TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 46 : T-log Daily 📹

Monday 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (21:27 minutes for episode 46)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Bersambung dari Episod 45 bila ahli Treasure rakam aktiviti mereka pada hari Ahad. Setiap pagi Ahad Jihoon akan pergi ke Inkigayo untuk kerja MC dia. Comel betul bila Jihoon pakai kacamata untuk MC style. Tapi Jihoon pakai apa pun comel, even just white plain shirt with denim jeans. Dia pakai beret pun comel, bila senyum manis pulak tu. Tapi kalau buat muka ketat, seram habis. 

Yoshi pula show off studio dia dekat YG Entertainment lepas dah selesai deko. Tak banyak beza pun dengan apa dia tunjuk dalam T-log sebelum ni. Dia still tak puas hati item yang dia beli kecil dari apa yang dia sangka. Dah la beli 1 item je. Lepas habis merungut, dia main ping-pong dengan Mashiho dekat bilik rekreasi lepastu sambung pula main snooker. 


Habis jadual dia dekat Inkigayo, Jihoon berjalan kaki dengan Hyunsuk untuk ambil angina sambil menyembang pasal rutin diorang. Punya lah syok menyembang sampai tak perasan SD card diorang dah penuh memori dah. Nasib baik lah memory iPhone Jihoon banyak ruang lagi. Tapi low quality video lah bila waktu malam. 

‘For this week T-Map’s episode I hope you enjoy our daily reality. We’re like this except for practice’ – Jihoon


Teringat masa T-log Treasure Map Season 1 Episod 2 dulu bila Jihoon dengan Hyunsuk makan aiskrim. Kali ni dia ajak Hyunsuk makan mint chocolate sekali. Happy betul dia Hyunsuk boleh makan perisa tu. Kalau Hyunsuk tak mampu, I boleh je temankan makan aiskrim hahaha >.<

‘I only have 5 minutes left. I want to thank many people. The fact that I can make music and that we have Treasure Makers. I think that is such…. a blessing. That comes to mind. Even if we don’t meet your expectations, we’ll keep giving it our best. I’ve wanted to say that to T-Makers. But this might not make the cut.’ – Kim Junkyu


Jaehyuk, Haruto dengan Jeongwoo berbasikal sepanjang Han River lepas tu main dekat taman permainan sampai lah ke malam. Balik dorm kena halau baby cow keluar bilik sebab maknae nak tidur sekali. Jaehyuk tunjuk video Treasure tidur masa dekat guesthouse dalam Episod 43. Kantoi Junkyu tidur buas haha


Yoshi join lepak dengan Yedam dekat studio sebab Yedam nak tunjuk lagu baru dia gubah. Masa ni boleh dengar demo lagu Born To Love You. Sayangbetul lagu tu Yedam bagi dekat Seung Yoon WINNER untuk single terbaru. I prefer version Yedam sebab emotion dengan tona suara tu sesuai dengan range suara Yedam. Tapi disebabkan Seung Yoon dah bagi lagu Wayo dekat Yedam, so terpaksa lah redho je. Yedam pun tak release full cover song, mungkin sebab dia tahu ramai yang lagi suka version dia. Macam tak sopan lah kalau dia curi spotlight sunbae dia. 

 “You don’t need drums and stuff. Your voice is enough”—Yoshinori


Banyak betul demo lagu Treasure yang belum release. Tak tahu kenapa YG suka peram lagu idol group dia walaupun diorang dah rekod satu hutan bak kata DK. Walaupun YG pentingkan kualiti tapi yang dia peram tu pun best jugak. Dah la idol group under YG Entertainment jarang buat comeback dan aktiviti lain. Hopefully Treasure tak terima treatment yang sama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.