti happy masa edit vido dalam episod ni sebab dapat banyak footage comel. By the way kudos to stylist team yang prepare outfit Asahi sebab dia nampak comel pakai beret. 

Moment sweet kedua bila tengok Jihoon menjerit panggil Hyunsuk bila dia berjaya daki bukit salji dengan Jeongwoo. Jihoon pernah cakap dalam Weekly Idol yang dia pun nak jugak merasa ada hyung walaupun dia leader bila Hyunsuk asyik dahulukan maknaes. So bila tengok Hyunsuk happy even for small thing rasa macam awwdorable moment lah. Lepas curhat Jihoon dan Yoshi dekat Weekly Idol tu nampak lah perubahan Hyunsuk yang mula bagi perhatian dekat hyung line dan middle line Treasure.

 
‘Are we playing dodgeball? I’m super good at it! I wrote it’s my talent on “YG Treasure Box”! That was for real! I dodge everything!’ – Jeongwoo

Jeongwoo being Jeongwoo lah suka exaggerate padahal member lain yang power main dodgeball. Jeongwoo bijak betul curi limelight dan tambah screentime macam Jihoon jugak. Senang je Treasure bahagikan kumpulan untuk main dodgeball bila 6 hyung (Hyunsuk, Jihoon, Junkyu, Yoshi, Mashiho, Jaehyuk) line berlawan dengan 6 maknae (Asahi, Yedam, Doyoung, Haruto, Jeongwoo, Junghwan) line. 

‘I can taste blood in my throat!’ – Kim Junkyu


Walaupun Treasure main luncur salji dengan dodgeball tapi masih tak cukup pun footage untuk 20 minit jadi Junkyu suggest buat music video special untuk B-side track, Slowmotion. Sebab video ni lah terus suka dengan lagu Slowmotion sebab lirik dia bertemakan persahabatan dan kehidupan. Video yang staff ambil pun comel sangat. Bila dengar lagu ni mesti teringat moment Treasure masa have fun dekat taman tema ni.
 
Slow laugh
With a slower pace
Let's walk, hold both hands tightly
So that the end can't be seen
Slow clouds
Always like this
We goin' slow motion
Slow motion, yeah


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.